"Nadiah, ini adik aku yang paling suka menyusahkan, Humaira Lee. Maira, ini Nadiah." Eiman perkenalkan kami.
"Menyusahkan apa? Kau lagilah!" satu tumbukan dihadiahkan kepada Eiman.
"Aduh!" berkerut Eiman memegang lengannya.
Aku tercengang sendiri. Apa patut aku buat? Hulur tangan nak salam? Tunduk ke? Macam mana ini?
Tiba - tiba Humaira memelukku. Er, okay? Mesra betul ya dia ini.
"Thanks sebab terima abang sengal saya. Harap akak bertabah dengan perangai sengal dia." Senyuman ikhlas dia berikan. Aku tersenyum kembali. Cantik Humaira ini. Sekacak abangnya.
"I know this is an arranged marriage but I believe that you can make him happy like he used to be." sambungnya lagi perlahan, berbisik supaya yang lain tidak mendengarnya.
Like he used to be? Maksudnya? Eh, budak ini punlah. Aku dahlah blur.
"Ha, kutuk akulah itu." tudung Humaira ditariknya membuatkan Humaira terdongak ke belakang.
"Yahh, janganlah tarik! Arris, tengok dia!" kali ini Humaira pula yang mengadu. Dia membetulkan awning tudungnya yang sudah rosak kerana ditarik Eiman tadi sambil menarik muncung. Ah, jadi lelaki yang tak sempat perkenalkan diri tadi namanya Arris.
"Ha, mengadulah kat pakwe kau itu. Ingat aku takut?" Eiman dengan muka selambanya tak dapat dipisahkan agaknya. Arris hanya diam tersengih melihat gelagat dua beradik ini. Mungkin dah banyak sangat tengok.
"Ish, taknak kawan! Jom awak, kita pergi makan kek! Penat layan orang angau baru kahwin ini, hmp!" Humaira menarik Arris pergi dari kami. Aku hanya diam memerhati.
Yalah, nak cakap apa en?
"Isteri kau ini memang tak banyak cakap eh?" soal Zhafran. Kini mereka semua memandangku. Eh, salah ke aku sneyap?
"Biarlah dia. Kau nak sangat dengar suara dia kenapa?" kata Eiman, mata sudah memandang Zhafran tajam. Dari nadanya dengar macam dia nak marah. Ditambah lagi dengan riak wajahnya, aku sendiri tak tahu.
Jealous ke? //batuk// mustahil //batuk//
"Uish, garangnya abang Eiman kita ini. Overprotective betul. Takut kittew." Sekali lagi Megat buat perangai gediknya, berkata dengan nada mengejek. Aku tergelak kecil.
"Eh, ehh! Dia senyum!" jakun Megat menunjukkan jarinya padaku membuatkan senyumanku mati. Keliru aku dibuatnya.
"Kau ini dah kenapa?" jari yang masih ditunjukkan padaku Eiman tepis kasar.
"Megat ssi, aku rasa kau yang patut cari makwe. Teruk sangat sindrom single kau ini. Lagi teruk dari Raziwq yang lagi lama solo dari kau dah ini." Zhafran menepuk bahu Megat sambil menggeleng. Raziwq pula berada di sebelah lagi menepuk bahu Megat sambil turut menggeleng, kononnya kecewa dengan perangainya.
"Sorry." Ucap Megat sambil tersengih kerang busuk.
"Korang dah makan ke? Pergilah makan apa yang ada." kata Eiman. Mungkincuba untuk tak kekokkan keadaan.
"Aku and Raziwq dah makan tadi. But tak salahkan kalau second round? Alang - alang kau jemput lagi sekali ini." tersengih - sengih Zhafran, muka tak malu.
"Ha, pergilah."
"Aku nak join!" teruja Megat mengejar Zhafran yang sudah laju ke meja makan semula. Raziwq hanya menggeleng sebelum memandang Eiman.
"Aku ada meeting dengan group aku kejap lagi. So aku kena gerak dah ini. Congrats you guys, aku doakan yang terbaik untuk korang. Jangan lupa, aku nak baby banyak - banyak!" kata Raziwq sebelum mengenyitkan matanya. Serta merta wajahku terasa bahang. Baby? No way. Not yet.
"Bodoh, kau ingat isteri aku kilang baby ke?" kata Eiman tersengih. Aku pula yang malu.
"Apa pun, cepat - cepat sikit ada baby! Aku nak anak kau panggil aku Uncle Raz. Ha, nama gempak gittew. Okay, aku dah lambat ini. Aku pergi dulu!" Raziwq terus berpaling meninggalkan kami berdua. Aku tersengih mendengar kata - kata Raziwq tadi.
Terhibur.
"Jangan senyum dekat orang lain. Kau milik aku, bukannya diorang." kata Eiman serius membuatkan aku terkebil - kebil.
Eh?
YOU ARE READING
❝His sweetheart.❞
RomanceEiman Arsyadee Lee dan Nadiah Nur Shahira. Perkahwinan mereka hanyalah kerana syarikat. Apabila si ego dan si lurus bendul bergabung, makin huru - hara jadinya. Dua - dua degil, taknak mengalah. Siapa yang akan menang? ❝Jangan senyum dekat orang lai...