BAB 4

430 35 0
                                    

"Cari apa Kak Cath?"

Soalan Lisa menghentikan pergerakan aku. Kepala dipusing menghadap Lisa.

Kenapa aku tak tanya Lisa je daripada dok menyelongkar kat sini kan? Aduh, Catherine!

"Lisa! Akak tengah cari kertas yang ada kat sini? Ada nampak tak? Maybe akak ada selit sekali dengan kertas yang lain?"

Baru Lisa membuka mulut untuk menjawab, ada suara yang menyampuk dari belakang.

"Er, ini ke yang awak cari tu Catherine?"

Catherine dan Lisa sama-sama memandang ke belakang dan melihat ke wajah Iman yang nampak segan dipandang begitu.

"Yes! Betul-betul. Tu saya punya. Thanks, Iman."

Catherine mengambil semula kertas yang dihulurkan oleh Iman. Kalau kertas ni hilang, mati lah aku. Semuanya dah siap dalam kertas ni, tinggal nak pindah masuk dan finalise je ni.

Lisa menyinggung lengan Catherine sebaik sahaja Iman kembali duduk ke mejanya.

"Sejak bila Kak Cath kenal baik dengan dia?"

Wajah nakal Lisa membuatkan Catherine mengecilkan matanya.

"Ha, jangan nak fikir jauh sangat ek. Akak sembang gitu-gitu je dengan dia okay."

"Alah, kenal dulu sebelum masuk gear dua kan?"

Sambil ketawa penuh makna, Lisa masuk ke dalam dapur.

Aku hanya memandang sambil menggeleng. Tu karang mesti membawang dengan Kak Siti pulak. Mampus aku ke usik sekejap lagi ni.

"Lain macam bunyi Lisa gelak."

Arif bersuara sebaik sahaja dia kembali daripada menghantar pesanan pelanggan.

"Macam tak biasa pulak.", Catherine hanya ketawa.

"Ke dia gelak sebab bunga-bunga cinta yang bakal memekar tak lama lagi?"

Kening aku terangkat. Arif sudah ketawa geli hati dengan reaksi aku. Dia ni pun.. nyempat je nak menambah.

"Dah lah. Malas akak nak layan korang. Apa-apa cari akak kat office tau. Akak nak siapkan kerja."

Aku berikan pesan sambil mengemas kertas-kertas ke dalam fail.

"Bereh, kak!"

Aku menghabiskan masa di dalam pejabat sahaja hari ini. Menyiapkan rekaan barangan kemas berbaharu untuk bisnes keluarga aku. Untuk ulang tahun yang ke-55 tahun, aku diberi mandat oleh pakcik untuk mereka keluaran ulang tahun kali ini.

Dan semestinya aku nak buat yang terbaik. Rekaan kami yang timeless, elegan dan sentiasa mengikuti peredaran zaman menjadi pilihan ramai orang. Klien kami bukan lah calang-calang orang.

Itu yang buatkan aku bertambah nervous dan dalam sama yang, teruja.

Aku perlu ada 55 rekaan bersesuaian dengan tema. Untuk 55 rekaan melepasi standard, aku perlu ada dua kali ganda jumlah rekaan. Itu sebagai persiapan jika ada rekaan yang tidak melepasi standard.

Sekarang aku baru ada 27 rekaan.

Masih banyak masa. Tapi masa tu kan emas. Mana boleh main-main. Kena bebel dengan pakcik lebih menyakitkan daripada kena pukul tau. Bebelan pakcik boleh mengambil masa daripada hari ini sehinggalah besok. Berehat sekejap sebelum sambung lagi sampai telinga cair.

Tu belum bab kepala berasap lagi. Bercakap pasal berasap, perut aku mula rasa berasap ni.

Lapar.

Laju aku mengemas sebelum bergerak menuju ke dapur. Dalam pada itu sempat mata melirik ke meja kegemaran Iman. Kut lah ada lagi.

Jodoh Antara Kita //COMPLETED// (slow editing)Where stories live. Discover now