Tanganku dibelek. Ilyas kata lagi dua minggu, luka aku akan betul - betul sembuh. Okaylah, aku pun dah tak rasa sakit sangat.
"Eiman, tak boleh ke aku ikut kau pergi pejabat?" soalku. Eiman yang sedang bersiap di depan cermin, terus memandangku.
"Technically, boleh je. But nanti kau bosanlah sebab aku banyak kerja." kata Eiman. Of courselah boleh, syarikat itu laki engkau yang punya. Suka hatilah nak buat apa.
"Kalau aku nak ikut juga boleh?" soalku tersengih. Aku bosan duduk rumah sebenarnya. Nak berjalan hari ini Nakeeb kerja. Mak kerja. Ilyas kerja. Raziwq kerja.
Ha, semua orang kerja. Aku je yang sibuk tanam anggur.
"You're serious?" sebelah keningnya diangkat. Aku mengangguk laju.
"Okay. Aku bagi kau 15 minit, paling lambat. You better not make me late." arahnya. Aku tersengih sebelum bangun dan tabik padanya.
"Baik bos!" terus aku laju menuju ke bilikku.
Aku dah mandi, tinggal bersiap jelah. Ha, mesti ingat aku belum mandikan? Kawan - kawan, saya sudah insaf. Saya mandi awal sejak - sejak ini hehe.
"Dah siap! How do I look?" aku berdiri di depan Eiman yang sedang bermain telefonnya.
Blaus putih berjalur hitam dengan skirt kembang berwarna khaki yang aku baru beli dari Shoppe minggu lepas dengan tudung berwarna coklat cair.
"Pretty, as always." katanya dengan senyuman di bibir. Ish, janganlah buat aku malu.
"Aku pakai baju ini sebab nak matching dengan kau." kataku tersengih memandang sut Eiman yang berwarna putih dengan kotnya berwarna coklat pekat.
"Nice." jawabnya tersenyum.
"Jomlah, aku dah lambat ini." kata Eiman lagi sebelum menuju ke kereta. Aku mengekorinya dari belakang, teruja untuk ke pejabatnya.
Naik lif pun aku dah rasa jakun apatah lagi nak ke pejabatnya.
"Nadiah?" aku menoleh apabila namaku dipanggil. Pintu lif ditutup bersama kehadiran Zhafran dengan baju kasualnya.
"Zhafran! Buat apa kat sini?" soalku. Seronok berjumpa dengannya.
'Buat apa kat sini?'. Wow, takkanlah dia nak berenang pulakan? Mestilah ada kerja. Bagus betul Nadiah ini. soalan tak boleh bangang lagi?
"Well, aku dapat kerja model dekat sini. So, yeah. Here I am." kata Zhafran tersenyum.
"Model? Gempak gila."
"Sayang, saya ada meeting sekarang ini. Kena terus pergi. Zhaf, can you take her with you? Lepas shooting bawa dia datang pejabat aku." kata Eiman setelah memandang jam tangannya.
"Okay, boss!" Zhafran tabik pada Eiman membuatkan aku tergelak. Ha, sekarang kau tahulah aku ikut siapa bab tabik - tabik ini.
"Sorry sayang. I'll make it up for you nanti." kata Eiman, mengucup dahiku sebelum keluar dari lif. Aku tersenyum sendiri.
Hehe, dia cium dahi aku.
"Someone's happy." aku bagaikan baru tersedar kewujudan Zhafran di situ.
"H-huh?" aku tergelabah membuatkan Zhafran tergelak. Ter okay ter. Ini semua salah Eiman. Kenapa dia baik sangat sekarang ini? Kadangnya buat aku takut.
Dia nak sesuatu dari aku ke? Atau dia betul - betul ikhlas?
"Chilllah. Baguslah kau dan Eiman dah okay." kata Zhafran lagi.
"Haah." aku tersenyum senget. Malu sebenarnya. Zhafran nampak muka angau aku.
"Oh, kau tahukan Raziwq ada kat Italy sekarang?" aku berkerut. Itali?
"Bukan dia ke Jepun ke semalam?" soalku keliru sambil keluar dari lif mengekori Zhafran. Baru semalam aku mesej Raziwq. Dia tanya kalau - kalau aku nak apa - apa di Jepun.
Oh ya, aku tak bagitahu? Raziwq kerjanya pilot. Tak pelik juga kalau semalam dia di Jepun, hari ini dia di Itali pula.
"Biasalah dia kalau dah kerja mana nak berhenti." aku terangguk - angguk dengan kata - katanya. Susah juga jadi pilot. Cuti pun ada masa - masa dia. Eh alah, sama je dengan si Eiman itu. Dia lagi workaholic.
"Zhafran, oh my god! Dhia tak boleh datang. I need--" lelaki berbaju Gucci itu menaikkan cermin mata hitamnya ke atas kepala sebelum memandangku atas bawah. Mana aku tahu Gucci? Aku ternampak semalam dalam katalog majalah siot. Harga mampu bunuh diri guys.
"Miss, rasanya you sesuai. Boleh tak you jadi model I untuk hari ini? I kekurangan model sekarang." lelaki itu berkata lagi. Aku terkebil - kebil.
Aku? Model?
"Okay, thanks!" aku ditariknya. Eh, aku tak cakap apa - apa lagi!
"Er, saya-"
"Sarah, uruskan dia." Belum sempat aku nak bantah, aku ditolak masuk ke dalam bilik solek. Zhafran di luar pintuku pandang, meminta tolong namun dia hanya tersengih memandangku. Siap lambai lagi ish!
YOU ARE READING
❝His sweetheart.❞
RomanceEiman Arsyadee Lee dan Nadiah Nur Shahira. Perkahwinan mereka hanyalah kerana syarikat. Apabila si ego dan si lurus bendul bergabung, makin huru - hara jadinya. Dua - dua degil, taknak mengalah. Siapa yang akan menang? ❝Jangan senyum dekat orang lai...