"Kenapa balik tak ajak??"
Suara yang menjengah ke telinga sebaik sahaja panggilan berjawab membuatkan aku tersenyum.
"Nanti awak akan datang juga kan dengan pakcik. Keluarga awak pun di jemput kan?", aku membalas.
"Yelah tapi saya nak ikut awak. Buat apa ikut Uncle Samir? Or my dad?", Luke menjawab dengan nada tak puas hati.
Aku ketawa bila mendengar Luke menyebut soal ayahnya.
Sampai sekarang masih tak berbaik. Hubungan masih tegang. Sejak ayahnya berkahwin kali kedua, Luke memang tak ngam langsung dengan keluarga barunya. Tambah pula ibu tiri Luke jauh lebih muda daripada dia dan agak materialistik.
Mana entah Uncle Lee berjumpa dengan isteri barunya itu.
"Saya nak ikut awak shopping baju bridesmaid.", ujar Luke.
"Dah kenapa nak ikut kitaorang cari baju?"
Lain macam Luke ni. Dah bosan jadi lelaki ke nak cuci mata tengok baju bridesmaid pulak?
"Bride shop is the easiest place to find a fling."
Menyampah aku dengar sebab sebenar kenapa Luke nak ikut. Kalau dah buaya tu, selamanya buaya.
"Siapa?"
Suara Kak Ellie muncul dari belakang aku. Aku berpaling dan sebut nama Luke. Terus dia tarik sengih lebar. Eh dia ni. Senyum lain macam ni dah kenapa?
"Nak cari fling mana-mana pun boleh. Dah, bye."
Panggilan aku matikan tanpa menunggu balasan Luke. Luke masih dengan perangai buayanya. Malas aku nak layan.
"Aik? Cepatnya habis? Baru kak Ellie nak dengar jugak."
Aku mengecilkan mata aku.
"Kenapa pulak nak dengar sekali? Ni dah kenapa senyum penuh makna ni? Jangan macam-macam Kak Ellie. Lagi seminggu je majlis nikahnya. Menangis abang Fatih kalau akak buat hal."
Kakak aku ni berkenankan Luke ke pulak?
Lengan aku ditampar dengan kuat. Bergegar lemak lengan aku rasanya. Pergh, tangan kecil macam ni tapi sakit weh. Aku menggosok lengan aku dengan muka tak puas hati.
"Choi, mulut! Apa pulak? Hati akak ni abang Fatih dah ambil. No return policy. Akak cakap pasal Cath dengan Luke lah.", panjang lebar Kak Ellie mengomel.
Aku ketawa besar. Ni mau jiran sebelah pun dengar bunyi aku gelak. Aku dan Luke? Tak kena betul bunyinya.
"Habis ni kalau takde hati, macam mana nak hidup?", aku balas dengan niat loyar buruk.
Kak Ellie hanya ketawa dengan kata-kata aku. Kepalanya tergeleng.
"Jangan nak tukar topik. Cath punya lama duduk Sweden tu, takkan lah Luke tak tergoda?"
Kening Kak Ellie yang terjungkit-jungkit dengan senyuman miang membuatkan aku membesarkan mata aku.
"Hey, nak tergoda apanya? Takde maknanya lah. Dia tu cucu Casanova tu.", aku balas dengan sengihan.
Luke 'Casanova' Daniels. Nama tengah baru untuk Luke.
"Ye ke? Tapi logik lah. Pakej lengkap atas ke bawah tu.", Kak Ellie memuji.
Aku hanya gelak. Tak nak cakap lebih-lebih. Kakak aku ni pandai menjerat. Salah cakap, pusing balik kat aku nanti.
"Akak nak pergi fitting baju ni. Kalau semuanya nice, akak nak bawa balik terus. Nak ikut?", ajak Kak Ellie.
YOU ARE READING
Jodoh Antara Kita //COMPLETED// (slow editing)
RomanceCatherine Iman Sentiasa tahu apa yang dia mahukan dan dia akan cuba dapatkan selagi dia mampu. Sentiasa berterus-terang kerana dia tak mahu menyesal kerana terlambat. Sesaat terlambat boleh mengubah segalanya. Perasaannya kepada Iman bercambah dari...