[note: words in italics are spoken in korean]
"Sah!"
Lelaki bermata sepet di depanku yang kini sudah sah menjadi suamiku pandang. Senyuman dibibirnya yang menonjolkan lesung pipitnya sedikit sebanyak membuatkanku tenang.
"Tahniah!" satu persatu tetamu datang mengucapkannya pada kami. Tersenyum mereka yang meligat kami berdua. Aku sepatutnya bersama Zakwan dan bukannya lelaki ini. Perit terasa hatiku.
Maaf Zack, maaf aku buat kau macam ini. Mesti kau takkan maafkan akukan?
"Smile, woman. Are you trying to show everyone that you are forced to this marriage?" aku tersentak mendengar lelaki itu berbicara tanpa memandangku. Mendatar dan beku intonasinya. Aku pandang Eiman yang masih lagi tersenyum pada tetamunya.
Aku salah dengar ke? Jangan kata aku dah gila sebab aku stress sangat?
"Smile." Eiman memandangku. Wajahnya yang tersenyum tadi terus berubah kosong apabila dia memandangku.
"M-maaf." ucapku kalut namun dia langsung tidak peduli.
"Jooheonie! Uri honey!" aku tersenyum kekok apabila sekumpulan lelaki datang ke arah kami. Nampaknya mereka chinese? Atau mungkin korean?. Nanti dulu, Eiman ini chinese ke korean?
Yalah, dengan mata sepet dan kulit cerahnya.
Dahiku automatik berkerut apabila mendengar salah seorang daripada mereka bercakap. Bahasa ini, aku sebagai expert dalam drama korea, aku tahu ini bahasa korea.
"Wah, cantiknya isteri kau! Baik bagi aku!"
"Pft, bodoh! Banyak cantik muka kau! Kau nak kena dengan aku?" aku pandang Eiman yang sedang tergelak. Aduh, kacak itu dah ada bila dia senyum tapi itulah, seram sangat dia ini.
Jadinya laki aku ini half korean ke memang korean?
"Sayang, these are my friends when I used to study and lived in Seoul."
Sayang? Aku telan air liurku tanpa sengaja. Boleh potong kaki aku mendengarnya. Manis sangat ini. Bersemut. Tambah lagi dengan senyumannya itu. Kenapalah dia tak macam ini dari mula?
"H-hai." aku tak tahu nak buat apa. Nak tunduk ke nak bongkok ke apa ini? Aku lambaikan tanganku membuatkan mereka tergelak.
"Don't worry. Kami tak makan orang. Sohn Hyunwoo imnida- oh, sorry. Aku Raziwq. Raziwq Zulfarhan." jawab salah seorang dari mereka dengan senyuman membuatkan mata sepetnya hilang. Ah, dia Korean.
"Kau still perkenalkan diri kau dengan nama korean kau dulu?" berkerut Eiman. Raziwq mengangkat bahu bidangnya.
"Why not?" sambungnya.
"Yow, aku Megat Mohamed." lelaki berkulit cerah tersebut tersenyum memandangku menampakkan gigi taringnya. Walaupun dia putih, muka melayunya masih ada.
"Muhammad Zhafran Im." Daripada gaya pakaiannya, dia sesuai untuk menjadi model atau idol. Tak, apa hal handsome sangat semua orang ini? aku dah kahwin siot tapi aku tergoda dengan senyuman diorang!
"Saya--" belum sempat lelaki bermata sepet itu membuka mulut, seorang perempuan bertudung bawal bercorak merempuhnya.
"Wonho ah!" teruja suaranya menegur sebelum memeluk lengan lelaki itu. Terkulat - kulat lelaki itu memandang aku dan perempuan itu berselang - seli.
"Ha, mula dah." Zhafran sudah menggulingkan anak matanya. Meluat dengan mereka berdua mungkin.
"Oi, hormatlah orang single!" kata Megat selamba. Perempuan itu berdecit sebelum menjeling Megat.
"Omo, omo! Kau tengok adik kau ini Eiman, dia jeling aku siot!" adu Megat membuatkan aku tersengih. Terhibur dengan sifat makcik - makcik si Megat ini.
"Betullah itu, kau sampai bila nak single?" soal Raziwq tersengih.
"Tak lakulah itu." Zhafran tersenyum sinis, lagi mengapikan keadaan.
"Rambut kau itu ha, potonglah! Nampak selekeh tahu?" tambah Zhafran lagi.
"Pergh, apa ini semua serang aku? Aku ini memang kacak sejak azali, tahu? Jangalah jealous ya, abang." mencebik Raziwq dibuatnya apabilaMega sudah menggedik.
"Wait, ini ke kakak ipar orang?" soal perempuan itu sambil memandangku terkejut.
----
Note :
I may use Monsta X's members' real name as my characters' korean name but it's just names. You can imagine them as other people but why not using Monsta X's faces because they all visuals.
//winkwonk//
This is my attempt to not making this story into a fanfiction but i think i just did it again damnit.
Anyways, stan Monsta X peeps.
YOU ARE READING
❝His sweetheart.❞
RomanceEiman Arsyadee Lee dan Nadiah Nur Shahira. Perkahwinan mereka hanyalah kerana syarikat. Apabila si ego dan si lurus bendul bergabung, makin huru - hara jadinya. Dua - dua degil, taknak mengalah. Siapa yang akan menang? ❝Jangan senyum dekat orang lai...