"Akak, telefon akak berbunyi. Dah dua kali tadi bunyi." aku terjaga dari lena apabila Balqis menggoyangkan tubuhku perlahan. Lenguh lengan dan belakangku kerana tertidur berbantalkan lengan di atas meja.
"Thank you." ucapku pada Balqis. Balqis tersenyum sambil mengangguk perlahan lalu kembali melakukan kerjanya.
Panggilan dari mak aku terus jawab. Alamak, dah termiss dua kali. Mahu kena bebel kejap lagi.
"Assalamualaikum, anak mak. Kenapa tak jawab call tadi?" suara risau mak kedengaran dari hujung panggilan.
"Waalaikumsalam mak. Sorry, Nadiah terlelap kejap tadi. Tak sedar pula telefon bunyi." kataku mengurut leherku sambil memejamkan mata. Sakit siot.
"Lahh, terlena ke? Tak apalah. Nadiah dah makan?" aku tersenyum nipis sebelum mengurut pelipis dahiku lagi. Pening kepala pula jadinya. Itulah, tidur lagi lepas maghrib. Kan dah mabuk.
"Kenapa? Mak dah makan ke?" aku soal kembali mak yang berada di hujung talian.
"Orang tanya dia, dia tanya orang balik." aku terdengar gelak tawa mak. Aku tersenyum nipis.
"Nad kat kafe lagi ke?"
"Haah."
"Dah lewat ini. Kenapa tak balik lagi?" soal mak risau. Aku garu kepala. Nak bagi alasan apa ya? Aku tak nak balik sebab tak nak jumpa Eiman.
"Nak balik dah ini. Tengah kemas - kemas." kataku. Aku memandang ke luar. Hari dah gelap. Kedai yang lain pun nampaknya sudah banyak yang tutup.
"Ha, baguslah. Jangan balik lambat - lambat nanti kasihan suami kamu kat rumah seorang - seorang." kata mak. Mendengarkan perkataan suami, automatik aku buat muka. Nasiblah mak hanya telefon dan bukannya video call. Kalau tak habis aku kantoi.
"Biarkan dia. Selalu dia kerja, tinggal Nad seorang - seorang. Biar dia pula kena tinggal." aku tergelak palsu. Sengaja aku bergurau supaya mak tak tahu aku dan Eiman sekerang ini agak kekok. Kalau aku diam tadi pasti mak tahu ada sesuatu yang tak kena.
"Yalah, balik elok - elok. Kalau malas nak drive ke apa, call je abang - abang kamu ini ha. Semua tengah bergelimpangan dekat ruang tamu ini." kata mak membuatkan aku tergelak. Terbayang pula aku Ilyas, Izyan dan Iyaad baring atas karpet di ruang tamu.
Uish, agak censoredlah sebab dia orang suka pakai seluar pendek (with shirts okay).
"Okay mak, nanti Nad call balik." kataku sambil tanganku ligat mengemas barang - barangku di atas meja kaunter. Buku nota, resit, senarai menu baru.
"Okay, baik- baik tahu sayang. Apa - apa call mak." kata mak sebelum aku mematikan panggilan. Satu lagi keluhan aku lepaskan.
Aku penatlah. Kalau bukan aku yang lari, pasti Eiman yang mengelak dari aku.
"Kau baliklah dulu. Biar aku dengan yang lain yang tutupkan kafe. Baliklah, rehat." ujar Haikal yang baru selesai mengelap setiap meja di dalam kafe.
"Eh, tak apalah. Kita tutup sekali." kataku. Dah alang - alang inikan?
"Bukan nak halau tapi akak nampak penat. Saya risau akak tumbang je kejap lagi. Akak baliklah, rehat." kini giliran Darren pula bersuara. Aku betulkan lipatan tudung. Teruk sangat ke muka aku sampai nampak benar penatnya? Aku penat bukannya penat badan, penat emosi.
"Betul ini tak apa?" soalku. Darren angguk laju.
"Ya, pergilah cepat." halau Haikal selamba. Dia boleh buat macam ini kat aku sebab kami sebaya. Pekerja lain tak berani. Tapi bagi aku, baguslah. Tak adalah semua duk panggil aku akak.
"Okay, baik - baik tahu semua. Akak pergi dulu." aku capai beg tanganku di kaunter sebelum keluar ke keretaku. Terus aku bawa keretaku pulang.
Penat mental dan penat fizikal. Rasanya penat mental lagi melelahkan.
Tekak terasa kering jadi aku ke dapur sesampainya di rumah untuk minum. Alang - alang itu ingat nak selongkar dapur. Mana tahu ada jajan hehe.
"Nadiah." langkahku terhenti apabila Eiman yang sedang duduk meja makan memanggilku. Wajahnya lembutnya memandangku aku.
Sebenarnya, aku rindu.
"We need to talk."
YOU ARE READING
❝His sweetheart.❞
RomanceEiman Arsyadee Lee dan Nadiah Nur Shahira. Perkahwinan mereka hanyalah kerana syarikat. Apabila si ego dan si lurus bendul bergabung, makin huru - hara jadinya. Dua - dua degil, taknak mengalah. Siapa yang akan menang? ❝Jangan senyum dekat orang lai...