"Nadiah!"
"Ya!" sahutku yang berada di ruang tamu. Panggilan Eiman tadi membuatkan aku mengangkat kepala memandang tangga walaupun kelibat Eiman tiada di situ. Aku kembali menonton televisyen.
"Nadiah!" sekali lagi Eiman memanggil dari tingkat atas. Aku menoleh lagi. Berkerut aku dibuatnya.
"Iya!" kali ini kau naikkan suaraku. Dah kenapa dia ini. Tak reti nak turun ke?
"Nadiahhh!"
"Ya Allah, nak apa awak ini? Saya kat bawahlah!" aku sudah bangun, nak bergerak naik ke tingkat atas. Geram pula aku dibuatnya.
"Bah!"
Aku terkejut. Bukan terkejut je, terkedu terdiam ha semua ada. Boleh sakit jantung aku dengan dia ini. Ini serangan paling comel setakat ini. Terkebil - kebil aku memandang Eiman dalam onesie.
"What do you think?" soalnya. Terkedek - kedek dia berjalan ke arahku dengan baju onesienya.
Aku. Tak. Boleh. Terima. Semua. Ini. Jantung aku, ya Allah.
Comellah siot, apakah?
"Tiba - tiba je?" soalku berkerut. Pada hal dalam hati menahan diri dari tadi meroyan.
"Saya ingatkan comel kalau awak pakai. That's why saya beli. Alang - alang itu saya beli untuk saya sekali. Awak tak suka eh?" soalnya memandangku terkulat - kulat.
Alahai, dia beli sebab ingat aku nampak comel dalam natang ini? Dia sedar tak sekarang ini dia yang nampak comel dalam onesie ini?
"Eh, bukan tak sukalah! Saya terkejut. Awak belikan untuk saya sekali? Meh sini, sekarang juga saya pakai." Aku sengih tunjuk gigi.
"Sekejap." berlari Eiman apabila wajah terujaku meminta. Tak lama, Eiman keluar dengan baju onesie arnab pink di tangannya lalu diberikan padaku.
Aku terkial - kial memasukkan kakiku ke dalam baju tersebut. Boleh pula tersangkut kaki dalam itu. Nasib baiklah Eiman pegang aku kalau tak jadi cempedak busuklah aku jatuh tergolek kat sini. Ha itulah, tak reti nak sabar.
"Huwa, comelnya!" aku berkata, tersenyum sampai ke telinga melihat diriku dalam cermin. Tambahan pula refleksi Eiman di belakangku, lagilah aku fangirling.
"Awak tunggu kejap, saya pergi pakai tudung. Kita kena ambil gambar. Saya tak kira, awak tunggu kejap. Jangan buat apa - apa, jangan bergerak." arahku sebelum aku pula yang berlari masuk bilik. Tudung bawal yang sudah digosokku cari. Nasib baik ada.
Aku bersolek sikit. Tak adalah apa pun, cuma tepek bedak dan pakai lipstick sikit supaya muka aku tak adalah macam baru bangun tidur.
"Awak?" aku berkerut apabila kelibat Eiman hilang. Rasanya aku suruh dia duduk diam - diam tadi.
"Bah!" sekali lagi dia menyergahku. Kali ini aku betul - betul terkejut. Hampir saja aku mencarut."Awak ini! Terkejutlah!" aku pukul bahu Eiman yang ketawa menampakkan lesung pipitnya.
"Sorry, saya pergi ambil ini." Fujifilm Instax mini berwarna biru ditunjukkannya.
"Polaroid?" aku berkerut.
"For the memories." balasnya masih tersenyum. Aku tersenyum sekali.
"Okay, awak dulu. Berdiri kat situ, background dia cantik." arah Eiman membuatkan aku kebelakang sedikit menampakkan pemandangan hallway yang terhias cantik.
Klik!
"Next." Aku ubah gayaku.
Klik! Klik!
"Okay, cun. Lagi."
Klik! Klik!
"Pusing sikit. Okay, perfect."
Klik! Klik! Klik!
Kenapa aku rasa macam tengah jadi model sekarang ini? dengan onesie ini, aku rasa kelakar.
"Dahlah itu, biar saya pula ambil gambar awak." kataku. Malu pula jadinya.
"Okay, ambil cantik - cantik!" katanya menyerahkan kameranya sebelum ke tempatku tadi.
Klik! Klik!
"Wow, model!"
Klik! Klik!
"Next next!"
Klik! Klik!
Eiman ini geram pula aku. Dia buat gaya apa pun elok sebab dia memang dah kacak.
"Okay, jom kita ambil berdua pula." Eiman berlari ke arahku. Kameranya aku berikan semula. Kamera diletakkan di atas meja. Timer disetkan.
Aku berdiri di sebelahnya, dua jari diangkat. Eiman turut lakukan yang sama. Gigi ditayang.
Klik!
"Love nak?" soal Eiman. Aku tersengih malu. Love?
"Boleh je."
Tanganku diangkat atas kepala sebelum badan turut disengetkan, bersambung dengan Eiman. Jadilah love gergasi itu ha.
Klik!
"Okay, gaya suka hati." kata Eiman. Mungkin sudah buntu untuk buat gaya apa.
Aku tersengih. Bagaikan ada mentol lampu di atas kepalaku. Aku ada idea. Macam tak elok tapi bila fikir balik aku dan dia ini suami isteri, suka hatilahkan. Aku peluk Eiman. Kepala disandarkan pada dadanya. Ha, manja gittew. Eiman bagaikan membeku. Aku boleh lihat wajahnya terkedu dengan perbuatanku. Tergelak aku dibuatnya.
Tadi bukan main nak love bagai. Aku peluk sikit dah jadi batu.
"Cepatlah awak." gesaku sudah memerah. Aku malu juga sebenarnya.
"O-okay."
Klik!
YOU ARE READING
❝His sweetheart.❞
RomanceEiman Arsyadee Lee dan Nadiah Nur Shahira. Perkahwinan mereka hanyalah kerana syarikat. Apabila si ego dan si lurus bendul bergabung, makin huru - hara jadinya. Dua - dua degil, taknak mengalah. Siapa yang akan menang? ❝Jangan senyum dekat orang lai...