PUTERI AISY, seorang gadis yang setia pada crushnya, yang baru saja dikenalinya dalam facebook. Suatu hari Aisy putus asa sebab lama menunggu balasan cinta lelaki itu. Selama setahun mereka tidak berhubung. RAFFY pulak seorang jejaka paling cool dan paling segak di mata Aisy. Dialah lelaki yang diminati Aisy dan dialah lelaki yang sering memberinya kata-kata semangat bila Aisy bersedih. "I'll support you, until you can support yourself" -Raffy Setahun selepas tidak berhubung, mereka kembali bertemu. Kali ni face to face. Bukan lagi facebook ataupun whatsapp! Mula-mula Aisy ingin menjauhinya, namun makin dia menjauh makin dekat lelaki itu sekaligus mencairkan hati bekunya. "Saya rasa saya dah sayang awak, Aisy."- Raffy "Awak tipu kan?"-Aisy "No, I don't"- Raffy. Akhirnya, mereka bersatu. Akan tetapi mereka di duga lagi dengan kerenah Aida yang ingin membalas dendam dan juga Ziyad yang mula mencintai adik tirinya.