🌸❞ t w e n t y f o u r

361 31 6
                                    

"Lupa nak tanya, nama apa?" soal makcik tadi.

"Saya Nadiah Nur Shahira, puan. Tapi panggil Nadiah je." jawabku sambil tersenyum. Terkejut wajah makcik ini mendengar namaku. Senyumannya mati, dia merenung wajahku.

"Nadiah?" soalnya lagi sekali.

"Ya?" aku mula keliru. Aku salah ke?

"Mak." panggil Ilyas, mengejut wanita itu dari lamunannya.

"Oh sorry. Eh, kamu ini. Mak, panggil mak je. Mak tak ada anak perempuan, kamu jelah jadi anak mak." katanya tersenyum semula memandangku. Aku terdiam seketika. Terkedu sebelum aku mengangguk kecil. Hatiku berbunga - bunga terasa. Aku tersenyum lebar.

Mak, ibu, mama, eomma.

Perkataan yang aku tak pernah dapat peluang untuk sebut.

Apa boleh buat? Aku dahlah anak angkat. Ibu angkat dan kakak angkat aku tak suka aku. Papa pula suka gunakan aku. Nakeeb? Entahlah. Kawan baik plus lelaki yangku fikir soulmateku, Zakwan pula cuba untuk bunuhku. Oh, dah boleh jadi ex best friend jugalah selain ex fiancée. Eiman pula? Aku dah penat sakit hati dengan dia. Lantaklah dia nak buat apa pun. Tolak tarik aku, ingat aku tak ada hati ke?

"Ei, suka hati je mak ambil dia jadi anak. Habis itu orang ini apa? Bukan anak mak?" sekali lagi Ilyas berkata tak puas hati. Perkataan anak angkat itu sedikit sebanyak buat aku triggered.

Ey, ada yang aku karate kat sini kang. Dia ini dari tadi macam mengundang aku untuk bergaduh dengan dia walaweh. Satu geng dengan Nakeeb ini.

"Kamu itu lelaki. Dia ini perempuan. Lagi satu, perangai itu cuba matang sikit." pesan mak. Makin panjang muncung Ilyas dibuatnya.

"Alah, orang saja nak manja dengan maklah." kata Ilyas sambil memperkemaskan balutan baruku. Aku hanya mampu tersengih. Mengadanya doktor ini.

"Untung suami kamu dapat isteri macam kamu. Berapa lama dah kahwin?" soal mak.

"Er, baru je. Tak sampai 2 bulan pun lagi." jawabku.

"Lahh, baru lagi? Selamat pengantin barulah ya, sayang. Nanti mak belikan hadiah untuk kamu. Oh, apa kata nanti kita keluar makan malam sekeluarga sekali dengan suami kamu?" kata mak teruja. Aku pandang Ilyas spontan, tak tahu nak balas apa.

Aku okay je. Masalahnya Eiman. Kang aku pandai - pandai mahu dia mengamuk macam hari itu. Hari itu aku anggap dia bad mood sebab client. Takkanlah salah akukan?

Aduh, biarlah dia. Aku serabut.

"Mak, dia busylah mak. Lagi pun mak baru je kenal dia takkanlah dah nak makan sekali?" soal Ilyas. Uhuk, dia backup aku ke ini? atau dia cemburu lagi?

"Apa salahnya?" balas mak balik sambil menghadiahkan pandangan tajam pada Ilyas. Fuh, takleh lawan makcik ini.

"Maaf puan-- eh mak, suami saya sejak dua menjak ini busy sangat dengan kerja. Buat masa terdekat ini memang tak bolehlah mak. Maaf sangat - sangat."

Apabila terdengar lidahku memanggilnya puan, pandangan tajam tadi diberikan padaku pula namun tersenyum semula pabilaku betulkan dengan panggilan mak. Okay, seram.

"Lah, laki kamu busy? Kalau macam itu kalau kamu free, kamu jelah teman mak keluar." kata mak lagi. Teruja menunggu jawapanku.

"Saya okay je." jawabku tersengih. Apa salahnyakan? Daripada aku duk tercongok dalam rumah tak buat apa - apa. Eiman pun bukannya ada.

"Lagi 10 minit kamu rehatkan, Ilyas? Jomlah kita makan bertiga sekali." kata mak lagi.

"Er, takpelah. Mak makanlah dengan Ilyas, saya tak lapar-"

Griukk~!

Misiku untuk lari gagal.

Aku memegang perutku sambil tersenyum senget. Merah padam mukaku menahan malu apabila perutku sendiri mengkhianatiku.

Kata tak lapar tapi perut dah berbunyi. Ha, macam mana itu?

"Jomlah, mak nak bawa kamu pergi restoran kegemaran mak." mak sudah berdiri. Dia tersenyum sambil memandangku sebelum bergerak keluar dari bilik.

Aku pandang Ilyas, tersengih. Awkward.

"I don't know how you do it but mak suka sangat dengan kau. Kalau mak kata dia nak kau jadi anak dia, then you will be. Aku sendiri takkan boleh ubah fikiran dia. So, welcome to the fam, sis. Let's go." Ilyas tersenyum nipis sebelum menepuk bahuku lalu turut meninggalkanku.

Okay, senangnya siot. Tadi macam nak halau aku eh tiba - tiba elok.

Aku baru je dianakangkatkan untuk kali kedua ke ini?

 ❝His sweetheart.❞Where stories live. Discover now