"Kau turun dulu. Aku pergi cari parking." kata Nakeeb memberhentikan keretanya berhampiran depan pintu masuk KLIA. Aku angguk sebelum membuka pintu lalu keluar.
Aku pandang Nakeeb semula.
"Thank you, Keebs. I really owe you this time." ucapku membuatkan dia tersenyum sebelum mengangguk.
Aku masuk lapangan terbang tersebut. Mata melilau sekeliling sambil kaki melangkah entah ke mana.
Ya Allah, aku nak ke mana ini?
"Sorry, can I know where's the direction for the plane to Australia?" soalku di kaunter pertanyaan.
"Today's schedule for a flight to Australia is cancelled, ma'am. Due to some reasons, it was rescheduled to tomorrow. May I see your ticket to help you confirmed?" pekerja itu tersenyum melihatku. Aku garu kepalaku yang terasa gatal.
Cancelled? Tapi kalau Eiman mestilah dia ada personal flight sebab dia kaya. Plus, dia ada urgent things in Australia. Hal kerjakan?
"No, I was actually looking for someone. But thanks for the info." ucapku sebelum berlalu pergi.
Aku ada terfikir juga nak suruh dia buat pengumuman panggil Eiman. Tapi tak ke nanti jadi lain?
Aku meraup wajahku. Sumpah rasa nak menangis sekarang ini.
Eiman, mana kau?
Langkahku terhenti apabila ternampak satu figura tinggi tak jauh dariku. Jaket yang dipakainya. Kalauaku tak silap, itulah jaket yang aku berikan kepadanya sebagai hadiah. Aku yakin itu Eiman.
"E-Eiman!" panggilku sambil berlari ke arahnya. Lelaki itu menoleh. Betul sangkaanku. Dia Eiman. Dengan penuh bingung dia memandangku risau. Mungkin kerana aku berlari.
Terus aku memeluknya erat. Wajahku tanam dalam dadanya, mendedahkan degupan jantungnya yang berdegup laju.
Aku rindu.
"Nadiah?" panggil Eiman setelah lama aku memeluknya tanpa berbunyi sepatah pun.
"Saya minta maaf." Aku mengangkat muka memandangnya sambil mencebik, cuba untuk tak menangis. Terkebil - kebil Eiman memandangku sebelum dia tersenyum lembut. Tangannya memegang wajahku dengan penuh kasih sebelum bibirnya perlahan mengucup dahiku lama.
"Saya yang patut minta maaf kat awak." katanya pula. Aku kembali menyorokkan mukaku dalam jaketnya sambil menggelengkan kepalaku.
"Tak, ini salah saya." jawabku. Ha, elok. Teruskan passing - passing.
"We're even then." Kata Eiman. Kepalaku diusapnya lembut. Aku tersenyum nipis lalu mengangguk. Karang disambungnya sampai keesok pula.
"Ehem!"
Terhenjut bahuku apabila ada yang berdehem. Aku pusing, melihat empunya badan.
Terkebil - kebil aku melihat pasangan berkulit cerah dan bermata sepet di depanku. Nampak seperti orang asing.
"Eiman taknak kenalkan menantu eomma ke?"
Tersenyum lebar perempuan itu memandang aku yang masih bingung.
Menantu?
Eh, nanti dulu.
Jangan kata, ini mak dan ayah Eiman? Eh, tak mungkin. Muka diorang nampak muda sangat. Mungkin dia salah orang.
Eiman memeluk bahuku, merapatkan aku dengan dirinya.
"Eomma and appa, this is my wife and also your daughter in law, Nadiah. Nadiah, this is my mom and dad." terang Eiman.
Aku terkaku seketika.
Asal mak mertua aku nampak sama muda dengan aku. Ah, aku jeles! Bapa mertua aku pun sama naik siot. Apa ini flawless habis muka.
"Nadiah?" teguran Eiman mengejutkan aku dari lamunan. Aku mendekati mereka sebelum menyalam tangan ibu Eiman.
"Saya Nadiah, kak--"
Aku tutup mulut. Terlepas! Aku terlepas!
"Kak?" berkerut wanita itu memandangku.
"T-Tak, sebab eo-eomma nampak muda sangat aaaa sorry saya automatik nak panggil eomma kakak." aku mula nak meroyan.
Malu guwe malu.
Eiman tergelak. Bukan Eiman je. Sekali mak dan bapa mertua aku gelak.
"Now I can see why Eiman loves you so much." Eomma tersenyum memandangku.
Aku pula tersenyum senget. Macam mana boleh jadi macam ini?
YOU ARE READING
❝His sweetheart.❞
RomanceEiman Arsyadee Lee dan Nadiah Nur Shahira. Perkahwinan mereka hanyalah kerana syarikat. Apabila si ego dan si lurus bendul bergabung, makin huru - hara jadinya. Dua - dua degil, taknak mengalah. Siapa yang akan menang? ❝Jangan senyum dekat orang lai...