"Nakeeb." hanya itu yang terkeluar dari bibirku apabila Nakeeb menerjah masuk ke dalam bilik persiapanku untuk perkahwinanku. Ya, aku setuju dengan papa. Kelakarkan? Akhirnya aku tunduk juga.
Seminggu sudah berlalu. Nampaknya majlis ini semua sudah siap tersedia dan Cuma perlukan pengantin sahaja. Akulah itu. Mungkin pengantin perempuannya lari? Atau mungkin putus? Ah, lantaklah. Fikir pun, aku still akan kahwin dengan entah siapalah agaknya. Aku pernah tengok sekali je rupa dia. Itu pun gambar.
"We need to talk." kata Nakeeb serius. Dari perilakunya aku tahu ianya penting. Malah suaranya sudah jelas bahawa dia stress.
Apa dia ingat dia je boleh stress? Aku ini tak stresslah?
"Kak Nina, boleh tak tinggalkan kami sekejap?" pintaku kepada makeup artist yang diupah bernama Kak Nina. Wanita itu hanya mengangguk sebelum beredar keluar.
Aku duduk menghadap Nakeeb, bersedia mendengar bebelannya lagi.
"Kau memang bodoh." kata - kata itu tajam menikam hatiku namun aku paksa diri untuk tersenyum.
"Tahu." jawabku lemah. Aku malas nak gaduh. Aku penat. Nakeeb merengus geram dnegan jawapanku.
"Kau mengaku kenapa? Buat aku pula yang nampak jahat." suara Nakeeb semakin perlahan. Aku mengangkat muka memandangnya.
Mengaku salah, kang aku tak mengaku dia mengamuk pula. Masa - masa macam ini kalau dia mengamuk, terbalik majlis kahwin orang kang. Eh majlis akulah siot!
"Kau kata kau taknak datang?" soalku teringat kembali kata - katanya tempoh hari.
"Aku datang untuk pastikan kau buat keputusan yang betul. Kau yakin kau takkan menyesal? Masih ada masa untuk kau lari. Aku boleh tolong kau. Kau serius nak tinggalkan Zakwan untuk permintaan merepek papa ini? Untuk lelaki yang kau tak pernah langsung jumpa dan kenal?" soal Nakeeb serius. Aku tersenyum nipis. Palsu, dah semestinya.
"Nakeeb, ini pilihan aku."
Nakeeb mengeluh lagi. Dia menyeka rambut hitamnya ke belakang, serabut.
"Kau tahu kau ada pilihan lainkan?" soalnya lagi. Aku menggeleng.
"Ya, tapi papa tak ada." jawabku, cuba untuk kelihatan tenang walaupun sebenarnya ribut taufan sedang melanda dalam fikiranku.
Hati aku sakit. Aku sayangkan Zakwan. Aku cintakan dia. Betul ke apa yang aku buat ini?
"Sedarlah Nad! Papa dah banyak kali gunakan kau! Dah berapa kali kau tangguhkan untuk buka restoran kau sendiri sebab papa sibuk nak melabur itu ini? Kau tengoklah, syarikat kita muflis juga!" suara Nakeeb sudah naik seoktaf lagi. Aku diam.
"Kalau kau nak tahu, sebab inilah mama tinggalkan papa! Sedarlah! Papa itu tak habis-habis menyusahkan kau!" Air mataku automatik terjatuh saat perkataan mama disebutnya. Kakiku sudah tegak berdiri di hadapannya.
"Cukup Nakeeb, cukup!" jeritku. Nakeeb terdiam, terkejut dengan kelakukanku.
"Kau dah lupa ke aku siapa? Aku ini anak angkat! Aku tak layak nak buat keputusan! Mama? Kau lupa ke apa mama cakap pada aku? Kau lupa? Kau lupa ke apa yang aku kena hadap disebabkan mama? Kalau bukan sebab papa, kau ingat aku boleh berdiri ke sampai hari ini? Aku hampir mati, Keeb, mati tahu?" soalku. Berderai air mataku mengingatkannya.
"Nak bernafas pun kau tak layaklah! Ingat, kau itu anak kutip!"
Masih terngiang - ngiang suara mama mengherdikku.
Nakeeb terdiam. Terkedu apabila aku ungkit kembali. Serba salah mungkin.
"Keluar." kataku, penat.
"Nad, aku-"
"Keluar!" Nakeeb memandangku tak puas hati. Kecewa dan serba salah jelas terpampang pada wajahnya. Pintu dihempas kuat ketika dia menuju keluar, sengaja.
Aku terduduk. Tergopoh - gapah Kak Nina masuk semula. Mungkin kerana Nakeeb menghempas pintu tadi, risau dibuatnya. Cepat - cepat dia mendapatkanku yang sedang menangis.
"Sayang, kenapa ini? Ya Allah, awak okay tak ini?" soalnya prihatin namun aku hanya membalas dengan tangisan.
"Aduh dik, jangan menangis. Kejap lagi nak nikah. Shh, dah dah." Kak Nina memelukku sambil belakangku diusapnya perlahan.
Lama juga aku ambil masa untuk berhenti menangis. Habis makeupku. Terpaksalah Kak Nina mulakan semula.
Betul kata Nakeeb, aku bodoh sebab tinggalkan Zakwan untuk lelaki yang aku langsung tak kenal.
Tapi semua ini demi papa.
YOU ARE READING
❝His sweetheart.❞
RomanceEiman Arsyadee Lee dan Nadiah Nur Shahira. Perkahwinan mereka hanyalah kerana syarikat. Apabila si ego dan si lurus bendul bergabung, makin huru - hara jadinya. Dua - dua degil, taknak mengalah. Siapa yang akan menang? ❝Jangan senyum dekat orang lai...