Aku mengeluh panjang. Mataku buka akhirnya. Telefonku di tepi katilku ambil sebelum jamnya aku pandang.
2:42 pagi.
Aku tak boleh tidur. Penat aku cuba lelapkan mata namun gagal. Banyak yang aku sedang fikirkan sekarang ini.
Pertama, nama sebenar aku masih Nadiah tetapi selebihnya berbeza. Izzatul Nadiah Fakeeha. Itu nama penuhku yang diberikan oleh mak dan ayah. Aku anak perempuan bongsu mereka. Hilang ketika aku berumur 4 tahun. Papa kata ketika aku diambil sebagai anak angkat, aku hanya perkenalkan diriku sebagai Nadiah. Jadi ibu kekalkan nama Nadiah itu.
Kedua, macam mana aku boleh hilang? Apa yang jadi sebenarnya? Aku mengeluh lagi. Tubuhku mengiring ke kiri dan kanan. Aku merengus sebelum menendang selimut lalu bangun dari pembaringan. Aku tak boleh nak tidur.
Kepala hoodieku angkat letakkan atas kepala sebelum kakiku melangkah keluar ke bilik lalu menuruni tangga ke tingkat bawah.
Niat di hati nak selongkar peti ais. Makanlah, apa lagi geng?
"Tak tidur lagi?" soalku berkerut apabila ternampak kelibat Eiman masih menonton televisyen di ruang tamu ketika aku dalam perjalanan hendak ke dapur.
"Tak. Awak? Terjaga ke?" soalnya pula. Aku mencebik sebelum melangkah menghampirinya. Aku ambil tempat di sebelahnya.
"Tak boleh tidur." kataku sudah bersila atas sofa sambil memeluk bantal. Selesa dah ini kang tiba - tiba aku lelap ha.
Aku diam menonton cerita yang dipasangkan Eiman. Ah, dia tengok drama bersiri ini lagi. Peaky Blinders. Konsisten siot dia ini. Dah season 5 dah.
"Im glad you found your biological family." kata Eiman tiba - tiba. Aku menoleh memandangnya. Eiman masih fokus dengan ceritanya.
"Yeah, saya punya bahagia sekarang ini, tak boleh diungkapkan. Happy sangat, tahu? Seronok sangat. Siapa sangka keluarga angkat kedua saya selama ini memang keluarga sebenar saya." kataku tersenyum sendiri sambil bermain jari.
"Ini semua takdir tuhan." tambah Eiman membuatkan aku mengangguk.
"Oh, ya! Saya baru tahu awak dan Nakeeb jumpa saya sebab Nakeeb ada letak tracking device dekat phone saya. Tak sangka betul si Nakeeb itu cari awak untuk minta tolong!" kataku, teruja. Yalah, Nakeebkan tak suka Eiman. Seronok aku kalau dia orang berdua berbaik.
"Y-yea, saya pun tak sangka."
Eh, aku salah ke? Dah kenapa dia nampak gementar semacam.
"Esok mak ajak kita pergi rumah. Awak cutikan? Rasanya dia jemput semua orang sebab Nakeeb kata dia pun dijemput." kataku. Eiman mengangguk.
"Okay, boleh je."
Aku memusingkan badanku memghadapnya. Pelik, Eiman berkerut memandangku.
"Eiman."
"Hm?" Eiman masih berkerut.
"Terima kasih." ucapku tersenyum.
"Sebab?"
"Kalau bukan sebab awak sudi nak tolong papa, semua ini takkan jadi. Saya biadab dengan awak tapi awak masih berikan saya peluang dan masih tolong papa dan Nakeeb. Terima kasih sangat - sangat. Terima kasih sebab terima saya." kataku ikhlas sambil tersenyum. Entah mengapa aku rasa nk menangis. Sebak pula.
"Saya harap masa yang tersisa ini dapat dihabiskan dengan memori yang indah sebelum gelaran suami dan isteri ini bertukar jadi kawan. Saya tak sempurna, tak matang dan kadangnya terburu - buru. Terima kasih sebab jadi suami saya dan maaf sebab banyak menyusahkan awak."
2 bulan. Itu je masa yang tinggal sebelum kami berpisah pergi ke haluan masing - masing. Seperti yang dijanjikan, 6 bulan saja tempohnya.
"No, I was the one who should say thanks and apologize to you. Saya layan awak dengan teruk dari mula. Bila saya cuba betulkan keadaan, I messed up again and again. Thank you for accepting my childish and cold side and Im so sorry for bringing you to my bad side. Thank you, for everything."
Aku tersenyum sebelum menarik muncung, manja.
"Eee, awak sengaja jekan? Dari mula kita kenal saya dah comel tahu? Sampai hati awak layan orang comel macam itu. Takut saya!" sengaja aku mengada. Terkebil - kebil Eiman memandang aku sebelum dia tersengih.
"Comel? Perasannya. Mula - mula kita kahwin itu, muka awak nampak sangat kena kahwin paksa."
"Seriuslah? Takkanlah nampak sangat?" Aku tergelak kecil.
"Ya Allah, nak saya tunjuk ke gambar kahwin kita? Ada tulis tahu kat dahi awak, 'kahwin paksa'."
"Eee, tipuuu!"
"Tak percaya sudahh." Eiman tergelak.
"Tipuu!"
YOU ARE READING
❝His sweetheart.❞
RomanceEiman Arsyadee Lee dan Nadiah Nur Shahira. Perkahwinan mereka hanyalah kerana syarikat. Apabila si ego dan si lurus bendul bergabung, makin huru - hara jadinya. Dua - dua degil, taknak mengalah. Siapa yang akan menang? ❝Jangan senyum dekat orang lai...