🌸❞ s i x t y s i x

202 14 0
                                    

Rambutku yang masih basah aku keringkan dengan tuala. Aku capai telefon aku sebelum berkerut.

Dah kenapa si Nakeeb ini call aku sampai 30 kali? Eh, aku tersilent. Patutlah tak bunyi. Lama aku berendam dalam tab tadi.

Telefonku bergetar lagi. Nama Nakeeb terpancul di skrin membuatkan aku terus mengangkat panggilannya.

"Nadiah, baik kau buang telefon kau kalau tak reti nak angkat!" aku terdiam apabila Nakeeb berang bersuara. Yalah, call sampai 30 kali tak jawab - jawab. Tapi bukannya salah aku pun.

"Apa dia kau ini? Aku mandilah. Telefon aku silent. Mana aku dengar!" jawabku, meninggikan suaraku padanya semula. Bengang juga tiba - tiba kena marah.

"Kau bersiap sekarang." mendatar Nakeeb bersuara.

"Kenapa pula ini? Kita nak ke mana?" soalku berkerut. Dia ini dah kenapa pagi - pagi ini?

"Kau bersiap cepat. Kita pergi airport." tegas suara Nakeeb. Aku tersentak. Pergi airport? Buat apa lagi kalau bukan jumpa Eiman. Aku tahu pagi inilah Eiman ke Australia. Sengaja aku bangun lambat sebab taknak bertembung dengannya.

Ego. Ya, aku tahu ego aku tinggi.

"Taknak." balasku.

"Dengar cakap aku Nadiah. Kau menyesal nanti."

"Tak nak! Aku tak nak, tak naklah!" aku masih keras kepala. Keluhan kecewa dapatku dengar darinya.

"Nadiah, please. Even aku bukan abang kandung kau tapi aku kenal kau macam mana. Aku tahu kau akan menyesal. So, please. Listen to me right now. I'm begging you. Pergi bersiap sekarang." kali ini suaranya lembut. Aku diam, berfikir. Apalah yang dia cuba buat?

"Aku bersiap sekarang." jawabku tak ikhlas.

"Good. I'll be there in 10." kata Nakeeb sebelum mematikan panggilan. Aku mengeluh sebelum bangun ke bilik air untuk menggunakan hair dryer. Nak cepat pakai hair dryerlah senang.

Aku pakai blouse bercorak bunga berwarna pink pastel dan jeans biru bersama tudung bawal peach.

Sejujurnya aku berdebar. Kenapa Nakeeb beriya sangat nak aku jumpa Eiman?

Aku sayangkan Eiman. Menipulah kalau aku kata aku dah tawar hati. Mustahil. Jiwaku bagaikan separuh mati menahan perasaan ingin memeluknya. Namun kata - katanya masih terasa kesat di hatiku. Atau mungkin kerana ego? Mungkin juga kerana dia pun tidak menyatakan hasratnya untuk bersamaku.

Bunyi hon dia luar membuatkan aku keluar. Pintu dikunci sebelum kereta milik Nakeeb aku masuk.

"What's so important that Nakeeb Qaishan begged me to listen?" soalku. Nakeeb yang masih memandu terus mengeluh.

"Sis, you look horrible. You know I can see that, right?" aku berkerut. Buruk ke aku sekarang ini?

"Aku nak cepat jadi aku pakai jelah apa yang ada." jawabku mencebik.

"Bukan itu maksud aku."

"Ha, dah itu?" Aku blur. Si Nakeeb ini tak boleh ke berbelit lagi?

"Aku tahu kau dah sayangkan dia. But why are you the one who's leaving him?" lagilah aku bingung mendengarnya.

Aku yang tinggalkan Eiman? Huh??

"Dia nak ke Australia. Dia yang tinggalkan aku." jawabku.

"That's because you didn't listen! Nadiah, Eiman datang jumpa aku. He looked like a deadman walking. Dia kata dia dah cuba pujuk kau tapi kau asyik tolak dia. Kau tahu tak niat dia nak bawa kau ke Australia dengan dia and break this shitty contract or whatever. Kau. Masalahnya sekarang ini kau. Kau tak dengar langsung penjelasan dia."

Aku terdiam. Serius, aku langsung tak terfikirkan semua itu. Bila fikir balik, memang aku yang taknak dengar. Aku yang mengelak darinya. Bodohnya aku. Aku salahkan dia tapi sebenarnya aku yang salah.

"Dia masih dekat airport ke?" soalku. Sungguh, aku nak jumpa dia sekarang.

"Aku haraplah." Aku dah tak senang. Baru aku sedar, aku punyalah marahkan dia sampaikan aku tak tahu pun waktu kapal terbangnya berlepas bila.

Ergh, bodohnya kau Nadiah.

 ❝His sweetheart.❞Where stories live. Discover now