🌸❞ t e n

402 36 4
                                    

"Ingat aku tak? Raziwq? Kawan Eiman?" soalnya. Aku terkebil - kebil.

Takkan aku nak lupa muka kacak dia itu? Alamak, malunya dia nampak muka buruk aku baru lepas menangis. Aku menahan sendu sambil mengelap air mataku.

"Kau okay tak ini? Apa yang kau buat kat sini? Malam - malam pula itu. Eiman mana?" katanya prihatin membelekku, risau aku tercedera. Terdengar nama Eiman disebut, aku terus mencebik.

"E-Eiman tinggalkan aku kat sini!" aduku sambil menangis semula. Terbeliak mata Raziwq apabila aku menangis. Cuak ha cuak.

Emo siot dengar nama mamat itu. Dahlah tinggal aku. Bukan salah aku pun eyy.

Aku dapat rasakan air hujan mulai turun membasahiku. Mula - mula renyai namun tak lama lepas itu tiba - tiba hujan lebat. Lebat sangat. Maka, makin kalutlah Raziwq dibuatnya.

"Er, Nadiah, apa kata kau masuk dulu kereta aku. Dah hujan ini, nanti kau demam pula." katanya sambil cuba membantuku bangun. Aku hanya ikutkan saja.

Raziwq buka jaketnya lalu dipakaikan padaku sebelum aku memasuki keretanya. Mungkin sebab dia nampak aku dah mula menggigil. Dalam keretanya pula bukan main sejuk. Sekarang ini musim sejuk ke dalam kereta dia ini?

Kereta Raziwq memasuki suatu kawasan perumahan. Aku lentukkan kepalaku pada cermin tingakp keretanya sambil memerhati keadaan luar sebelum keretanya berhenti apabila diparkirkan di depan sebuah rumah dua tingkat.

"Sorry, aku tak tahu nak bawa kau ke mana. Aku rasa kau patut tukar baju dulu, nanti kau demam pula. So, aku bawa kau pergi rumah aku. Tak apakan?" soalnya sambil memandangku dengan wajah sucinya. Aku masih diam. Wajahnya aku tenung. Sejujurnya aku dah mula tak sedap badan.

"Kalau kau risau, lepas kau tukar baju terus aku hantarkan kau balik ke rumah Eiman. But please, tukar baju dulu." pinta Raziwq lembut. Aku tersentuh. Jarang - jarang orang minta aku elok - elok kecuali Zakwan. Inikan pula dia minta sesuatu demi kebaikan aku.

Suara lembutnya dan riak wajahnya yang risau membuatkan hatiku sakit mengingatkan Zakwan. Satu - satunya manusia yang layan aku dengan penuh kasih sayang. Yang lain? Aku sendiri bingung sama ada semuanya lakonan atau betul - betul ikhlas.

Aku anggukkan saja. Tersenyum Raziwq dengan anggukanku. Senyuman dia hm, cair aku dibuatnya.

Eh Nad, ingat sikit kau itu dah kahwin. Tapi tak salahkan kalau kita buat dia jadi eye candy ehek.

"Jom." ajaknya sebelum keluar kereta. Aku turutinya.

Raziwq buka pintu rumahnya setelah kunci dibuka namun tak lama dia tutup semula.

"Er, kejap eh. Kau tunggu sini kejap je." Raziwq tersengih kekok sebelum masuk ke dalam rumahnya. Pintu ditutup. Tinggallah aku sendiri di luar.

Angin sejuk yang menerpa mukaku membuatkan aku bersin. Sejuk weh. Menggigil aku memeluk tubuhku.jaket Raziwq yang masih menutup tubuhku masih tak cukup tebal untuk memanaskan tubuhku.

"Kenapa bersepah sangat ini?" aku terdengar suara Raziwq dari dalam.

"Hyung yang buat semua ini tahu? Buat - buat tanya pula. Tch."

"Yah, Im Changkyun! Pakai baju cepat kita ada tetamu!"

"Tetamu apa yang datang malam - malam? Mengarutlah hyung ini."

"Pergi je boleh tak!"

"Arghh, okay okay! Ish, hyung ini!"

Aku terdengar bunyi bising dari dalam. Tersengih aku dibuatnya. Teringat aku pada Nakeeb. Aduh, malam ini semua nak teringat. Kalau aku call dia waktu ini dan mengadu padanya mungkin teruk Eiman dibelasahnya nanti.

Aku taknak cari pasal. Perkahwinan aku dan Eiman untuk selamatkan syarikat papa, aku tak boleh pentingkan diri. Silap langkah, Eiman boleh ceraikan aku dan batalkan perjanjian untuk bantu papa bangunkan balik syarikatnya.

Aku duduk seketika di depan pintu sambil bersandar di dinding. Tubuhku peluk seerat mungkin. Jaket yang Raziwq berikan tadi sudah seperti tiada kesan bagiku. Terasa seperti bogel pun ada. Sejuknya bagaikan telus terus ke kulit.

Beku woi beku!

Sejuknya sampai aku tak dapat rasa tanganku. Menggigil sampai ke tulang! Dengan angin hujan yang kuat bertiupan, aku sudah tak tahan. Kepala terasa semakin ringan. Selsema sudah datang. Berat terasa kelopak mataku.

Aku tidur sekejap bolehkan?

----

Eiman menekan brek mengejut. Kereta di belakangnya semua memberikan hon bertubi - tubi langsung tidak dipedulikannya. Wajahnya diraup berkali sebelum dia mengeluh.

"Please, I just wanna be happy."

Terbayang wajah redup Nadiah yang sudah pucat kerana menangis tadi. Bengang, dia bengang dengan dirinya sendiri.

"Apa yang kau buat ini, Eiman?" kata Eiman sendiri sebelum keretanya berpatah balik ke tempat kejadian tadi. Kelibat Nadiah tidak kelihatan membuatkan aku bertambah serabut. Stereng keretaku dihentak kasar.

Kalau jadi apa - apa pada Nadiah, semuanya salah kau. Kau bodoh sebab tinggal dia dalam hujan. Kau tahu semua itu bukan salah dia.

Eiman memaki dirinya sendiri di dalam hati. Buat seketika, dia terasa buntu.

Ting! Aplikasi Whatsapp dibukanya.

--

Raziwq Lee :
Omw home. |
Nadiah's with me.|

--

Terus Eiman membawa keretanya ke rumah Raziwq, laju.

 ❝His sweetheart.❞Where stories live. Discover now