🌸❞ f i f t y n i n e

301 23 9
                                    

"You okay now?" soal Nakeeb mengambil tempat di sebelahku di dalam KFC. Aku angguk.

"Kau tak okay ke sebelum ini?" Ilyas yang baru tiba berkerut sambil mengambil tempat di tepiku lagi satu. Izyan dan Iyaad mengambil tempat berhadapan denganku.

"Tak okay sikit." kataku tersengih. Ibu jari dan hari telunjukku angkat menunjukkan tanda sedikit padanya.

"Kau buli dia ke?" garau suara Izyan bertanya sambil memandang Nakeeb. Terus Nakeeb berkerut.

"Aku buli dia? Dia buli aku adalah!" kata Nakeeb tanpa bertapis. Aku buat muka tak bersalah. Dia ini kenapa exposed aku?

"Tujuan saya kumpulkan semua di sini hari ini untuk belanja awak semua, abang - abang kesayangan saya yang kacak - kacak belaka." aku tersenyum. Masing - masing sudah kembang. Ilyas dan Nakeeb tak payah cakaplah, memang tak cover dua ekor ini.

"Apalah nak belanja KFC je. Orang bagitahulah awal - awal, boleh aku recommend restoran best." selamba Ilyas berkata. Aku mencebik. Orang nak belanja itu patutnya bersyukur.

"Ha, okay. Ilyas taknak. Jimat sikit duit aku. So, yang lain nak order apa? Aku nak pergi orderkan ini." aku berdiri. Terbuntang mata Ilyas apabilaku berkata begitu.

"Aaa, aku naklah! Kau ini, aku gurau je!" rengeknya.

"Ha, tahu pun!" aku ketawa.

"Aku nak cheesy wedges. Ayam nak dua ketul. Jangan lupa mashed potato, okayy?" ewah si Ilyas ini tadi bukan main taknak. Dia pula order melebih.

Aku angguk sebelum memandang Nakeeb.

"Okay, Nakeeb. Kau macam biasa en? Ke nak tukar selera?" aku pandang Nakeeb. Nakeeb terdiam sejenak.

"Aku nak burgerlah. Macam biasa."

"Burger makan McDonalds ar kau ini." sampuk Ilyas. Aku hanya mampu menggeleng melihat Ilyas. Sebenarnya perangai dua ekor ini sama je tapi bila dah bertembung, aku risau juga ini.

"Aku yang makan, kau panas apa hal?" ha itu dia, aku baru je cakap. Nakeeb sudah menjawab dengan jelingannya. Terdiam Ilyas memandangku cuak. Aku tersengih. Tahu pula takut.

"Nakeeb, kau nak garang sangat ini apa hal? Okay, rileks guys. Aku belanja hari ini so don't worry. Order je apa korang nak, semua dapat. Kalau gaduh aku halau kang." kataku cuba tenangkan keadaan. Tenangkan ke macam itu?

"Abang Izyan?" aku pandang Izyan.

"Aku nak ayam dua ketul. Air ice lemon tea. Beli yang satu set sekali dengan coleslaw itulah senang." aku mengangguk mendengarnya. Mudah abang kita ini.

"Alright, Iyaad pula nak apa?"

"Nak ikut." Aku sengetkan kepala. Dia nak ikut aku order? Nanti kat kaunter dia nak order sendiri agaknya.

"Boleh ke?" soal Iyaad lagi.

"Bolehlah. Nanti tolong Nad angkat makanan itu sekali eh?" jawabku. Setakat pergi kaunter je pun, takkanlah tak boleh pula. Aku masih tak tahu kenapa dia senyap sebelum tapi takpelah. At least dia bercakap sekarang.

Iyaad tersenyum mendengar jawapanku sebelum mengangguk. Aku bangun menuju ke kaunter diikuti Iyaad. Aku baru perasan, Iyaad lagi tinggi daripada Ilyas. Pft, terbantut ke si Ilyas itu. Malangnya aku masih lagi paling rendah antara mereka semua. Antara paras bahu tak pun paras dada.

Tak apalah, pendek pun comel.

"Eiman tak ikut?" soal Iyaad sementara kami beratur. Aku menggelengkan kepalaku. Dua orang yang sedang beratur di depanku pandang. Apa hallah buat kaunter banyak - banyak tapi bukanya satu je?

"Minggu ini dia busy kerja. Nad taknak susahkan dia. Biarlah dia kerja." jawabku.

"Dia tahu tak Nad keluar dengan kita orang?" soal Iyaad lagi. Aku pandang Iyaad, terkejut. Dia bercakap lebih dari 4 perkataan!

"Tahu, dia yang cadang pergi KFC." Iyaad mengangguk kecil membuatkan aku tersengih.

Giliran kami tiba dan aku pun orderlah apa yang patut. Siot, pokai aku kalau hari - hari belanja dia orang ini. Yang lain okay, si Ilyas ini ha. Dia yang paling banyak kedarah.

"Dah sampai!" aku letakkan dulang penuh makanan atas meja. Ilyas bangun untuk bantuku alihkan makanan dari dulang. Izyan pula bantu Iyaad. Nakeeb tolong susun bagi muat satu meja ini. Asal nampak macam aku nak buat jamuan ini?

"Nad nak pergi basuh tangan sekejap." pintaku sebelum bangun ke tempat basuh tangan yang terletak tak jauh dari tempat kami. Dulang yang sudah tersusun aku angkat sebelum letakkan di tempat dulang yang berdekatan dengan sinki.

"Kau ini Nadiah ke? Model itukan?" tiba - tiba ada seorang perempuan menegurku. Bukan wajah berlagaknya yang menarik perhatianku tetapi dress tak cukup kainnya yang mendedahkan peha dan bahunya. Seksi itu satu tapi dia cantik orangnya.

"Kenapa ya?" aku soal kembali. Bingung kerana dia tahu namaku. Aku jadi model sekali je. Dah ada orang kenal?

Pang!

Aku terdiam.

"Perampas! Berani kau rampas Eiman dari aku!"

Aku keliru. Ha, apa ini? Berkerut aku memegang wajahku.

"Kau ini siapa?" soalku menggigit bibirku. Ikutkan hati nak je aku lempang balik tapi jangan buat hal, mata tengah banyak sekarang ini.

"Aku ini siapa? Aku tunang Eiman!"

Ah, sudah.

 ❝His sweetheart.❞Where stories live. Discover now