🌸❞ f i v e

411 38 0
                                    

Aku terpesona, terpegun, terpikat, semuanya ada. Terbeliak mataku memandang sekeliling rumahnya. Ini kalau dibandingkan dengan rumah Kardashians, rumah ini lagi besar! Okay mungkin aku melebih. Tapi memang besar siot.

Bukan setakat besar, ya ampun decoration dia buat aku tergoda! Lawa ya amat bangett.

"Tutup mulut itu. Jangan kata lalat, gajah pun muat nak masuk." aku terus ketap bibir apabila Eiman berkata begitu. Ey, ada je dia ini nak malukan aku. Dengan mata sepet dan muka beku dia itu, aku rasa nak pukul je.

Sabar Nadiah sabar.

Bagasi merah jambuku yangku tarik dari tadi tiba - tiba dia rampas dari tanganku sebelum berjalan meninggalkanku tanpa bersuara sepatah pun. Aku diam membuntutinya. Boleh sesat aku kalau tak ikut dia ini kang.

Kami tiba di depan lif. Hold up, rumah dia ada lif? Like, berapa kaya laki aku ini?

Ting! Lif terbuka menandakan telah sampai di tingkat dua. Eiman keluar, sekali lagi meninggalkanku. Eish, sabarlah woi aku tendang kang.

Sesampainya di depan sebuah bilik, dia berhenti. Disebabkan Eiman berhenti tiba - tiba aku terlanggar belakangnya.

Fuh, haram.

Eh, nanti aku dah kahwin dengan dialah. Kau kenapa ha, Nadiah?

"This is your room. Of course kita takkan tidur sebilik but yours gonna be next to mine. So, sebelah ini bilik aku. Need anything just knock the door." kata Eiman membuatkan aku mengangguk.

"Pembantu rumah akan datang seminggu sekali untuk kemaskan villa ini. Jadi kau janganlah berharap ada orang masakkan dan kemaskan untuk kau. Tugas kau mulai hari ini ialah masakkan aku makanan dan pastikan pakaian aku untuk kerja siap digosok dan dibasuh selain kau kena pastikan villa ini kekal bersih. Kalau kau perlukan barangan dapur atau keperluan diri, just bagitahu aku. Aku akan dapatkan untuk kau. But basically for food, semua dah ada kat dapur itu." terang Eiman panjang lebar. Tak berkelip aku memandangnya.

Bukan ke semua itu kerja pembantu rumah? Aku ini bibik dia ke isteri dia? Dia kata aku kena masakkan untuk dia. Termasuklah sarapan, makan tengah hari dan makan malam ke? Atau cuma sarapan sebab diakan kerja?

"Faham tak?" soalnya tiba - tiba, mengejutkanku.

"F-faham!" aku dahlah tengah mengelamun. Nasib baik takde sakit jantung ke apa siot. Berkerut dia melihat perangaiku.

"We'll have dinner outside today. Inside your room, you'll see a present box on your bed. Wear that dress for tonight." katanya sebelum berpaling meninggalkanku.

"Terima kasih!" ucapku membuatkan Eiman berhenti tiba - tiba. Eik, aku salah cakap ke?

Aku hanya memerhati belakang tubuhnya. Dia masih lagi berdiri di situ. Er, dia okay tak itu?

"Eiman?" perlahan aku melangkah ke arahnya.

"Don't thank me now, you'll regret it later." dia menyambung langkahnya menuju ke biliknya. Keningku bersambung. Aku bingung sendiri.

Kenapa ada aura menakutkan di sekeliling dia tadi?

 ❝His sweetheart.❞Where stories live. Discover now