[Words in italic was spoken in Korean]
.
.
.
.Aku terjaga dalam pelukan seseorang. Siapa lagi kalau bukan Eiman. Aku pandang Eiman yang masih lena sebelum aku memeluknya erat. Entah macam mana aku boleh ada dalam bilik Eiman pun aku tak tahulah.
"Are you awake?" suara Eiman mengejutkanku. Aku masih memeluknya. Dia mengeratkan pelukannya membuatkan aku tersenyum sendiri.
"Hm, saya tidur lama ke?" soalku kembali.
"Taklah, dalam 6 jam macam itu je. You okay, sweetheart?"
Oh god, dia speaking Korea pula dengan aku. Seksi tahu, seksi?
6 jam aku tidur dia kata sekejap? Muka aku mesti sembab gila. Dengan menangisnya, tidur pula lepas itu.
Alah, setakat aniyo gwaenchana itu takkanlah aku yang kaki drama Korea ini tak tahukan?
"Im okay now. Did I worry you?" pelukan dilepaskan sebelum aku dongakkan kepala memandang wajahnya.
"Yes, you do!" Dia melepaskan pelukan sebelum kedua - dua belah pipiku ditekupnya. Berkerut aku apabila kedua - dua tangannya memegang wajahku.
"Yah, sakit!" Aku menepuk tangannya lembut membuatkan Eiman melepaskan pipiku. Membulat matanya apabila aku berbahasa Korea dengannya. Tak lama, dia tersengih lebar.
"Awak, cuba sebut sayang."
Aku terdiam. Malu sebenarnya. Dia nak aku panggil dia yeobo ke? Ha, ini mesti kes sebab aku kadang cakap dengan dia guna ayat yang selalu ulang dalam drama Korea.
"Kalau saya sebut awak nak bagi saya apa?" sengaja aku berkata. Saja je sebenarnya.
"Hm, a surprise. Baik awak sebut cepat." katanya tersenyum.
"Surprise? Seriuslah?" aku teruja tapi ego taknak tunjuk.
"Aaaa, cepatlah. Sebut sayang." Eiman merengek buatkan jantungku berdegup laju.
Ya tuhan, dia ini dah lama tak makan selipar ke apa? Apa hal dia comel sangat?
"Hm, sayang!" kata - kataku membuatkan Eiman tersenyum sampai ke telinga.
"Lagi sekali, please?" kata Eiman sambil mengangkat jari telunjuknya menunjukkan satu.
"Ee, awak kata sekali je. Mana hadiah saya?" kataku membuatkan Eiman mencebik gedik.
"Alah, sekali je lagi." katanya lagi, tak puas hati.
"Alah, taknak. Nak hadiah saya." aku pula menggedik.
"Alah, taknak juga. Nak sayang saya dulu." dia mengajukku kembali. Aku menjegilkan biji mataku padanya.
Menganjing aku nombor satu dia ini.
Aku tersenyum sendiri apabila satu idea muncul dalam fikiranku. Inilah masanya untuk aku kenakan dia balik.
"Jooheon ssi." Aku cucuk pipinya sekali sambil memanggilnya dengan suara kepitku sebelum tersengih. Eiman memandangku bingung. Ini kali pertama aku memanggilnya dengan nama Koreanya.
"Aaa, sayang. Jawablah." kataku apabila tiada sahutan darinya.
Eiman.404.error.
"Ah, y-ya."
"Sayang, saya nak bagitahu something ini." kataku masih tersengih. Suka pula tengok reaksi dia. Eiman mengangkat sebelah keningnya sebagai respon.
"Sinilah, nak bisik." kataku. Eiman memandangku sejenak sebelum dia merapatkan telinganya kepadaku.
"Something." bisikku sebelum ketawa mengekek membiarkan Eiman kebingungan dengan perangaiku.
"Saya pun ada something nak bagitahu awak. Sinilah." panggil Eiman. Aku takut - takut juga nak ikutkan. Kang dia kenakan aku balik macam mana ha? Kalau dia menjerit tak ke pekak aku?
"Awak nak kenakan saya balik eh?" kataku musykil dengannya. Eiman tergelak.
"Mana ada. Sinilah cepat, saya nak bisik." kata Eiman.
"Awak tipu! Awak nak kenakan sayakan?" aku tergelak kecil melihat Eiman tergelak.
"Ya Allah, cuba awak dengar dulu. Itulah, dia yang kenakan orang lepas itu takut terkena balik." kata Eiman membuatkan aku tarik muncung sebelum bergolek mendekatinya semula.
Bibirnya merapati telingaku.
"Saya sayang awak."
Jantungku terhenti seketika.
YOU ARE READING
❝His sweetheart.❞
RomanceEiman Arsyadee Lee dan Nadiah Nur Shahira. Perkahwinan mereka hanyalah kerana syarikat. Apabila si ego dan si lurus bendul bergabung, makin huru - hara jadinya. Dua - dua degil, taknak mengalah. Siapa yang akan menang? ❝Jangan senyum dekat orang lai...