🌸❞ t w e n t y n i n e

354 30 4
                                    

Terkebil - kebil Eiman memandangku. Terkejut dengan perangai mengadaku. Aku kalau lapar memang gedik sikit perangai. Ha, hadaplah engkau siapa suruh tanya banyak kali. Setakat ini Nakeeb je yang hadap aku mengada macam ini.

Tak lama, dia tergelak kecil. Kali ini aku pula yang terkebil - kebil kebingungan. Aku tak tahu pula dia boleh gelak. Ingatkan dia ini manusia kema sumpah jadi robot ke apa. Yalah, serius memanjang.

Comel.

Eh, jangan nak mengarut.

"Okaylah, kau nak makan nasi dengan lauk apa?" soalnya. Aduh, dia buat aku pakai otak aku siot. Nak ayam goreng ke nak minta lain? Tapi aku rasa nak ayam butter pun ada.

"Sayur and ayam butter." aku tunjuk gigi. Teruja apabila otakku dah terbayang makanan tersebut terhidang atas meja.

"Eh, kau reti masak ke?" soalku sambil mengikutinya turun ke dapur. Bukan apa, aku risau terbakar rumahnya nanti. Okay tak adalah, dia pandai jemasak siot. Eiman memandangku dengan mukanya sambil mengangkat sebelah keningnya.

Ha, apa maksud dia buat macam itu?

"Watch me." katanya. Eh eh, kenapa aku rasa nak pukul dia tiba - tiba ini? Annoying siot. Dah berjangkit Nakeeb ke?

"Er, kau ada tak resepi untuk ayam butter? Nevermind, I'll google for it." kata Eiman menggaru kepalanya.

"Ah, tak payah. Pakai resepi aku lagi senang. Kau goreng ayam celup tepung dulu." arahku.

Keletang keletung aku lihat dia beraksi di dapur. Okay, memasak - memasak ini dia luluslah. Okay, dah boleh gantikan aku jadi menantu.

"Minyak panas, baik - baik." pesanku. Eiman yang baru ingin memasukkan ayam mentah ke dalam minyak memandangku. Dia mengangguk sebelum perlahan meletakkan ayam tersebut.

Aku dah banyak mengalaman menggoreng ini. Aku taknaklah anak orang kaya ini melecur sebab nak masakkan ayam goreng untuk aku. Masuk berita kang aku, viral beb.

Ayam butter kalau ikut cara aku, selalunya memang gorengkan dulu dengan tepung baru sira dengan kuah butter itu.

"Nah, makanlah dulu. Baik - baik panas." sepinggan ayam yang sudah digoreng diletakkan di depanku. Ya Allah, terliur weh.

Aku terus sambar satu dengan tangan kiriku.

"Akh!"

Panas! Aku tiup jariku yang terasa pedih. Habislah, melecur tangan aku. Dahlah sebelah tak boleh pakai.

"Baru je aku cakap tadi." kata Eiman meletakkan butter di tepi lalu menghampiriku membuatkan aku mencebik.

"Sini." tanganku ditariknya perlahan ke sinki lalu dibilasnya dengan air.

"Habis merah dah tangan kau. Dahlah sebelah tangan kau itu dah berbalut. Kau nak balutkan sebelah lagi ke? Cuba hati - hati sikit boleh tak?" bebelan Eiman buatkan aku merenungnya. Macam tak percaya dia tengah membebel.

Tapi tak terkejut pun.

Tuala kecil yang baru diambilnya di dalam salah satu laci dapur. Tangan kiriku dikeringkan dengan berhati - hati.

"Nak pergi hospital tak?" soalnya. Aku menarik tanganku sebelum laju menggeleng. Melecur sikit je. Dah tak sakit dah pun. Jangan nak buat kecoh kat hospital macam putus jari.

Eiman melangkah ke peti ais lalu beberapa ketul air batu diletakkan dalam tuala kecil tadi sebelum diletakkan atas tanganku yang melecur tadi.

"Pegang ini. Now, nak kena buat apa?" soalnya sambil kembali ke dapur.

Dia ini pelik sangat hari ini kenapa? Caring sangat. Aku rasa macam dia ada udang di sebalik batu.

 ❝His sweetheart.❞Where stories live. Discover now