Pakaian Izyan yangku pinjam tempoh hari sudah terletak elok di dalam plastik untuk dibawa keluar. Aku kena pulangkan hari ini juga. Nanti lama - lama aku buat harta nanti.
Telefon aku keluarkan. Whatsapp aku buka sebelum nama Eiman aku tekan.
Tolonglah balas mesej aku kali ini.
---
Me :
Awak, saya keluar jumpa Abang Izyan sekejap.|
Nak pulangkan baju.|Eiman :
Kenapa bagitahu aku?|
Aku bukannya suami betul kau pun.|---
Aku gigit bibir. Ei, geram pula aku. Sengaja nak buat aku sakit hati ke? Aku tinggalkan mesej Eiman tidak terjawab. Terus aku capai kunci kereta sebelum keluar. Keretaku terus meluncur laju.
"Lelaki memang macam itu ke?" aku mencebik sambil memandang Izyan dan Ilyas bergilir - gilir. Iyaad pula mengangkat bahunya. Eloklah tiga ketul ini tak kerja hari ini. Aku bawa tiga - tiga pergi lepak Starbuck.
"Dah kau buat macam itu, memanglah dia merajuk." kata Ilyas sambil menyedut kopinya.
"Aku dah minta maaf tapi dia asyik mengelak dari aku. Dah tiga hari dah dia macam ini. Apa nak buat sekarang ini abang - abangku? Aku stresslah. Dah macam hantu aku dalam rumah itu." rasa nak bergolek dekat lantai sekarang inilah. Serabut tahu, serabut?
"Office?" sepatah Iyaad berkata membuatkan aku berkerut.
"Kau try pergi office dia tak?" soal Ilyas, menjelaskan lagi apa yang cuba disampaikan Iyaad. Aku terdiam sebelum menggeleng perlahan.
Ah ya, sejak - sejak ini Iyaad bercakaplah dengan aku walaupun sepatah - sepatah. Selalunya Ilyaslah yang tolong jadi translator kalau dia ada.
"See? Kau tak tunjuk pun effort kau nak minta maaf dekat dia." aku mencebik memandang Izyan. Ayat dia bisa siot.
Tak cukup ke effort aku kat rumah? Aku dah buat semua benda yang aku mampu. Haih, semua ini dah jadi balik sama macam waktu aku mula - mula kenal dia. Tapi kali ini memang salah aku.
"Kena ke?"
Ketiga - tiga mereka mengangguk serentak membuatkan aku mengeluh.
"Buatkan bekal." Kata Iyaad lagi, menarik perhatian kami.
"Elok juga itu! Buatkan bekal untuk dia then bawa pergi pejabat dia. You know, sebagai alasan untuk jumpa dia dalam pejabat." kata Ilyas sambil memandangku, tersengih. Aku terangguk - angguk. Bijak jugakan idea itu.
"Masakkan apa?" soalku semula.
"Sekarang ini isteri dia kau ke aku? Kaukan? Pandai - pandai kaulah fikir." kata Izyan membuatkan aku mencebik lagi. Dia ini ada je nak kasi aku sentap.
"Okay, fine. Thank you semua. Aku nak balik dulu." aku buat muka redha walaupun dah lebih lima kali tersentap. Ha, itulah. Selalunya kau je yang merajuk sekarang ini dia pula yang merajuk.
Hamek, kau hadaplah dia merajuk.
YOU ARE READING
❝His sweetheart.❞
Storie d'amoreEiman Arsyadee Lee dan Nadiah Nur Shahira. Perkahwinan mereka hanyalah kerana syarikat. Apabila si ego dan si lurus bendul bergabung, makin huru - hara jadinya. Dua - dua degil, taknak mengalah. Siapa yang akan menang? ❝Jangan senyum dekat orang lai...