Ah, sudah.
Aku dapat rasa laser keluar dari mata Luke ke wajah Iman yang nampak tegang.
Dah kenapa diaorang berdua ni? Pissing contest ke?
"Iman? Boleh awak tunggu saya dekat luar dulu?"
Iman memandang wajah aku tanpa berkata apa untuk sesaat. Kemudian dia mengangguk dan keluar dari pejabatku. Dia datang ke sini untuk ajak aku keluar lunch. Sejak seminggu dia di sini, dia agak sibuk. Rupanya Ahmad melepaskan dia ke sini dengan kerja. Bukan saja-saja.
Aku duduk semula di kerusi di depan mejaku. Baru separuh jalan nak keluar bila Luke ambush masuk bilik tadi.
Luke berdiri tegak sambil berpeluk tubuh.
"What is he doing here?"
Soalan Luke disertai dengan muka tak puas hatinya. Haih. Ni yang aku malas ni.
"Dia ikut sekali sebab kes tu."
Luke mengecilkan matanya. Aku boleh nampak dia mula berserabut.
"But why? Tak perlu nak ikut awak ke sini sedangkan kami semua ada di sini. Saya ada kat sini."
Aku menahan rasa daripada nak julingkan mata aku ke atas. Apa pula masalah Luke ni? Dia ingat aku ni nak sangat ke bawa segerombolan manusia bersama aku ke Sweden?
"Kenapa awak macam jealous?", dahiku berkerut.
Untuk apa dia nak jealous pulak? Dalam waktu macam ni pulak tu. Banyak lagi benda lain yang membebankan kepala aku. Jealousy is not one of them.
Luke membuka mulutnya untuk menjawab. Tapi tiada kata yang keluar.
Aku pandang wajahnya. Tidak berkelip sama sekali. Aku nak tahu jawapannya. Mengalah, Luke mengeluh sebelum membuka mulut.
"Dia sakitkan hati awak, Cath."
Kali ini aku betul-betul julingkan mata aku ke atas. Ayat yang sama berulang lagi dan lagi. Aku dah jemu.
"Dia dah patahkan hati awak sampai awak jadi workaholic kat sini. Hidup awak dipenuhi dengan kerja dan hanya kerja.", sambung Luke lagi.
"Ya. Dua tahun lepas. Kalau awak terus-terusan ingatkan saya pasal ni, bila saya nak move on? Benda dah lepas, Luke.", aku mengeluh.
Lama-kelamaan setelah aku berfikir untuk jangka masa panjang, tak berbaloi untuk tenggelam dalam luka masa lalu. Bukan kah lebih baik untuk aku dan jiwaku bila aku bangkit dan bersemangat?
"That easy? Awak maafkan dia macam tu je?"
"Dia banyak tolong saya. Dan tak semudah tu nak lupakan, Luke. Tapi lebih baik untuk saya maafkan. Yang lepas biarlah lepas."
Wajah Luke nampak tidak puas hati dengan kata-kata aku.
"Awak tak setuju?", soalku.
"Yes. I disagree.", laju Luke menjawab.
"Sebab?"
"Because he broke you.", Luke menekan perkataan 'broke you' kepada aku.
Aku mula rasa geram. Banyak lagi benda yang aku kena fikirkan daripada teringatkan benda yang dah lepas. Aku ada banyak benda yang membuatkan aku tak tenang sekarang ni. Untuk menambahkan beban kepala aku dengan memori masa lampau, itu sangat tak patut. Saja nak buat aku naik angin ni. Dah lama tak marah ni.
"Yes, he did. He broke me. But I built myself stronger. He made me realise that I have myself in the end of the day. Do you think I have time to report to you on everything? I got loads on my plate, Luke. Loads. I don't have all the time in the world to care about this little thing. It's in the past now."
YOU ARE READING
Jodoh Antara Kita //COMPLETED// (slow editing)
RomanceCatherine Iman Sentiasa tahu apa yang dia mahukan dan dia akan cuba dapatkan selagi dia mampu. Sentiasa berterus-terang kerana dia tak mahu menyesal kerana terlambat. Sesaat terlambat boleh mengubah segalanya. Perasaannya kepada Iman bercambah dari...