Mulutku diseletipkan semula. Aku dibaringkan atas lantai dengan tangan dan kakiku masih terikat.
Tudungku sudah tercampak entah ke mana. Tubuhku menggigil apabila bajuku dikoyakkannya, menampakkan sebahagian dada dan pakaian dalamku.
Segala pergelutanku sia - sia. Aku tak mampu nak halang dia. Hanya air mata mampu aku luahkan sekarang ini. Tolonglah sesiapa, selamatkan aku.
"Ops, mana boleh lupa first kiss kita." kata Zakwan, membuka seletip di mulutku sebelum merapatkan dirinya ke wajahku.
"Jangan! J-Jangan! Aku tak nak!" aku menggeleng dan menggerak - gerakkan kepalaku supaya ciumannya terganggu.
Sekali lagi wajahku dipegangnya kasar, mendiamkan aku buat kali yang entah ke berapa.
"Aku kata behavekan?"
Matanya merenung tajam ke dalam mataku. Bagaikan tiada lagi lelaki bernama Zakwan yang pernahku kenal itu dulu. Langsung tiada belas kasihan. Kosong. Dadaku berombak. Aku takut.
BUKK!
Aku terkejut apabila Zakwan tiba - tiba tersungkur ke belakang.
"Jauhkan muka menjijikkan kau itu dari adik aku." kata Nakeeb sambil menjeling Zakwan.
Eh, Nakeeb? Aku bingung.
Macam mana?
"Awak okay?" aku menoleh. Wajah risau Eiman kutatap. Masa itu juga aku menangis teresak - esak. Aku takut sangat namun pada masa yang sama, aku lega.
Tali yang mengikat kaki dan tanganku dibuka. Eiman tanggalkan kotnya lalu menutup badanku yang terdedah akibat adegan tak senonoh tadi. Aku terus memeluk Eiman sambil menangis teresak - esak.
"Bodoh! Kenapa ada je orang yang selamatkan kau! Menyusahkan aku!" jerit Zakwan seperti orang gila. Dia turut bangun.
"Sudahlah Zack, kau patut berhenti semua ini. Kejap lagi polis datang, baik kau serah diri." kata Nakeeb serius.
"Serah diri? Hahahah! Kau ingat aku semudah itu? Kau tahu tak apa rasanya bila orang tua ini mampus? Aku rasa bebas! Aku bebas!" Zakwan gelak seperti tiada hari esok. Sudah seperti orang tiada akal. Dia memang dah gila!
"Nakeeb, tinggalkan dia. Kita kena bawa Nad pergi hospital. Sekarang." kata Eiman, masih melutut sebelah kaki di lantai kerana aku memeluknya. Nakeeb tidak menjawab namun dia melangkah menghampiriku dan Eiman. Perlahan aku dibantu Eiman untuk berdiri.
"Aku akan balas dendam! Semua ini takkan jadi kalau bukan sebab kau, Nadiah!" kata Zakwan memandang ke arahku. Aku yang sedang berdiri memeluk Eiman dengan lebih erat. Tubuh menggigilku cukup untuk menggambarkan betapa takutnya aku sekarang ini. Zakwan lagi menakutkan dari ibu tiriku.
Apa salah aku?
"Semua ini salah kau. Kenapa kau nak salahkan Nadiah pula? Wake up. Kau masih ada peluang untuk bina kehidupan baru." soal Nakeeb malas.
"Build a new life? After I killed him? Maksud kau lepas aku masuk penjara? The world's a cruel place, Keeb. You'll be surprised if you ever experienced it." Zakwan tergelak sendiri sebelum tiba - tiba dia berhenti. Wajahnya berubah kosong lagi.
"But you don't."
Bunyi siren kereta polis menarik perhatian kami semua.
"Kau betul, aku tak patut salahkan Nad. Semua ini salah aku. Aku dah kotorkan diri aku. Aku takkan dapat maafkan diri aku." pisaunya diangkat sebelum dia menikam dadanya, dalam.
"Zack!"
Melihatkan keadaan itu, aku terkedu. Kenapa semua ini jadi depan mata aku?
"Ugh-- uhuk." Pisaunya ditarik sebelum sekali lagi dia menikam dirinya. Zakwan jatuh terbaring di situ juga. Lemah lututku terasa, di situ juga aku jatuh terduduk.
"Nad!" Eiman mendapatkanku, risau. Aku sudah berjuraian air mata.
"Woi!" Nakeeb pula sudah berlari ke arah Zakwan.
"Zakwan, kau tak boleh putus asa macam ini." kata Nakeeb, kalut melihat darah deras mengalir dari tikaman tadi. Zakwan terbatuk darah.
"A-aku minta maaf." ucap Zakwan sebelum memejamkan matanya.
