"Duduk." aku ikutkan saja arahannya. Bukan apa, aku malas nak gaduh. Kang terbalik rumah ini kalau aku sekali naik kepala.
Tapikan, bila lagi aku nak tunjuk perangai? Apa dia ingat dia je boleh buat perangai?
Aku duduk di sofa sambil berpeluk tubuh. Aku merenung Eiman malas. Jelas di wajahku menunjukkan aku tak puas hati dengannya.
"Don't give me that attitude." kata Eiman dengan nada seriusnya. Aku menggulingkan anak mataku.
"Suka hati akulah." kataku berbisik sendiri sambil memandang lantai. Aku malas nak layan dia. Dahlah abaikan aku, lepas itu balik - balik nak marah aku. Apa hal dia ini?
Eiman memandangku tajam. Apa? Dengar ke? Oh, kisah pula aku.
"Kau kena ingat, kalau bukan sebab aku mungkin keluarga kau dah bankrap sekarang ini." kata Eiman membuatkan aku tersentak. Automatic aku merenungnya.
Oh, wow. Dia cuba nak ungkit ke sekarang ini? Cari pasal betul dia ini.
"Okay." jawabku sepatah.
"Okay? Apa yang kau-"
"Diam boleh tak?" aku sudah meninggi suara. Eiman terkejut apabila aku memotong percakapannya namun riaknya kembali memandangku kosong. Dahlah aku menyampuk, menjawab pula itu. Ah, kisah apa aku.
Aku cakap elok - elok bukannya dia dengar pun. Serabut aku.
"Kau nak aku buat apa sebenarnya? Kau yang tinggalkan aku seorang - seorang dekat rumah ini. Rumah ini dahlah besar, kau tahu tak betapa seramnya tempat ini bila duduk seorang diri? Aku call kau tak angkat, aku Whatsapp kau tak reti nak jawab dan aku masak kau bukannya makan pun. Macam mana nak makan masakan aku kalau batang hidung kau pun aku tak nampak dalam rumah ini. Kau tak balik pun." Nafasku sudah naik turun. Naik darah aku dibuatnya. Eiman masih lagi diam memandangku. Hilang wajah bekunya sebentar tadi.
Adakah ini cue untuk aku menyambung bebelanku?
"Kalau ikutkan aku, aku nak balik jumpa papa dan Nakeeb but aku taknak Nakeeb tahu sebab nanti kau yang susah. And just then, balik - balik kau tuduh aku macam - macam. Depan Nakeeb pula itu, kau gila ke? Kau jangan cabar dia tahu? Dia itu berani mati punya bebal, kau yang nahas masalahnya." aku masih lagi kekalkan muka selambaku walhal jantungku sudah berdegup laju.
Aku hembus nafas panjang sebelum menyambung. Sabar, belum habis lagi nyah oi.
"Stop treating me like I'm a freaking doll, I have feelings too, you know? Kalau pun kau benci aku, at least don't leave me hanging and act like you know me because you don't. You never do." kataku berdiri lalu berjalan mendekatinya.
"Semua perkara yang kau suruh aku buat itu aku akan buat. But what's the point kalau kau sendiri yang buat aku macam ini? Lepas ini kalau kau nak layan aku macam ini, bagitahu je. Tak adalah aku beriya masak ke apa. Setakat aku seorang, tak makan pun tak apa. Kau fikirlah sendiri, Eiman. Kau itu bukannya budak lagi. Aku penat. Aku naik dulu." kataku lalu meninggalkan Eiman yang masih berdiri di situ. Aku dapat dengar Eiman mengeluh.
Aku rasa lega. Semua aku dah luah. Habis. Zero. Aku rasa ringan.
Dari hujung mataku nampak Eiman seperti serabut, meraup wajahnya berkali - kali sebelum mengeluh.
Aku yang patutnya serabut seserabut itu dengan perangai dia itu, tahu?
YOU ARE READING
❝His sweetheart.❞
RomanceEiman Arsyadee Lee dan Nadiah Nur Shahira. Perkahwinan mereka hanyalah kerana syarikat. Apabila si ego dan si lurus bendul bergabung, makin huru - hara jadinya. Dua - dua degil, taknak mengalah. Siapa yang akan menang? ❝Jangan senyum dekat orang lai...