Sudah tiga minggu sejak aku balik ke Sweden dan dua minggu Iman kembali bekerja di London. Setiap hari Iman tidak akan lupa untuk telefon aku biarpun sekejap. Nak tanya khabar mahupun nak berbual pendek.
Selain daripada call, ada saja bunga dan hadiah comel-comel yang akan muncul dihantar kepada aku. Sampai pakcik posmen tu dah naik muak dengan muka aku agaknya. Yelah, balik-balik muka aku.
Cara dia berbual di dalam telefon pun berbeza dari dulu. Sweet. Dari siapa dia belajar sweet talk, aku pun tak tahu. Tapi yang pastinya.. Hati aku semakin terusik. Aku suka. Tapi jangan haraplah aku nak bagitahu dia. Mau jalan tak jejak tanah nanti.
Jadi bila hari ni tak sekalipun nama Iman naik di skrin telefon aku, kerisauan mula datang. Segala macam buah fikiran datang menerjah.
Dia dah bosan ke dengan aku?
Dia dah menyesal ke?
Jangan-jangan dia ada second thoughts?
"Tenung telefon macam nak telan tu dah kenapa? Lapar ke?"
Suara Luke bergema di telinga aku. Bila aku angkat muka, dia sudah sedia berdiri di muka pintu dengan sengihan. Beberapa kertas dan fail ada dikepit dicelah ketiak. Sebelah lagi tangan ada di pinggang. Sebijik gaya mak-mak.
"Iman. Dia tak call pulak hari ni.", aku berterus-terang.
Luke berkerut, "Dia tak sihat ke?"
Sejak aku bertunang dengan Iman, dia berusaha untuk bukan sahaja ambil hati aku tetapi semua orang disekeliling aku termasuk lah Luke.
Bila Luke kena ke London untuk meeting bersama supplier, mereka berdua melepak bersama. Seminggu juga lah Luke di sana. Dan bila Luke balik ke sini, tak habis-habis dia memuji Iman. Jadi 'bestie forevah' pula. Menyampah aku.
"Tak sihat?", aku pula ikut berkerut.
"Yeah, last time I talk to him, he sounded off. Kena hujan katanya.", jelas Luke.
Kan aku dah cakap. Dia dah jadi kawan baik. Aku pun tak tahu pasal Iman kena hujan.
"Call him. Kesian dia kalau demam. Dah lah alone. Rasa lonely bertambah-tambah kalau demam.", Luke menggeleng kepala. Bercakap dari pengalaman.
"Lepas meeting nanti saya call.", aku sudah bangun dan mula mengemas meja.
Luke mengecilkan mata dengan nada tak endah aku. Aku hanya ketawa kecil.
"I will do it."
"Janji?", Luke angkat kening.
Eh dia ni? Nak janji-janji pulak?
"Bukannya apa. Awak ni kalau dah kerja, semua benda lupa.", Luke menyambung.
"Hmm, yelah. Kalau saya lupa, ingatkan boleh?", aku kerdipkan mata, acah comel.
Luke julingkan mata ke atas, "Tunang dia ke aku?"
Terus berjalan menuju ke biliknya, aku dengar Luke mengomel. Sempat aku jerit 'terima kasih' sebab aku tahu dia akan ingatkan aku. Dia kan reminder bergerak aku.
Tepat sahaja selepas meeting tamat, ada mesej yang baru sampai dari Luke.
Call. Now.
Tergeleng kepala aku dibuatnya. Betul-betul best friend dah ni.
Sambil menunggu panggilan disambung, aku membelek planner yang ada bahagian khas. Bahagian planning perkahwinan.
Walaupun aku buat tak endah, semua perkembangan tetap dalam kepala aku. Segala keputusan masih di dalam tangan aku. Cuma setakat ini, aku berkenan dengan cita rasa dan cara Iman mengendalikan semua hal perkahwinan kami. Jadi aku biarkan saja dia uruskan. Dah alang-alang kan? Nak sangat kahwin cepat.
YOU ARE READING
Jodoh Antara Kita //COMPLETED// (slow editing)
RomanceCatherine Iman Sentiasa tahu apa yang dia mahukan dan dia akan cuba dapatkan selagi dia mampu. Sentiasa berterus-terang kerana dia tak mahu menyesal kerana terlambat. Sesaat terlambat boleh mengubah segalanya. Perasaannya kepada Iman bercambah dari...