"Medic! Call the medics!" jerit Nakeeb apabila polis sudah menyerbu tempat tersebut. Namun aku tahu, semua sudah terlambat.
"Hey hey, pandang aku. Just focus on me now." kata Eiman. Nafasku turun naik. Aku tak boleh bertenang. Tak lepas apa yang aku baru nampak. Aku memandang Eiman dengan penuh emosi.
Zakwan dah mati.
"E-Eiman-- Zakwan... d-dia--" aku tak mampu nak luahkan apa yang terbuku di dada. Sakit. Hati aku sakit. Marah, takut dan kecewa, semuanya sudah bercampur. Hanya tangisan yang dapatku luahkan. Berat kepalaku terasa. Pandanganku mula kabur.
"Nadiah? Nadiah! Hey--" suara Eiman beransur hilang dari pendengaranku.
Gelap, aku tak ingat apa yang berlaku selepas itu.
❛「❀」❜
Kbam! Pintu pejabat milik Nakeeb dibuka luas.
"Nakeeb!" terkejut Nakeeb apabila wajah tak tentu hala Eiman menerjah bilik pejabatnya. Dah kenapa dia ini? Cari pasal ke apa?
"Kau ini tak ada adab ke?" soal Nakeeb, mula naik angin. Secretary dia ini pun satu, suka - suki je bagi orang masuk kenapa? Tak ada salam tak ada suara, tiba - tiba terjah. Tak ke rasa nak mengamuk?
"Kita tak ada masa sekarang ini! Sekarang, cepat! Dia kena itu ha, cepatlah! Kau je boleh tolong aku!" Eiman kelam kabut.
"Apa benda engkau ini? Cuba cakap bahasa melayu sikit. Aku tahulah kau ini dari Korea but cuba elok sikit." bebel Nakeeb berkerut dahinya. Dia ini jangkit si Nadiah ke apa? Kalut bukan main. Eloklah suami isteri dua ini.
"Nadiah, aku syak dia kena culik!" kata Eiman. Terus berdiri Nakeeb apabila nama Nadiah disebut. Siapa yang berani sangat sentuh adik kesayangannya itu?
"Apa maksud kau? Mana kau tahu ini?" soal Nakeeb, mula menggelabah sekali. Ha, tadi bukan main kata orang.
Telefonnya ditunjukkan pada Nakeeb.
"Aku masukkan tracking device dalam phone Nadiah. Selalunya dia akan pergi rumah mak, pejabat kau, mall tak pun rumah aku but cuba kau tengok ini."
"Kau tak percayakan adik aku ke sampai masukkan tracking device?" soal Nakeeb memandang Eiman berang.
Bukannya kerana Eiman tak percayakan Nadiah tetapi sejak dia hampir gila kerana buntu tentang keberadaan Nadiah, dia ambil keputusan untuk masukkan alat peranti ini. Untuk kecemasan seperti ini.
"Nakeeb, sekarang ini bukan masa untuk bergaduh. Kalau kau nak marah aku please marah lepas kita jumpa Nadiah. Nadiah mungkin dalam bahaya sekarang ini. Cuba kau tengok ini. Ini dia. Aku pelik sebab tempat itu jauh dan dia tak ada pula mention apa - apa tentang tempat ini. Bila aku cari tempat ini, ini gudang terbiar." terang Eiman memandang Nakeeb, memgharapkan jawapan darinya.
"Wait, ini gudang terbiar dekat Jalan Mutiara ke?" soal Nakeeb. Berdebar dia menunggu jawapan Eiman. Eiman terkejut.
"Mana kau tahu?"
"Aku rasa aku tahu Nadiah ada dengan siapa. Ikut aku. Call polis, suruh dia orang terus pergi tempat itu sekarang." arah Nakeeb serius. Eiman memgangguk dan hanya menurut.
"Hani, batalkan semua meeting saya untuk hari ini." arah Nakeeb kepada secretarynya ketika dia dan Eiman keluar dari pejabatnya. Walaupun hatinya sedang panas kerana Eiman masukkan tracking device di dalam telefon adiknya, serba sedikit dia bersyukur. Kalaulah Eiman tak berbuat begitu, entah apa yang jadi kepada Nadiah pun dia tak tahu.
Namun kita hatinya semakin terbakar kerana dia tahu siapa dalang di sebalik semua ini. Nakeeb hanya mampu berdoa agar tanggapannya salah.
Zakwan, kenapa kau sampai sanggup buat semua ini?
YOU ARE READING
❝His sweetheart.❞
RomantikEiman Arsyadee Lee dan Nadiah Nur Shahira. Perkahwinan mereka hanyalah kerana syarikat. Apabila si ego dan si lurus bendul bergabung, makin huru - hara jadinya. Dua - dua degil, taknak mengalah. Siapa yang akan menang? ❝Jangan senyum dekat orang lai...