Macam biasa, ada typo; sorry eh.
"Ya Allah!"
Suara Pakcik Samir sedikit dramatik membuatkan seluruh ahli keluarga aku terpinga-pinga. Garpu dan sudu masing-masing terhenti separuh jalan di udara.
"Sedapnyaaaaa."
Kami semua ketawa dengan reaksi itu. Ibu menepuk bahu Pakcik Samir dengan wajah pura-pura marah tapi aku boleh lihat kebahagiaan ibu dan pakcik.
Mereka adik-beradik memang rapat. Tambahan pula dengan ibu sentiasa ada di sisi pakcik sewaktu arwah isterinya jatuh sakit. Menambahkan lagi bond antara dua beradik ini.
"Rasanya lama betul tak makan semua ni. Biryani dengan hareesa ni lah yang paling dirindui.", aku ikut memuji ibu.
Air tangan ibu memang yang terbaik bagi aku. Yelah, Pakcik Samir dan Pakcik Sahar dua-dua berkecimpung dalam bidang barangan kemas kecuali ibu. Ibu ambil bidang kulinari.
Sesekali ibu turun padang dan membantu dengan jadi model barang kemas edisi terkini untuk katalog atau iklan kedai barang kemas mereka.
Muka ibu ada dalam katalog tahun 90-an. Waktu itu kata pakcik, ramai yang datang ke kedai semata-mata nak tengok kalau ibu ada. Katanya lagi, ada dua tiga agensi permodelan yang nak ambil ibu jadi model tapi ditolak mentah-mentah.
Memang lah ditolak kalau tak nak kena bebel dengan atuk. Atuk garang kut. Kata pakcik lah. Aku tak sempat jumpa atuk.
"Alah, bukannya Cath tak reti nak masak.", ibu membangkang.
"Tapi lain. Ibu masak lain, Cath masak jadi lain. Pakcik pun cakap yang sama.", aku mencebir.
"Tapi sedap ke kan?", ibu memandang Pakcik Samir.
Pakcik Samir diam seketika membuatkan aku membesarkan mata aku. Dia nak cakap tak sedap ke pulak??
"Haa, pakcik teragak-agak maknanya tak sedap lah tu!", Kak Ellie mengusik.
Victoria ikut terangguk dengan sengihan.
"Hehe, pakcik gurau je. Sedap lah. Mesti lah sedap. Tapi takde kasih sayang kakak."
Aku nampak ayah menahan ketawa melihat pakcik bermanja dengan ibu. Ayah berjiwa maskulin. Dia takdenya nak bermesra alam secara public macam keluarga ibu. Walaupun kadang-kadang ayah terikut juga.
Bagi lah chance kan? Bukan selalu mereka berjumpa. Setahun sekali pun belum tentu.
***
Keesokan harinya, kami sekeluarga mengambil keputusan untuk berjalan disekitar Stockholm. Tak tahu nak ke mana, Victoria yang mencadangkan Gamla Stan.
Kawasan ini memang cantik dan menarik dengan bangunan lama yang terpelihara dengan baik. Nak cari souvenirs untuk dibawa balik, semua ada kat sini.
Tapi tak sangka pulak banyak gila pelancong kat sini. Di setiap ceruk bangunan lama di sini, pasti ada yang tengah posing. Termasuklah kami. Bila lagi kan?
Kami semua berpecah sebaik saja sesei menangkap gambar selesai. Aku yang mencadangkan.
Victoria mengajak ayah untuk melihat kafe manakala pakcik berjalan ke kedai untuk mencari inspirasi. Ibu dan Kak Ellie pula saja berjalan mencuci mata.
Cukup sejam, kami semua akan berjumpa di Gamla Stan semula. Ikut lah kafe mana yang akan dipilih untuk makan tengah hari bersama. Ibu cuci tangan daripada memasak tengah hari ni.
Aku awal-awal lagi dah menjejakkan kaki di Slussen. Dataran disebelah laut ini memang sudah menjadi tempat kegemaran aku sejak zaman muda-mudi remaja lagi.
YOU ARE READING
Jodoh Antara Kita //COMPLETED// (slow editing)
RomanceCatherine Iman Sentiasa tahu apa yang dia mahukan dan dia akan cuba dapatkan selagi dia mampu. Sentiasa berterus-terang kerana dia tak mahu menyesal kerana terlambat. Sesaat terlambat boleh mengubah segalanya. Perasaannya kepada Iman bercambah dari...