"Alahai, kasihannya anak mak seorang ini. Dah dah, jangan menangis. Kamu risau ya?" Mak masih lagi memelukku yang menangis. Belakangku ditepuk lembut bagi menenangkanku.
"Ilyas kalau dah tidur memang payah nak bangun. Lagi - lagi kalau dia shift malam, memang gegar macam mana pun dia takkan sedar." kata seorang lagi lelaki. Garau suaranya mengejutkanku.
Lama juga aku menangis. Lama jugalah aku dipujuk. Ya Allah, malunya aku. Aku ini kalau dah keluar air mata, payah nak berhenti. Sudahlah pergi ke rumah orang. Menangis pula. Mana aku nak tanam muka aku ini? Masuk tupperware boleh?
Aku menoleh apabila ada kotak tisu dihulurkan padaku. Lelaki berkaca mata tadi. Aku ambil tisu tersebut sebelum tersenyum.
"Thank you." ucapku. Dia hanya tersenyum nipis.
Lelaki itu bangun dari duduknya. Tangannya dilambaikan ke arahku, menyuruhku mengikutnya. Dia nak aku ikut dia eh? Dah kenapa tak bercakap ini? Aku membontotinya ke dapur.
Kerusi meja makan ditariknya. Aku memandang lelaki berkaca mata tadi bingung. Duduklah, asal pandang aku?
"Dia nak kau duduk situ." kata lagi seorang lelaki. Aku terkulat - kulat memandang lelaki berkaca mata tadi. Dia mengangguk, mengiyakan kata - kata abangnya. Aku duduk di kerusi yang ditarik. Sebelum sempatku duduk, kerusi ditolak merapatkan diriku dengan meja.
Uish, macam princess rasa.
"Izyan, pergi ambil udang butter kat dapur. Mak lupa nak letak dalam bekas." kata mak yang muncul dengan semangkuk lauk.
"Biar Nadiah ambilkan." kataku sudah terbangun.
"Tak payah, kau duduk." kata lelaki yang dipanggil Izyan itu membuatkan aku duduk semula sebelum dia ke dapur.
"Nad duduk je. Nadiahkan tetamu. Jangan risau. Iyaad sayang, hidangkan nasi untuk Nadiah." kata mak. Senyuman tak lekang di bibirnya. Aku diam. Mataku memerhatikan Iyaad yang berkaca mata mencedukkan nasi untukku.
Betul - betul dilayan macam princess aku ini siot.
"Lagi sikit." aku tersengih tak malu apabila Iyaad memandangku, seperti ingin bertanyakan jika nasi yang diletakkannya cukup buatku. Sesenduk lagi nasi diletakkan dalam pingganku sebelum Iyaad mengangkat ibu jarinya. Aku angguk sambil tersenyum membuatkan dia juga tersenyum.
"Betul ke tak ada apa yang Nad boleh tolong?" soalku. Serba salah pula aku. Mak tak duduk lagi dari tadi. Aku pula duduk je, semua dah hidang depan aku.
"Dah siap dah pun. Jom makan." kata mak sebelum mengambil tempat di sebelahku. Izyan dan Iyaad pula duduk bersebelahan berhadapan denganku.
"Izyan, Iyaad, mak rasa kamu dah tahu. Inilah Nadiah. Mulai sekarang dia adik kamu." kata mak membuatkan aku tersenyum senget. Kenapa macam senang sangat hal anak angkat ini? Izyan dan Iyaad kedua - duanya memandangku spontan. Iyaad tersenyum. Baruku perasan wajah Iyaad sebiji macam Ilyas. Kembar ke? Izyan pula memandangku kosong. Okay aku tak adalah expect semua terima aku. Lagi pun aku pun tak sangka boleh jadi macam ini.
"Izyan Fuzail, anak sulung mak. Iyaad Farhain dan Ilyas Fawzan, kembar. Three sons, no daughter." terang mak membuatkan aku terangguk - angguk.
"Makanlah." jemput mak lagi. Aku mengangguk sebelum suapan pertama aku makan. Terbeliak mataku. Sedap gila.
"Mak pun makanlah. Bayan, Bayad, makanlah juga." aku tersengih dengan nama singkatan yang sendiriku berikan. Ewah suka hati je kau ya, Nad. Dahlah baru jumpa.
"Bayan?" berkerut Izyan memandangku.
"Abang Izyan. Pendekkan, jadilah Bayan." jawabku. Lelaki itu masih lagi kebingungan. Pertama kali berjumpa dengan budak pelik macam aku agaknya. Aku syak dalam otaknya mesti terfikir macam mana mak dia boleh terjumpa orang macam aku dan decide nak jadikan aku anak angkat dia.
"Ikut kaulah." kata Izyan, malas melayan. Ada suatu padanya yang menarik perhatianku. Mata Izyan, hijau? Struktur wajahnya juga tak nampak macam orang melayu. Dia lebih kepada barat. Wow, ayah dia orang ini orang putih ke?
"Sorry, I'm late." ada suatu suara berjaya membuatku menoleh. Kerusi sebelah mak ditarik setelah kot dibuka.
"Sayang, I thought you balik petang?" kata mak sambil memandang lelaki itu.
"How could I miss seeing my new daughter?" lelaki itu tersenyum memandangku. Terkebil - kebil aku memandangnya. Matanya hijau, sama seperti Izyan. Nampaknya tekaanku betul.
"So, kamu ke Nadiah?" soalnya. Aku mengangguk, teragak - agak.
"Buatlah macam rumah sendiri. This is your family now. Oh, and call me ayah." katanya sambil tersenyum. Aku mengangguk sebelum tersengih. Malu dalam masa yang sama, aku terharu. Layakkah aku dijadikan anak angkat mereka? Aku pun bukannya semenggah sangat.
"Ayah, jemputlah makan sekali." kataku tersengih, mengundang tawa dari mak dan ayah. Saja try test.
"Yalah, kamu pun makanlah lagi. Tambahlah lagi nasi. Mak kamu kalau masak memang sedap. Si Ilyas itu kalau ada, bahaya. Takut kamu berebut tambah nasi dengan dia." Aku tergelak mendengar kata - kata ayah. Entah kenapa adegan itu terbayang dalam otak aku. Aku boleh bayangkan Ilyas bawa lari periuk nasi sebab takut aku habiskan nasi tambahannya.
Mungkin semua ini tak adalah teruk sangat.
YOU ARE READING
❝His sweetheart.❞
RomanceEiman Arsyadee Lee dan Nadiah Nur Shahira. Perkahwinan mereka hanyalah kerana syarikat. Apabila si ego dan si lurus bendul bergabung, makin huru - hara jadinya. Dua - dua degil, taknak mengalah. Siapa yang akan menang? ❝Jangan senyum dekat orang lai...