"Kita nak ke mana?" aku berkerut memandang Eiman yang masih fokus memandu. Ajak aku keluar tapi taknak bagitahu ke mana. Ini boleh dikira penculikan kan?
"It's suppose to be a surprised." jawab Eiman membuatkan aku tarik muncung itik. Boleh dah ikat tepi ini.
"Can't you give me a clue? A tiny little bit of clue? Just a small one?" kataku sambil mengangkat tanganku, memperlihatkan ibu jari dan jari telunjukku yang hampir dirapatkan tanda kecil.
Lampu merah berjaya memberhentikan kereta. Eiman memandangku yang gigih berusaha untuk mengorek rahsia. Terus aku memandangnya teruja. Dia nak bagitahu ke?
"Kejap, saya fikir. Hm, how about no?" selamba wajahnya. Terus aku monyok kembali.
"Alah."
"Dah nak sampai dah. I promise you, awak mesti akan suka." kata Eiman sebelum menarik gear dan kembali membawa kereta apabila lampu hijau sudah menyala.
Aku diam. Ew, sejak bila kau gedik nak mengada ini Nadiah? Sejak em. Sejak Eiman baik dengan aku hoho. Malulah aku. //tepuk dinding//
"Dah sampai!" kereta milik Eiman terparkir cantik di depan sebuah kafe.
Beany Business.
Comelnya nama kafe ini. Aku tersengih sendiri. Dia nak bawa aku makan ke? Kalau bab makanan aku memang tak membantah.
"My lady." tangan dihulurkan dengan senyuman. Aku berkerut namun senyuman tidak lekang dari bibir. Eiman menggenggam kemas tanganku sebelum menarikku masuk ke dalam kafe.
Pelik, kafe ini gelap?
"Surprised!"
Lampu terbuka.
Terkebil - kebil aku apabila hampir semua yangku kenal ada disini.
Mak, Ayah, Ilyas, Izyan, Iyaad, Nakeeb, Papa, Humaira, Raziwq, Megat, Zhafran dan Arris. Semuanya ada di sini.
Kek, makanan dan belon. Sudah seperti jamuan sekolah aku lihat.
"Apa semua ini?" soalku masih di awangan. Aku tak faham tapi aku suka.
"You, my little sister, is now the owner of this cafe." kata Ilyas sambil memeluk bahuku. Aku terkejut. Mataku terbeliak.
"Untunglah hubby bagi." kata Megat acah cemburu. Hubby? Eiman bagi?
"Seriuslah? Tak tipukan?" soalku lagi, menahan diri supaya tak menjerit. Aku pandang Eiman yang tersengih. Dia mengangguk.
"Ini hadiah anniversary kita untuk bulan keempat ini." kata Eiman lagi. Aku memandang Eiman lama, terharu. Terus aku melompat memeluknya.
"Thank you so much! Saya tak boleh ungkapkan betapa gembiranya saya sekarang ini. This is my dream come true. Thank you thank you thank youuu!" ucapku teruja masih memeluknya.
"Ehem, kami pun ada di sini. Janganlah buat yang single ini sendu." aku bagaikan baru tersedar kewujudan yang lain.
"S-sorry." aku sudah merah namun aku cuba sorokkan. Nak sorok kat mana ini? Siotlah Nakeeb, malu aku.
"Cepat, potong kek!" teruja Zhafran bersuara. Nampaklah dia tak sabar nak kedarah kek itu.
"Kita potong sama - sama ke?" soalku memandang Eiman yang berdiri di belakangku. Aku menariknya ke depan supaya dia berdiri di sebelahku.
"Tak payahlah, awak je." kata Eiman. Aku mengeluh. Dia ini pun sama gedik juga.
Pisau plastik itu aku letakkan pada tangannya sebelum aku pegang tangannya dan halakan pada kek, memotongnya bersama - sama. Kan senang?
"Yeayyy!" mereka bersorak.
"Biar aku tolong potongkan." Ilyas sudah mengambil pisau dariku. Zhafranlah orang pertama yang menghulur pinggan membuatkan aku tergelak. Nampak betul terujanya.
"Happy anniversary, sayang." ucap Eiman sebelum dahiku dikucupnya lembut.
Sayang? Kucupan di dahi? Jantung aku dah berhenti dua kali sekarang ini. Seronok betul ya.
"Abang dan kakak bila nak bagi orang anak saudara?" soal Humaira membuatkan aku yang sedang mengunyah kek hampir tercekik. Aku dapat rasa wajahku membahang. Tidur sebilik pun tak pernah. Inikan nak buat anak?
Hshshshjsjsjs-
"Ha itulah, mak pun tak sabar nak dukung cucu ini! Ya Allah bang, mesti comelkan!" Mak menepuk lembut bahu suaminya yang turut tersenyum.
"Mestilah comel, diakan cucu kita." baals Ayah pula. Aku tak senang duduk.
"Papa pun tak sabar nak tengok mini Nadiah." sambung papa pula. Siap tersengih lagi aduhai. Aku tak senang duduk. Eiman dipandang, menyuruhnya bantu aku betulkan keadaan.
"Kalau ada rezeki inshaAllah. Mak, ayah dan papa dan semua yang ada hari ini doakanlah kami. Yang lain pun." kata Eiman.
InshaAllah kalau ada rezeki. Maksudnya dia tengah pertimbangkan kemungkinannya ke?
YOU ARE READING
❝His sweetheart.❞
عاطفيةEiman Arsyadee Lee dan Nadiah Nur Shahira. Perkahwinan mereka hanyalah kerana syarikat. Apabila si ego dan si lurus bendul bergabung, makin huru - hara jadinya. Dua - dua degil, taknak mengalah. Siapa yang akan menang? ❝Jangan senyum dekat orang lai...