Aku betulkan tudungku yang sudah senget. Sejak bila senget ini? Nakeeb ini pun satu tak reti nak roger - roger ke tudung aku dah tak betul?
"Lepas ini kau pergi mana?" soalku. Bekas aiskrim yang sudah kosongku tolak ke depan.
"Aku cuti hari ini. So, aku balik tidur kot." kata Nakeeb selamba. Aku menggeleng.
"Kau tua dua tahun dari aku tahu? Kau sepatutnya kahwin dulu baru aku. Ini, makwe pun tak ada. Tak laku ke bang?" sengaja aku memprovoknya. Terangkat - angkat keningku sambil tersenyum sinis padanya.
"Excuse me, siapa kata aku tak laku? Beratur perempuan nak date dengan aku, tahu? Aku je yang tak nak." kata Nakeeb tak puas hati.
"Asal kau tak nak? Ini mesti kes memilih ini. Sedarlah Keeb, kau dahlah tua - tua bangka pun suka merajuk. Ingat comellah itu tarik muncung. Dengan bulu hidung kau itu, aku perhati je dia terbang - terbang bila kau kembang kuncup tadi." aku tergelak apabila Nakeeb menutup hidungnya. Terkejut mungkin.
"Selekeh ah kau!" kata Nakeeb sambil menjelingku. Dia memeriksa hidungnya. Betul ke ada bulu terkeluar? Heh, aku tipu je.
"Aku gurau jelah!" aku masih mengekek ketawa.
"Ha, tengok itu! Boleh ikat do muncung kau!" jari telunjukku ditunjukkan pada bibirnya sebelum sambung ketawa.
"Kau ini kang ada aku humban keluar kedai ini karang." kata Nakeeb geram.
"Okay okay, sorry." aku mengelap mataku yang sudah berair. Lawak siot.
"But serius do, asal kau single lagi?" aku menyoalnya kembali.
"Aku bukan tak boleh move on, aku takut. Kau tahukan, Bella tinggalkan aku waktu hari pernikahan kami. Aku tak boleh nak date sebab asyik teringat benda itu. Aku tahu benda ini dah lama. Tapi, payah. But kalau ada perempuan yang boleh buat aku buka hati aku, apa salahnyakan?" Nakeeb tersenyum senget.
Eleh, mamat ini acah sendu pula.
"Take your time dude. But janganlah sampai dah tua nanti baru kau nak menyesal!" aku tergelak membayangkan Nakeeb masih lagi single pada hal umur sudah lebih 60 tahun.
"Gila ke? Aku taknaklah single sampai macam itu!" Nakeeb tersengih.
Poing! Telefonku berbunyi menandakan mesej Whatsapp masuk.
Eiman.
---
Eiman :
Ada kat mana? |Me :
Dengan Nakeeb lagi ini. |
Kenapa? |Eiman :
I'm done with my work.|
Lunch with me? |Me :
Wokayh. |
( ' ▽ ' )ノ🌸 |Eiman :
Send me your location. |
I'll pick you up. |Me :
*sending location* |---
Aku tersengih.
"Suka nampak. Eiman ke?" soal Nakeeb. Terus termati senyumanku.
"Haah." jawabku pendek. Aku tahu Nakeeb tak suka Eiman.
"Nadiah, apa pun keputusan kau aku akan sokong kau. Walaupun benda itu aku sendiri tak setuju. Tapi kau kena ingat, jangan sia - siakan hidup kau untuk lelaki yang kau sendiri tak pasti. Even dengan Zakwan. Kalau kau rasa dia bukan jodoh kau, aku terima. But please, don't waste yourself." aku tersenyum senget apabila Nakeeb sudah mula membebel.
"Aku nak menikmati hidup aku selama 6 bulan ini dengan Eiman. Biarlah lepas ini aku bergelar janda pun, aku nak dia ingat aku sebagai isteri yang baik. Bukannya sebagai isteri dalam kontrak semata - mata. Cukuplah orang sekeliling gelar aku ini pisau cukur, anak haram, perempuan simpanan bagai. Bagi aku, kalau dia ingat aku sebagai isterinya pun aku dah cukup." kataku tersenyum nipis.
Jangan macam - macam, aku taknak jadi pengumpul nama siot.
"But Nakeeb, thanks for saying that. Now aku tahu, kau ada untuk aku." aku tayang gigi. Nakeeb mengeluh sebelum tangannya laju mencubit pipiku
"Mestilah, kaukan adik aku."
Aku mengaduh sakit. Tangannya masih tak lepaskan pipiku. Aku menepuk tangannya kuat menyebabkan Nakeeb melepaskan pipiku. Sakit woi. Gelebeh dah ha pipi aku.
Nakeeb mengekek ketawa melihat muka cemberutku. Ada yang makan kaki hari ini kang.
Poing!
---
Eiman :
I'm here.---
"Dahlah, aku pergi dulu! Layan kau boleh bertambah stress aku. Naik kedut muka aku, huh!" aku buat muka sebelum pergi meninggalkan Nakeeb yang masih mengekek ketawa.
"Woi, call aku bila dah sampai rumah." jerit Nakeeb dari belakangku.
"Taknak!" aku pusing memandang Nakeeb sebelum menjelirkan lidahku padanya. Makin sakan dia gelakkan aku.
Ey, menyampah!
YOU ARE READING
❝His sweetheart.❞
RomanceEiman Arsyadee Lee dan Nadiah Nur Shahira. Perkahwinan mereka hanyalah kerana syarikat. Apabila si ego dan si lurus bendul bergabung, makin huru - hara jadinya. Dua - dua degil, taknak mengalah. Siapa yang akan menang? ❝Jangan senyum dekat orang lai...