"N-Nakeeb! Rantai aku! Rantai aku mana?" aku menggelabah seperti ibu hilang anak apabila rantai di leher yangku sentiasa pakai kini hilang. Nakeeb menghalangku dari bangun.
"Woah woah, relax. Kau baru kena assault, tahu? Baik kau jangan banyak bergerak. Ey, berani sangat engkau ini. Badan itu belum kuat pun lagi." kata Nakeeb membuatkan aku geram.
"Nakeeb, kau tahukan rantai itu penting bagi aku. Please, carikan untuk aku." kataku merayu. Aku sudah nak menangis.
"Rantai apa ini?" soal Eiman yang baru masuk bilik wadku bersama seplastik roti di tangannya berkerut memandangku dan Nakeeb.
"Rantai yang saya selalu pakai itu! Pada rantai itu saya ada gantungkan cincin. Cincin itu ada permata merah jambu. Awak, tolong carikan boleh? S-saya rasa mungkin tercicir dekat tempat semalam atau mungkin sebelum itu lagi? Please, carikan rantai itu." aku memegang lengan Eiman sambil memandangnya dengan mataku yang sudah berair.
Terkebil - kebil Eiman memandangku. Terkejut agaknya melihat aku nak menangis hanya disebabkan rantai. Lagi - lagi rantai itu bukan darinya. Jangan dia fikir bukan - bukan sudah.
"Tolong?" aku sudah mencebik. Serius nak menangis. Ha, memang dah menangis dah pun.
"O-okay, kau janganlah menangis." Eiman mengusap lembut kepalaku, cuba memujuk agaknya. Nampaklah awkward dia itu. Macam manalah dia pujuk Humaira agaknya ya?
"Aku call orang kejap. Tanyakan, mana tahu jumpa rantai kau. Eiman, kau jaga dia kejap. Aku nak keluar. Jangan bagi dia turun katil unless nak ke tandas. And one more, bagi dia makan banyak sikit." kata Nakeeb sambil mengeluarkan telefonnya dari poket sebelum dia keluar dari bilik wad.
Terus aku pandang tempat lain. Aku sedut hingus. Air mata yang hampir jatuh aku kesat. Weh, siot aku nak menangis depan dia lagi? Malulah!
Keluhan dari Eiman membuatkanku menoleh memandangnya.
"Aku buat lagikan?" kali ini aku pula yang terkebil - kebil memandangnya bingung. Buat apa pula kali ini? Jangan macam - macam nyah oi.
"Maaf, aku buat perangai macam budak - budak. Kalau aku tak halau kau hari itu, kalau aku tak buat perangai dan kita makan tengah hari sama - sama, semua ini takkan jadi." kata Eiman terkulat - kulat. Serba salah nampaknya.
Aku diam. Lama juga aku diam sambil merenungnya. Dah macam cacing kepanasan Eiman apabila ditenungku.
"Nad?" aku mengeluh apabila dia memanggilku.
"Memang pun. Awak tahu tak betapa susahnya nak pujuk awak? Pujuk Nakeeb lagi senang tahu? Mengada." aku tarik muncung lalu memandang tempat lain. Acah. Sejujurnya perasaan geram itu dah hilang pabila dia datang untuk selamatkan aku malam itu. Kalau Eiman dan Nakeeb tak datang, mungkin aku dan papa Zakwan akan berkongsi nasib yang sama. Atau lebih teruk dari itu.
Aku berkerut, cuba untuk tak teringat kejadian malam itu sebelum kembali menarik muncung. Aku taknak Eiman tahu aku terganggu dengan benda ini.
"Alah, sorrylah. Saya betul - betul minta maaf. Janji tak buat lagi." kata Eiman, juga menarik muncung. Aku tahan gelak. Hilang terus keresahanku. Saya? Aku salah dengar atau dia memang tengah merengek sekarang ini?
"Hari itu pun awak kata tak nak buat lagi." suaraku masihku cuba kawal, mendatar je. Muka pun acah gangster. Sengaja aku pura - pura marahkan dia. Pada hal baru tadi aku menangis.
"Semua ini salah saya. Saya minta maaf sangat. Mesti awak sedihkan? Saya minta maaf sangat - sangat. Maafkan saya, please?" aku terdiam melihat Eiman. Ah, sudah. Dia nampak macam kanak - kanak yang nak menangis sebabkan aiskrim dia jatuh.
Ya Allah, comel sangat. Jantung aku tak boleh handle semua ini.
"T-Tak apalah, benda dah jadi." kataku tersenyum nipis sebelum sekali lagi aku memandang tempat lain, cuba mengelak pandangan matanya. Aku dapat rasa wajah aku membahang sekarang.
Kbamm!!
Bagai nak runtuh pintu bilik wadku dihempas buka.
"Nad!"
"Nadiah!"
"Anak papa!"
"Kesayangan mak!"
Serentak sekumpulan manusia memyerbu bilikku membuatkan aku terkejut. Dengan Eiman sekali terhenjut bahu kerana terkejut.
Papa, mak, ayah, Ilyas, Iyaad dan Izyan, semuanya disini.
"Er, hai?" aku tersenyum senget.
YOU ARE READING
❝His sweetheart.❞
RomanceEiman Arsyadee Lee dan Nadiah Nur Shahira. Perkahwinan mereka hanyalah kerana syarikat. Apabila si ego dan si lurus bendul bergabung, makin huru - hara jadinya. Dua - dua degil, taknak mengalah. Siapa yang akan menang? ❝Jangan senyum dekat orang lai...