BAB 8

378 32 0
                                    

Any typos, sorry eh.


"Cantik tak?"

Aku memandang ke arah cermin sambil bertanyakan kepada Alina yang duduk di hujung katil. Masih di apartmen Alina.

Disebabkan aku selalu ulang-alik dari Malaysia ke Sweden, aku selalu menumpang di rumah Alina kalau balik sekejap.

Rumah keluarga aku tak jauh mana pun tapi mengenangkan perjalanan nak ke airport tu, baik aku stay sini je.

Rindu pulak dekat ibu dengan abah. Dengan Kak Ellie dan Vee.

Ah, rindu semua orang!

"Lawa gila! Tak sia-sia aku pujuk kau untuk beli dress ni."

Alina terangguk-angguk dengan wajah puas hati.

Dress merah burgundy yang labuh dan sopan, semestinya. Tidak banyak perincian yang membuatkan dress ini nampak menarik dengan sendirinya. Shawl hitam ringkas dililit dikepala.

"Tak nampak simple sangat ke?"

Aku masih membelek penampilan dibiasan cermin.

Alina menggeleng.

"Yes, simple but it is you. Simple and elegant. Kau tak payah dress up beria pun dah lawa. Aku ni kena touch up sana sini baru nampak okay tau."

Aku ketawa mendengar ayat Alina. Dia ni bukannya apa. Dah terbiasa melaram. Bila sehari tak melaram, boleh demam.

Aku pula dah biasa berpakaian yang ringkas dan selesa. Mudah untuk aku bergerak cepat dan pantas. Tapi pada masa yang sama harus nampak kemas.

"Mana pulak? Kau sentiasa lawa di mata aku."

Alina menutup mulut acah malu sebelum dia ketawa besar. Suka betul dipuji.

"Okay. Aku puas hati dah. Wish me luck, Ali."

"Ali atuk kau. Aku Alina lah."

Aku ketawa mendengar jawapan spontan Alina. Memang nama atuk aku Ali pun.

***

...

Senyuman yang lebar sejak duduk dikerusi restoran ini semakin hilang mengikut detik.

Iman... masih tidak sampai.

Janji pukul 8.30.

Sekarang sudah jam 10:00 malam.

10 malam.

Mesej yang aku hantar pula masih tiada balasan. Telefon kena benam dalam tanah ke apa ni? Call pun tak dapat.

Aku kena game ke ni?

Keluhan berat keluar daripada bibir. Aku tercongok menunggu dekat sini. Macam orang bodoh. Semua orang pandang aku semacam. Pelayan pula asyik tunjuk muka kasihan.

Sungguh aku rasa nak menangis.

No, no.

Kau tak boleh menangis. You are not weak, Cath.

Aku memanggil pelayan yang lalu disebelahku tepat pada masanya. Terus aku berikan pesanan kepadanya. Lantak lah. Aku lapar. Aku nak makan.

"This is on the house, Miss."

Pelayan itu memberikan senyuman kepada aku sebaik sahaja aku selesai makan. Desert diletakkan dihadapan aku.

Aku hanya mampu berterima kasih. Aku nak makan cepat, balik cepat. Tak sanggup menunggu lagi.

Sampai hati awak, Iman.

***

Iman terjaga secara tiba-tiba. Mata dibuka kecil. Baru bangun tidur. Telefon diraba untuk melihat pukul berapa sekarang.

Jodoh Antara Kita //COMPLETED// (slow editing)Where stories live. Discover now