🌸❞ t w e n t y s i x

355 30 0
                                    

Daripada aku keluar dari kereta Ilyas tadi sampailah aku dah masuk rumah ini, Eiman perhatikan je semua pergerakan aku. Tajam pandangannya. Naik meremang aku.

Aku berdiri di ruang tamu. Raziwq, Zhafran dan Nakeeb sedang duduk di sofa. Selain Eiman, makhluk bertiga ini pun dari aku masuk rumah tadi sampailah aku masuk ruang tamu memang tak lepas pandang aku. Patutlah banyak kereta kat depan, ramai rupanya dah ada kat dalam.

"Explain." kata Eiman sambil memandangku. Sepatah namun cukup untuk buatku terasa mahu gugur seluruh organku.

"Explain apa?" soalku semula.

"Siapa lelaki itu? Aku baru tak ada beberapa hari kau dah cari lain? Tak sangka pula kau jenis perempuan yang macam itu. Murah."

Wow, berdesing telinga aku mendengar perkataan murah keluar dari bibirnya.

"Eiman!"

"Apa kau cakap?"

Serentak Raziwq dan Nakeeb bersuara. Nakeeb sudah bangun, wajahnya menunjukkan dia bersedia untuk bertumbuk. Raziwq pula berkerut, terkejut dengan dirinya mungkin. Entahlah.

"Duduk Nakeeb." arahku. Nakeeb merengus namun dia patuh akanku.

"Well, kalau awak nak tahu lelaki kat depan tadi itu doktor saya. Kebetulan waktu saya tengah berjalan seorang pagi tadi mak dia kena ragut. End up jahitan terbuka balik bila saya cuba tolong so she took me to her son's to fix it yang another coincidence, memang doktor saya. Mak dia bawa saya makan and hantar saya balik. That's it." terangku. Sebenarnya aku rasa macam aku tak perlu terangkan benda ini pada dia pun.

Eiman diam.

"Jahitan kau terbuka balik? Teruk tak?" soal Raziwq. Risau riaknya. Terharu aku terasa. Ada juga yang prihatin ke aku. Aku menggeleng.

"Terbuka dua jahitan je."

"Kau dengan 'dua jahitan je' kau itu, geram pula aku." bebel Zhafran, pening dengan perangaiku. Aku tersengih.

"Aku okaylah. Tengok ha." aku angkat tanganku sambil tunjuk gigi.

"Berapa jahitan kau kena?" soal Nakeeb berkerut. Confusedlah itu ha, bila je mamat ini tak confused. Nampak sangat dia tak tahu tentang ini.

"Lima? Wait, sebelum ini ke tadi? Total ada 5 jahitan tapi tadi terbuka dua." aku berkata selamba.

Nakeeb meraup mukanya apabila terdengar jawapanku.

"Kau lepaskan si tak guna itu instead of laporkan dia? And about this, kau tak bagitahu pun aku?" soalnya memandangku serius. Aku terdiam. Okay, aku rasa Nakeeb tahu apa yang jadi antara aku dan Zakwan.

Heh, Eiman pun aku tak bagitahu inikan lagi dia.

"That tak guna was once my fiancee, Nakeeb. He's supposed to be the love of my life. Aku bagi dia peluang kedua sebab aku taknak rosakkan hidup dia. Cukuplah dia tak terurus sekarang ini sebab aku, Keeb." aku tersenyum nipis. Ha, mulalah nak emo. Terdiam semua.

"Aku minta maaf sebab tak jawab panggilan dan balas mesej korang. Maaf sebab risaukan semua. Terima kasih juga, tak sangka ada juga orang yang risaukan Nad." kataku memandang satu persatu wajah di depanku kecuali Eiman.

"Okaylah, kalau macam itu kami pergi dulu. Datang nak pastikan kau okay je. I'm glad you are." Zhafran bangun sambil menarik Raziwq bangun dengannya. Nampak sangat terpaksa, Raziwq ikutkan saja Zhafran keluar.

"Nakeeb, aku rasa kau pun patut balik." kataku. Dengar macam nak menghalaukan? Ha, memang nak halau pun. Kalau Eiman tak ada memang aku dah tending dia ini keluar. Dari tadi duk pandang Eiman macam nak telan.

"Aku nak stay." katanya berdegil sambil memeluk tubuh.

"Nakeeb." lembut sajaku panggil namun aku pasti dia tahu apa yang aku mahukan. Nakeeb merengus tak puas hati. Dia berdiri mendekati Eiman yang masih berdiri.

"The next time I know my baby sister got hurt, you're fucking dead." kata Nakeeb serius. Jari telunjuk ditunjukkan pada muka Eiman. Ey, dia ini menyempat je.

"Nakeeb." aku panggilnya lagi sekali. Kali ini sedikit kuat.

"Fine, nak pergilah ini." kata Nakeen melangkah keluar rumah. Aku mengekorinya. Iringlah dia nak balik nanti dia merajuk pula.

"Aku call kau malam nanti." kataku cuba menenangkannya. Dari wajahnya aku tahu banyak yang dia nak aku terangkan tapi masalahnya bukan sekarang.

"You better do." kata Nakeeb memandangku tajam. Aku anggukkan saja. Nakeeb menjeling Eiman sebelum dia keluar.

"Nadiah." aku gigit bibir apabila Eiman memanggilku.

Ah, sudah. Apa lagi?

 ❝His sweetheart.❞Where stories live. Discover now