🌸❞ s i x

389 36 11
                                    

"Kita putus." ucapku.

Walaupun riakku nampak tenang namun sebenarnya di dalamku terasa mahu gugur seluruh organku. Aku sendiri yang memutuskan hubungan ini. Hubungan yang bertahun - tahun kami pertahankan. Aku. Aku yang robohkan.

"Apa yang awak merepekkan ini? Tak kelakarlah. Tinggal tiga bulan sebelum tarikh kita nak kahwin." kata Zakwan sambil ketawa kekok. Melihatkan aku seperti tidak bercanda, riaknya berubah.

"A-Awak serius?"

"Zack, s-saya minta maaf." aku memandang Zakwan yang sudah terduduk lesu.

"Awak nak sia - siakan hubungan 7 tahun kita? Sebab apa? Tell me, you know I can help. I-if it's my fault, tell me so I can fix it. So please baby, tell me."

Hatiku hancur. Tak pernah aku nampak Zakwan sebegini sedih. Semakin remuk kerana aku tahu akulah punca kesedihannya.

Aku tahu aku salah.

"Nadiah, please." lengan bajuku ditariknya lembut.

"Please don't leave me, I love you. I can't live without you, I can't live knowing you're not going to be mine. Please, sayang. Don't go." Zakwan memegang lenganku. Air mata jantannya mengalir juga akhirnya.

Aku menarik nafas panjang. Apa yang aku bakal lakukan mungkin akan meninggalkan kesan untuknya.

Aku terpaksa. Ini saja caranya.

"Sebenarnya aku ada hubungan dengan lelaki lain. Minggu depan aku akan kahwini dia. Dia anak Datuk dan of course lagi kaya dan kacak dari kau jadi aku rasa kau boleh sedar diri dah yang kau takkan layak dengan aku." kataku selamba, mengawal riak dan suara sedaya upayaku. Biarlah aku jadi orang jahat.

Zakwan terkedu. Terkejut dengan kelakuanku yang tiba - tiba berubah mungkin.

Genggaman tangannya pada lenganku yang semakin lemah aku tolak perlahan sebelum berpaling darinya dan melangkah keluar dari cafe kegemaran kami.

"Maaf Zack." bisikku sendiri sebelum berlari. Aku taknak dia nampak aku menangis.

Bodohnya aku.

Aku terjaga dari lenaku apabila telefonku berdering menandakan ada panggilan masuk. Alamak, aku tertidur.

Aku kesat air mata. Aku menangis dalam tidur? Ah, ya. Kenapa aku boleh mimpi balik adegan itu? Aku perlu lupakan dia. Lupakan Zakwan.

Mampu ke aku?

Aku pandang telefonku untuk memeriksa si pemanggil.

Nakeeb.

"Hello?" ujarku malas.

"Kau okay?" soalnya. Nampaklah dia macam nak sorokkan kerisauan dia.

"Hidup lagi ini. Kau nak apa?" soalku. Aku sebenarnya masih marah dengan perangai dia dekat wedding aku semalam. Nasiblah papa dah makin pulih dan mungkin boleh keluar hospital dalam beberapa hari. Kalau tak, murung aku asyik terima berita buruk je.

"I can't call my little sis anymore?" soalnya, annoyed bunyinya. Aku gulingkan mataku menyampah.

"Tak tahu pula kau ada adik." jawabku. Dont fight me, aku masih marahkan dia.

"Im sorry, okay? I didn't mean to hurt you. I love you, I really do. You're my little baby sister. Aku just taknak kau buat kesilapan yang kau akan menyesal nanti." kata Nakeeb perlahan. Intonasinya buatkan terkesan. Sedih pula rasanya.

"Not saying yes at the first place was my biggest mistake on that day. Kalau aku terus dengar cakap papa, mungkin papa takkan ada kat hospital sekarang." kataku kesal.

"But kau dah tunaikan dah pun janji kau sekarang ini. I hate this idea from the first place but I wished you the best. I'm so sorry for being rude to you. Forgive me?" lembut saja Nakeeb berbicara. Aku diam. Otak dah fikir macam - macam idea.

"Nad?"

"Buy me McDonalds and Baskin Robbin and then maybe I'll forgive you." kataku tersengih di hujung talian.

"Deal!"

 ❝His sweetheart.❞Where stories live. Discover now