🌸❞ t h i r t y t w o

354 25 4
                                    

"Wait, kita nak ke mana tadi?" soalku berkerut. Ya ampun, kalau dengan dia ini aku rasa cepat berkedut aku. Otak aku macam dah tak ada sekarang ini.

"Zoo." aku terdiam mendengar jawapan sepatahnya. Otakku cuba memproses ayat yang sesuai untuk aku luahkan namun aku gagal. Laki aku ini budak tadika ke? Nasib baiklah aku pakai seluar, tak adalah serabut sangat nak berjalan.

Tak apalah Nadiah, kau dah janji semalam nak ikut dia keluar. Jangan mungkir janji, tak baik.

Aku keluar kereta apabila dia keluar kereta. Perlahan dia berjalan ke arahku. Baruku perasan pakaian Eiman.

Berseluar jeans hitam dengan t-shirt putih kosong bersarungkan jaket denim biru di luar. Jaket denimnya disinsingkan sedikit menonjolkan urat lengannya dan jam tangan rolex pada tangan kirinya.

Pakai macam itu pun dah nampak kacak gila macam mana aku tak rasa macam kentang bila berdiri sebelah dia?

"Aku--" Eiman menggosok lehernya. Aku dipandangnya sekejap sebelum memandang tempat lain. Okay, apa yang dia cuba buat sekarang ini. Eiman membetulkan sling beg yang dipakai silang pada dada.

"Aku nak minta maaf. Sincerly, I am truly very sorry." Eiman memandangku terkulat - kulat. Dia tak senang berdiri membuatkan aku pula yang terasa gelisahnya.

"Minta maaf?" soalku berkerut. Sejujurnya permohonan maaf dari Eiman adalah sesuatu yang aku tak pernah bayangkan.

"Y-yea, I know I'm a jerk but I do really mean it. Aku minta maaf." kata Eiman lagi sekali. Kali ini dia memandangku lama, mengharapkan jawapan dariku.

"Okay." itu saja yang terkeluar dari bibirku. Entahlah, aku tak tahu nak cakap apa. Terkedu.

"Can we restart? Y-you know, as a friend?" Eiman masih lagi memandangku. Tak lepas aku memandang Eiman. Tak, kenapa dia comel sangat sekarang ini? Aku rasa nak picit - picit pipi dia.

"Sure, why not?" kataku kekok. Eiman tersenyum menampakkan lesung pipitnya.

Ke tepi semua, Eiman baru je rompak hati aku dalam keadaan dia tak sedar.

"Kau maafkan aku?" soalnya, masih tersenyum. Eh, suka pula dia.

"Hm, we'll think about that. But first, let's go!" Aku peluk tangannya sebelum menarik Eiman masuk ke dalam zoo. Sampai bila nak duduk sini? Matahari dah naik ini woi. Terbakar aku dekat sini. Cukuplah aku belang waktu zaman sekolah je, dah besar - besar ini takkan nak belang lagi muka.

"Woah, boleh bagi gajah makanlah!" aku teruja apabila melihat beberapa pengunjung diberi peluang memberi gajah makan tebu. Gajahnya comel. Teringat pula aku pada Nakeeb. Bukan apa, teringat muka dia yang perasan handsome itu. Eh eh rasa nak tonyoh pula tebu ini kat muka dia nanti. Gajah ini lagi comel daripada dia.

"Nak try ke?" soal Eiman, memandangku.

"Boleh ke?" aku sengih. Eiman tersenyum kecil. Tanganku ditariknya.

"Nah." satu ikat tebu diberikan padaku setelah dia beli daripada pekerja zoo sebelum itu. Aku tersenyum lebar. Satu tebuku keluarkan dari ikatan getah lalu disuakan pada gajah. Pandai gajah itu makan dari tanganku. Aku pandang Eiman yang dari tadi memerhatikanku.

"Nak try?" soalku. Eiman menggeleng.

"alah, cubalah." Aku memujuknya.

"Jangan kata kau takut gajah?" soalku tersenyum mengejek, sengaja menjentik egonya.

"Mana ada." jawabnya, mencebik. Terkesan dengan kata - kataku.

"Kalau macam itu, cubalah." Aku hulurkan tebu padanya. Terus Eiman ambil sebelum mendekati gajah tersebut.

"Nak buat macam mana ini?" soal Eiman masih teragak - agak mahu menyuakan tangannya. Aku tergelak. Dia nampak takut tapi pada masa yang sama dia nak cuba. Macam budak - budak aku tengok.

"Macam ini." aku angkat tebu yang terakhir kepada seekor lagi gajah, mendemonstrasikan cara memberi gajah makan kepada Encik Eiman.

"Ya Allah, payah sangat ke?" aku angkatkan tangan Eiman, menyuakan tebunya pada gajah. Selepas terkulat - kulat akhirnya Eiman berjaya berikan gajah tadi tebu.

Haih, susah betul.

 ❝His sweetheart.❞Where stories live. Discover now