Hi semua. Selamat Hari Raya 😘.
"Apa yang jadi Iman? Macam mana boleh jadi macam ni?"
Kenapa suara ibu dekat tapi jauh...?
Suara ibu diselangi dengan sedu sedan yang membuatkan hati aku retak mendengarnya tapi aku tak dapat nak buka mata atau mulut untuk menjawab. Nak gerakkan tubuh pun tak boleh.
Ibu..
"Iman minta maaf sebab gagal lindungi Cath. Semua ni salah Iman."
Nada sedih Iman membuatkan aku rasa sebak.
Tak, Iman. Semua ni bukan salah awak. Aku cuba untuk membuka mulut tetapi dunia aku gelap, terasa tubuh aku memberat semula.
*
"Balik lah dulu, abang Iman. Vee boleh jaga Kak Catherine."
Ah, aku boleh dengar suara sekali lagi. Tapi mata dan tubuh aku masih lagi tak boleh digerakkan sama sekali.
Kenapa dengan aku ni??
Nada suara Vee kedengaran lembut dan memujuk. Aku dapat kesan daripada suara serak Vee yang dia baru lepas menangis.
"It's okay, Vee. Abang tak boleh nak ke mana-mana selagi Cath tak bangun. Abang kena ada kat sini."
Aku cuba buka mulut tetapi sekali lagi badan aku terasa makin lemah dan lemah sehingga kegelapan muncul semula.
*
"Takde siapa boleh jangka Hisham boleh buat macam tu. Dia tak stabil. Jangan salahkan diri kau, Iman."
Suara Abang Malek kedengaran tegas tetapi terselit kelembutan di situ.
"Saya tahu, abang Malek. Tapi saya tak boleh berhenti berfikir kalau lah kita terlambat? Saya tak sanggup nak hilang Cath lagi."
Tak, tak. Saya ada kat sini, Iman. Saya ada kat sini!
***
Mata aku terbuka seluasnya dan nafas aku tercungap-cungap seolah-olah aku baru dapat hirup udara buat pertama kalinya.
Aku dah boleh bergerak!
Mata aku melilau mencari sesuatu yang aku pun tak tahu apa bendanya.
"Cath? Awak dah bangun!"
Suara Iman dekat dengan aku tetapi aku tak nampak di mana dia dengan cahaya yang tiba-tiba nampak begitu terang.
"Iman?"
Suara aku serak dan pecah. Macam dah lama tak digunakan.
"Saya ada kat sini, Cath. Doktor on the way. Awak bertenang, ambil nafas."
Aku cuba ikut pesanan Iman dan baru aku tersedar betapa sakitnya untuk aku ambil nafas.
Kenapa susah nak ambil nafas? Apa..?
Oh.
Hisham.
Aku pandang ke kiri aku dan Iman berada dekat dengan aku. Wajahnya risau. Untuk pertama kalinya sepanjang aku kenal Iman, aku nampak wajahnya ada jambang yang baru nak tumbuh.
Selama ini dia kekalkan wajahnya bersih daripada apa-apa. Katanya dia tak suka nampak serabut. Tapi kali ini.. Dia nampak berbeza. Matanya nampak penat tetapi wajahnya nampak lega.
"Hisham?", aku soal dengan suara yang halus. Suara aku tak terluah, macam kena paksa baru keluar.
Wajah Iman nampak tegang sebelum menjawab, "Dah kena tangkap."
YOU ARE READING
Jodoh Antara Kita //COMPLETED// (slow editing)
RomanceCatherine Iman Sentiasa tahu apa yang dia mahukan dan dia akan cuba dapatkan selagi dia mampu. Sentiasa berterus-terang kerana dia tak mahu menyesal kerana terlambat. Sesaat terlambat boleh mengubah segalanya. Perasaannya kepada Iman bercambah dari...