Peliknya.
Mana dia ni?
Iman tidak dapat dihubungi sama sekali. Kata nak lunch sekali tapi dia tak muncul pun. Aku menunggu di pejabat sehingga habis waktu lunch, dia masih tak datang.
Aku lapar dah ni. Ada konsert Metallica dah dalam perut ni.
Telefon tak diangkat.
Mesej pun tak dapat.
Mana awak ni, Iman?
Aku mula risau. Entah kenapa aku rasa tak sedap hati.
Sambil makan di pantri, aku menghantar mesej kepada Yuri. Sebagai langkah berjaga-jaga. Mana lah tahu kan? Ada sesuatu yang terjadi diluar jangkaan.
Sejak pakcik memberikan akses untuk aku berhubungan dengan Yuri, dia sudah menjadi kawan aku juga. Kawan online sebab aku tak pernah lagi berjumpa dengannya. Hanya pakcik yang selalu jumpa dengan dia.
"Cath? Lapar balik ke?", Luke datang dengan kening terangkat melihat salad didepanku.
"Saya tak keluar pun. Iman tak datang.", aku jawab.
Luke berkerut, "Takkan semalam declare hari ni terus buat hal?"
"I don't think so. I can't reach him. Telefon atau mesej, semuanya tak lepas."
"That's definitely weird. Awak dah tanya uncle Samir? Mana tahu dia dengan uncle?"
"Dah. Tapi pakcik ada meeting sekarang ni. Jadi dia tak jawab lagi.", jawabku.
Rasa risau makin meningkat mengikut detik. Takkan Iman nak menghilangkan diri begitu sahaja?
Sedang aku membasuh garpu dan cawan yang aku gunakan, telefon aku bergetar. Menandakan mesej masuk. Mesej dari Yuri.
Tergamam aku membacanya. Rasa tak percaya. Daripada pantri, aku terus berlari ke bilik Luke. Untuk pertama kali sejak sekian lamanya, aku panik!
"Kenapa?", Luke dapat merasakan ada yang tak kena dan mendekati aku sebelum aku tunjukkan mesej itu kepadanya.
Luke juga tergamam.
*
IMANDari tadi aku mendengar bunyi suara lelaki berbual. Tetapi aku tak tahu bahasa apa. Selama aku tinggal di Stockholm, aku makin arif dengan bahasanya. Yang ini, bukan bahasa Swedish.
Bunyi macam Itali tapi berbeza dengan yang biasa aku dengar. Macam lebih pekat. Setahu aku, bahasa Itali juga ada dialeknya mengikut kawasan. Takkan aku ada di Itali sekarang ni?
Kalau aku di Itali sekarang, dah berapa lama aku pengsan??
Terasa belakang kepala aku berdenyut. Mungkin kesan daripada dipukul. Perkara terakhir yang aku ingat adalah belakang kepala aku diketuk kuat dengan sesuatu sebelum semuanya menjadi gelap. Leher aku pula terasa ada sesuatu yang menyucuk. Apa pulak tu?
Ya Allah.. Dugaan apa ni?
Mata yang tertutup dengan kain sejak aku tersedar tadi membuatkan aku sedar akan situasi ini.
Aku diculik.
Oleh siapa, aku juga boleh teka siapa.
Mesti lah Hanash. Hisham masih berada dalam jagaan polis. Mana mungkin dia buat semua ini. Tapi untuk apa?Masih berpura-pura pengsan, aku cuba untuk memahami apa yang mereka bualkan dari nada suara mereka. Gerak hati aku mengatakan mereka sedang bergaduh. Sebab apa, aku pun tak tahu.
"Keep quiet. Why do you have to be loud all the time?"
Ada suara asing muncul. Suara penuh autoriti. Kalau aku boleh teka, itu mungkin Hanash. Aksennya ada terselit bahasa Melayu. Aku pasti.
YOU ARE READING
Jodoh Antara Kita //COMPLETED// (slow editing)
RomanceCatherine Iman Sentiasa tahu apa yang dia mahukan dan dia akan cuba dapatkan selagi dia mampu. Sentiasa berterus-terang kerana dia tak mahu menyesal kerana terlambat. Sesaat terlambat boleh mengubah segalanya. Perasaannya kepada Iman bercambah dari...