Sudah masuk empat hari aku tak keluar bilik. Bukan nak merajuk tapi aku taknak hadap Eiman lepas apa yang aku cakapkan hari itu. Gila kau, aku macam orang tak siuman pergi luahkan semua itu. Aku bertuah Eiman tak heret aku keluar dari sini lagi.
Tak lapar ke? Tengah malam aku selinaplah ke dapur. Aku curi kokokrunch, honeystar, cornflakes, semua aku bawa masuk bilik. Eh, aku yang beli okay. Aku punya! Kalau bosan, aku masaklah maggie. Sebagai pencuri makanan Nakeeb paling berjaya, aku memang mahir buat kerja haram ini.
Bunyi ketukan di pintu mengejutkanku yang sedang menonton drama melalui telefonku. Terjatuh telefonku ke atas muka kerana terlepas. Sakit siot. Aku dahlah tengah fangirl dengan Rowoon yang kacak amat sangat banget ini.
Extraordinary You is not overated, its just too good ;-;
Aku gigit bibir sebelum menarik nafas panjang. Sabar Nadiah, sabar. Karmalah ini kau buat hal hari itu lepas itu pandai pula nak mengelak.
"Nadiah, keluar sekejap." suara garau milik Eimanku dengar dari luar. Aku terdiam seketika. Teragak - agakku mahu menyahut. Er, nak buat apa sekarang ini?
Jangan - jangan Eiman nak batalkan perjanjian? Ish, kau ini Nadiah! Mulut itu boleh tak lain kalau bercakap pakai otak? Kalau apa - apa jadi kat syarikat papa macam mana?
Aku melangkah ke pintu lalu membukanya. Kelibat Eiman sedang berdiri di depanku pandang sekejap sebelum memandang ke tempat lain, mengelak pandangan mata darinya.
Serius, aku tak boleh pandang mata dia. Bergelora jiwa aku beb. Lagi - lagi dia pandang aku lembut je.
"Nak apa?" soalku.
Soalanku tidak terjawab tetapi aku ditariknya lembut masuk ke dalam biliknya membuatkan aku bingung. Aku dah taknak buat hal, aku diamkan saja.
"Haram woi!" itulah apa yang otak aku bayangkan aku akan jerit sambil karate tangan dia tapi aku lupa yang aku dah kahwin dengan dia jadi kami halal huhu.
Terbeliak mataku apabila memasuki biliknya. Macam ada rumah lagi satu dalam bilik dia ini weh. Rumah dia dalam rumah??
Apa mengarut sangat kau ini, Nadiah?
Aku didudukkan Eiman atas sofa gebunya. Ish, kalau tidur atas ini pun lena siot empuk sangat ini. Eiman bergerak ke almarinya sebelum mengeluarkan sebuah kotak kit kecemasan membuatkan aku bertambah bingung.
Eiman duduk di sebelahku sebelum tubuhku dipusingkan perlahan menghadapnya. Tanganku dibeleknya lembut lalu balutanku dibuka.
Terkejut, aku tarik tanganku. Dah kenapa nak buka - buka ini?
"Kau kena tukar balutan kau." katanya sambil menarik semula tanganku. Aku masih berkerut memandangnya tetapi aku diamkan. Mulut aku ini dahlah takde insurans nanti jadi apa - apa mampus aku.
"Bila appointment tangan kau?" soalnya. Tangannya ligat membalut tanganku dengan kain balutan yang baru. Aku hanya memerhati.
"Lusa." jawabku pendek. Nak buat apa dia tahu bila appointment aku?
"Kau nak makan apa?" soalnya lagi. Aku terdiam sekejap. Pasal makanan ini memang kena fikir sekejap.
"Tak lapar." bohongku. Percayalah, aku craving nasi sekarang ini.
Nasi dengan lauk sayur dan ayam goreng. Dapat pula dengan teh ais. Pergh, sedap woi!
Grukk~!
Aku pandang tempat lain apabila Eiman mengangkat mukanya memandangku berkerut. Ha, kantoilah aku menipu dia. Perutku dipegang. Aku cuba kekalkan muka selambaku. Tak, apa masalah perut ini selalu expose aku?
Dah tahu lapar, diam - diam sudahlah.
"Kau pasti kau tak lapar?" Eiman menyoalku. Dia tersenyum nipis. Aku memandangnya semula lalu mencebik.
Yalah yalah, aku menyerah kalah.
"Tak, aku tipu. Aku lapar gila. Aku nak nasi weh!" kataku sudah merengek kelaparan.
Tak baik menipu.
YOU ARE READING
❝His sweetheart.❞
RomanceEiman Arsyadee Lee dan Nadiah Nur Shahira. Perkahwinan mereka hanyalah kerana syarikat. Apabila si ego dan si lurus bendul bergabung, makin huru - hara jadinya. Dua - dua degil, taknak mengalah. Siapa yang akan menang? ❝Jangan senyum dekat orang lai...