Mak :
Sayang, busy ke hari ini? |Me :
Tak adalah mak. |
Eiman kerja hari ini.|
Orang tengah mereput dalam rumah ini.|
Kenapa mak?|Mak :
Kejap lagi Ilyas datang ambil kamu.|
Kita makan sekali dekat rumah mak?|Me :
Okay je.|
Kejap lagi?|
Agak - agak lagi berapa minit Ilyas nak sampai, mak?|Mak :
10 minit katanya.|Me :
Okay, Nad pergi bersiap dulu.|
Jumpa mak kejap lagi.|---
Aku campak telefonku atas katil. Tuala aku capai laju sebelum berlumba ke tandas. Aku belum mandi lagi woi!
Ini kalau Nakeeb nampak, mahu dia gelakkan aku. Sebulan jadi bahan mengejek dia tengok aku sekalut ini.
Baju berlengan panjang berwarna hitam dengan corak ros merah pada lengannyaku sarungkan. Bedak ditepek sebelum liptintku sapu pada bibir. Minyak wangiku sembur. Ah, lantaklah sebotol pun daripada aku berbau nanti. Tudung bawal kelabu yangku baru pakai sekaliku sarungkan.
Powerbank dan chargerku ambil dari atas meja sebelum masukkan ke dalam begku bersama dompetku. Aku melihat pantulanku pada cermin.
Fuh, lawa banget. Patutlah ramai minat aku dulu walaupun selekeh.
Kah!
Pinn!
Aku keluar. Kunci dicapai laju. Aku keluar, pintu dikunci.
"Yow, bro." aku masuk kereta mewah milik Ilyas. Dia memandangku berkerut. Terkejut dengan perangaiku mungkin. Alah, macam pertama kali jumpa pula dia ini.
"Ada apa - apa tertinggal tak? Jangan nanti aku kena patah balik pula." bebel Ilyas. Sebiji macam Nakeeb siot dia ini.Aku menggeleng. Rasanya semua dah ada.
"Kau baru balik kerja ke?" soalku. Nampaklah mukanya penat. Pucat dan lesu pun ada.
"Aku shift malam semalam. Ini baru balik." kata Ilyas.
"Turun, tukar dengan aku." kataku sambil memandang Ilyas serius.
"Huh?"
"Kau penatkan, turunlah. Biar aku bawakan. Kau tidurlah sementara itu. Ada GPS ini, aku okay je." kataku. Ilyas memandangku tak berkelip. Tak yakinlah itu dengan aku.
"Cepatlah bang, jangan termenung. Mak tengah tunggu kat rumah itu." kataku sebelum keluar dari kereta. Tempat duduk pemanduku tuju. Ilyas dan aku bertukar tempat.
"Kau ada lesenkan?" soalnya cuak denganku setelah duduk di tempat duduk penumpang sebelahku. Aku ada lesen tapi aku malas nak drive. Beruntung tahu si Ilyas ini, aku jadi driver dia hari ini.
"Mestilah ada. Kau setkan GPS and then tidur. Sampai rumah nanti aku kejut kau." kataku. Ilyas memandangku sebelum menekan GPS keretanya menuju ke rumah mak.
"Oh, kejap. Sebelum itu aku kena mesej laki aku. Lupa pula kewujudan mamat itu." aku mengeluarkan telefon. Nama Eimanku tekan di aplikasi Whatsapp.
---
Me :
Aku pergi rumah mak tau.|Eiman :
Okay.|
Call me when you're done.|
And also, kirim salam kat mak. |
Minta maaf juga sebab aku asyik tak sempat nak jumpa dia.|Me :
Alrighty.|---
Eiman sudah tahu tentang aku dan mak. Kali ini sudah masuk kali kelima aku bertemu mak namun tidak pernah pula dia menjemputku ke rumahnya. Selalunya kami bertemu di luar.
Okay, settle buat laporan bertulis. Aku tarik gear sebelum menekan minyak. GPSku ikut sebiji - biji. Dalam 10 minit kemudian, aku tiba dia sebuah rumah banglo 3 tingkat.
Aku pandang Ilyas yang kepenatan. Nampak betul penatnya. Kasihan pula aku dibuatnya. Nak kejut ke tak nak ini?
"Ilyas, bangun. Kita dah sampai." kejutku namun Ilyas masih tidak bergerak. Woi, dah mati ke?
"Ilyas." panggilku lagi. Kali ini aku goyangkan tubuhnya. Langsung tiada reaksi. Aku mula cuak. Dadanya masi bergerak melegakanku. Aku tahulah dia masih bernafas. Jangan cakap dia pengsan?
"Ilyas, b-bangun. Please, bangun!" aku menepuk perlahan pipinya. Wajah tenang pucatnya membuatkan aku mula panik. Dia tak bangun. Bergerak pun tidak. Bayangan papa tak sedarkan diri sebelum ini menambahkan lagi keresahanku.
"Ilyas!" kali ini aku goncang tubuhnya kuat. Aku cuba kejutkannya lagi namun gagal.
Aku keluar kereta.
Loceng rumah di depan rumahku tekan berkali. Aku cuak. Entah mengapa air mataku jatuh. Aku takut. Tolonglah jangan buat macam ini depan aku.
Seorang lelaki berkaca mata muncul dengan wajah kelirunya.
"I-Ilyas, dia--" aku kehilangan kata - kata. Hanya air mata yang berbicara membuatkan lelaki itu keluar.
YOU ARE READING
❝His sweetheart.❞
RomanceEiman Arsyadee Lee dan Nadiah Nur Shahira. Perkahwinan mereka hanyalah kerana syarikat. Apabila si ego dan si lurus bendul bergabung, makin huru - hara jadinya. Dua - dua degil, taknak mengalah. Siapa yang akan menang? ❝Jangan senyum dekat orang lai...