🌸❞ f i f t e e n

410 37 9
                                    

"Eiman! Nadiah!" aku tersenyum apabila ada seorang lelaki melambai ke arah kami berdua. Raziwq. Eiman sudah buat muka, tak sukalah itu. Aduh bang, jangan tunjuk sangat.

Masalahnya bukan Raziwq je yang ada. Zhafran dan Megat pun ada. Kebetulannya jumpa dekat Pizza Hut ini.

"Awak tahu ke diorang ada kat sini?" soalku pada Eiman.

"Kalau tahu takkanlah aku nak bawa kau ke sini. Semak." kata Eiman selamba. Langsung tak bertapis. Mungkin dia memang nak makan berdua dengan aku?

"Jomlah makan sekali!" ajak Raziwq sambil tersenyum lebar.

"Apa kau ini, jangan kacau pengantin barulah!" marah Megat. Aku hanya tersenyum nipis.

"Oh, tak boleh ajak eh? I just thought the more the merrier." kata Raziwq tersengih sambil menggaru kepalanya.

"It's fine. Alang - alang kau dah ajak." Eiman sudah menarik kerusi. Aku diam, ikut jelah.

"Order?" seorang pelayan datang ke meja kami. Mungkin kerana nampak orang baru masuk.

"Saya ikut awak je." aku tersengih apabila Eiman memandangku. Nak tahu aku nak apalah itu. Aku sekarang dah bijak tahu? Dia pandang je, aku dah tahu dia nak apa.

Telepati antara isteri dan suami, kau single apa tahu?

"Tengoklah menu ini, nak apa - apa tak?" soalnya sambil menolak menu kepadaku.

"Kalau macam itu nak pizza peperonilah and air taknak air gas." kataku setelah acah membelek menu. Alah macam first time je makan Pizza Hut.

Eiman memesan makananku dan dirinya lalu pekerja Pizza Hut itu pun pergi.

Aku perasan, mata semua memandang aku.

"Kau dah sihat, Nadiah?" soal Raziwq. Aku angguk.

"Dah lama dah." kataku tersenyum. Senyum sikit je jangan lebar sangat. Aku dapat rasakan aura lain macam dekat Eiman sebelah aku ini.

Jealous? Heh, kelakau.

"Alhamdulillah."

"Kalau kau nak tahu, satu rumah panik sebab kau tiba - tiba tak sedarkan diri dekat depan rumah." Zhafran mula buka cerita. Aku hanya memasang telinga. Nak tahu juga sebenarnya.

Makanan belum sampai, kita membawanglah.

"And out of no where, Eiman muncul macam hero dalam novel siot. Masa dia angkat kau itu aku dapat rasa ada background music fuh." sambung Megat membuatkan aku berkerut dalam masa yang sama aku terhibur dengan gaya dia bercerita.

Okay, macam mana dia boleh tahu aku ada dekat rumah Raziwq?

Aku pandang Eiman. Eiman memandang tempat lain, masih dengan muka selambanya. Macam tahu - tahu je apa yang ada dalam otak aku sekarang.

Eiman berdehem.

"Aku nak pergi tandas sekejap." katanya sebelum bangun. Ish, nak larilah itu. Melihatkan dia sudah pergi, aku tersengih nakal.

"Lepas itu, apa jadi?" soalku.

"Eiman bawa kau balik lepas marah - marah aku tinggalkan kau kat luar." kata Raziwq sambil menggeleng. Bunyi macam mengadu pun ada. Aku berdecit.

"Dia yang tinggalkan aku kat tepi jalan malam itu tak fikir pula, ish!"

"Eh, alamak terpakai aku pula." aku tersengih macam kerang busuk. Dah terkeluar bahasa aku dengan Nakeeb. Mereka yang lain hanya tersenyum.

"Relax, ikut keselesaan kau. Aku tak kisah pun. Lagi pun kita sebaya." jawab Zhafran.

"Yea, but maybe kau kena panggil Raziwq abang sebab dia paling tua antara kami." kata Megat pula. Tersengih lain macam.

"Abang Raziwq?" aku turut tersengih. Bukan biasa - biasa aku panggil abang - abang ini. Yalah, dengan Nakeeb yang tua dua tahun dari aku itu pun aku tibai panggil nama.

"Tak payah nak mengada. Nadiah, ikut mana kau selesa." sampuk Raziwq.

"Eleh, nak bajet mudalah itu." Megat buat muka. Aku tergelak kecil melihat kelagat mereka.

"Aku nak minta maaf juga bagi pihak Eiman dan terima kasih sebab tolong aku hari itu. Lagi - lagi Raziwq." ucapku. Senyuman aku berikan.

"Alah, pasal Eiman itu. Janganlah risau. Kami dah biasa dah dengan dia itu. Kau itulah, okay tak dengan dia selama ini?" soal Zhafran pula.

"Okay itu, okaylah." jawabku acu tak acu. Tak tahulah macam mana.

"Seronok mengumpat aku?" terhenjut bahuku kerana terkejut apabila suara Eiman tiba - tiba muncul dari belakang. Kebetulan juga, makanan kami sampai.

"Eh, makanan dah sampai! Duduk - duduk." aku tarik Eiman duduk. Bahaya dia ini. Kang dia mengamuk, siapa nak tanggung?

 ❝His sweetheart.❞Where stories live. Discover now