🌸❞ t h i r t y s i x

335 25 7
                                    

"Kau kena ingat, kau itu anak kutip! Kalau bukan sebab papa, kau takkan adalah kat sini!" Puan Lydia, isteri kedua papa menamparku sekali lagi. Natasha hanya tersenyum memandang tak jauh dari situ.

"M-maaf puan. Saya janji tak buat lagi. M-Maafkan saya." kataku merayu. Air mataku langsung tak beri kesan pada mereka. Sebaik saja papa hilang dari pandangan, aku dilayannya seperti orang gaji. Malah lebih teruk dari itu.

"Kaki bodek, kau sengajakan nak buat aku nampak jahat depan bapa kau? Anak kutip itu buatlah cara anak kutip!" satu lagi tamparan dihadiahkan padaku.

"Aku suruh kau cucikan baju aku pakai tangan sebelum papa balik. Yang kau bodoh pergi bagi papa nampak kenapa? Kau sengajakan?" kali ini belakangku pula menjadi mangsa pukulannya.

"Maafkan saya puan. Ma-Maafkan saya." kataku menahan sendu.

"Kau patut mampus! Mampus jelah! Mampuss!!"

"Nadiah, bangun! Nadiah!"

Aku terjaga. Nafasku naik turun. Jantungku berdegup laju. Aku menggigil. Keadaan gelap membuatkan aku tak senang duduk. Aku pegang wajahku. Basah. Aku, menangis? Aku lap air mataku namun air mataku masih mengalir keluar.

Lampu kecil dibuka. Wajah penuh risau Eiman kiniku nampak dengan jelas. Tak senang Eiman melihat keadaanku.

"Kau okay tak ini?"

Aku diam. Hanya air mata yang menjawab soalannya. Fikiranku sekarang bercelaru. Hatiku lagilah. Aku tak tahu. Semuanya rasa tak betul sekarang ini. Air mataku juga taknak berhenti keluar.

Aku takut.

"Nadiah." panggil Eiman. Aku pandang Eiman. Tanganku yang menggigil aku cuba sorok. Air mataku kesat lagi sekali.

"A-Aku okay." kataku walhal sekarang ini keadaanku adalah sebaliknya.

Tiba - tiba Eiman menarikku ke dalam dakapannya. Erat pelukannya sedikit sebanyak membuatkan aku tenang.

"Aku minta maaf. Maafkan aku, maafkan aku. Maaf sebab tak dapat lindungi kau. Jangan risau, aku ada untuk kau. Aku akan sentiasa ada untuk kau. Kau okay. You're going to be fine." kata Eiman sambil mengusap lembut belakangku.

Tenang. Aku selesa dalam pelukannya. Kata - kata lembutnya buat aku hanyut semula ke alam mimpi.

× - × - ×

Aku mengeliat. Satu kuapan terlepas dari mulutku. Mata digosok sebelum dibuka.

"Arghhh! Eiman, kau-- aduh!" aku gosok kepalaku yang terhantuk pada meja. Sampai bergolek aku jatuh katil. Mana tak terkejut, bangun - bangun nampak Eiman sedang tidur di sebelahku.

"Nadiah, kau okay?" kalut Eiman mendapatkanku dengan wajah baru bangun tidurnya. Aku dicempungnya dan letakkan atas katil.

"Does it hurt? Let me check. Sakit tak? Kalau sakit kita pergi hospital, sekarang juga. Aku-" kelam kabut Eiman aku tengok. Tangan Eiman yang membelek kepalaku pegang.

"Aku okay." kataku malu.

"Kau tak nampak okay semalam." kata Eiman, masih memandangku risau. Aku terdiam sekejap. Agaknya lepas aku tertidur, dia pun terlena sekali.

"Wanna talk about it?" soal Eiman. Aku terdiam. Nak cakap pasal apa? Isteri kedua papa tak pernah terima aku dan dera aku selama bertahun - tahun selepas kematian ibu? Aku nak panggil dia mama pun dia tak benarkan.

"Tak apalah. Take your time. Bila kau dah bersedia, I'll be right here. Okay?" kata Eiman sambil tersenyum. Aku masih membisu. Eiman bangun.

"Eiman." aku pegang tangannya, menghentikan dia dari berlalu pergi.

"Thank you untuk semalam. I really need that." kataku membuatkan Eiman tersenyum nipis.

"Macam yang aku cakap, aku akan sentiasa ada untuk kau. Akukan suami kau. Now, get ready. Kau ada checkup hari ini." kata Eiman. Aku angguk sambil tersenyum.

"Aku akan sentiasa ada untuk kau."

Terngiang - ngiang kata - kata itu di otakku. Aku tersengih sendiri. Auch, sweet siot. Jantung aku tak cukup kuat untuk wajah kacaknya pagi - pagi ini.

 ❝His sweetheart.❞Where stories live. Discover now