BAB 14

347 31 0
                                    

Aku mengeluh perlahan. Mesej aku yang kelima aku hantar sejak semalam masih lagi tidak dibalas oleh Iman.

Awak pergi mana, Iman?

Sejak kebelakangan ini, tahap kesibukan Iman tu dah macam perdana menteri. Datang buat kerja kat kafe pun sudah jarang-ja juiprang. Nak berjumpa pun susah.

Bukannya aku tak faham dengan kesibukan Iman. Dua tanggungjawab kerja yang berbezanya membuatkan aku tak ambil hati.

Pada mulanya lah.

Lama-lama aku pun jadi lelah juga. Sampai mereka di kafe dan Alin juga nampak perubahan hubungan kami berdua.

Awak tak rindukan saya ke, Iman?

Ketukan pintu membuatkan aku kembali ke bumi. Menjejak realiti. Realiti di mana aku ada di rumah keluarga aku sekarang ini.

"Kak Catherine? Ooo Kak Catherine?"

Suara Victoria datang daripada pintu. Aku membuka pintu dengan kening naik tinggi. Bertanya kenapa tanpa bersuara.

Victoria pantas menyelitkan tangannya dilengan aku dan menarik aku keluar dari bilik.

"Ayah suruh drag akak turun. Turn ayah masak hari ni."

Ayat Victoria membuatkan aku berkerut dengan muka tak suka.

"Oh no. Why?"

Spontan ayat itu terkeluar dari bibir aku.

Victoria ketawa dengan reaksi aku.

"Ayah dah ada improvement lah, kak. Minggu lepas boleh tahan juga nasi ayam ayah masak.", Victoria memuji.

Aku masih tak percaya. Memori aku dengan masakan ayah aku, tak indah. Sungguh tak indah.

Salah satunya?

Sewaktu ibu masuk ke hospital kerana melahirkan Victoria, ayah tak nak beli di luar dan bertegas yang dia boleh masak. Jadi dia pun masak.

Nasi goreng udang. Semuanya nampak sempurna. Bau, visual dan berasap fresh dari kuali. Memang nampak menyelerakan.

Sebaik saja masuk ke dalam mulut, aku dan Kak Ellie saling berpandangan. Payau. Tiada garam langsung. Tapi kami gigihkan juga makan. Sebab muka ayah nampak teruja.

Sampai saja dibahagian udang, disitulah masalah sebenar.

Malam itu, aku dan Kak Ellie masuk ke hospital kerana keracunan makanan yang teruk. Udang yang dimasak tu udang yang dah lama tersimpan. Ibu terlupa nak buang.

Kami berdua memang ada rasa macam pelik dengan udang tu tapi makan jelah.

Fobia nak makan masakan ayah dah. Tapi ayah bukan jenis yang mengalah. Dia akan cuba dan terus cuba. Tapi entah lah. Dia dan memasak, memang tiada jodoh agaknya.

"Betul ni dah ada improvement?"

Musykil aku dengan Victoria ni. Dia ni bukannya boleh percaya sangat.

"Betul. Vee tak tipu."

Sambil lengan berjalin dengan lengan, kami turun bergandingan menuju ke dapur. Ibu sudah menunggu di meja makan dengan muka semacam.

Kenapa muka ibu nampak lain macam ni?

Aku memandang wajah Vee yang menahan senyum. Macam ada benda yang aku tertinggal.

"Kenapa macam semacam je ni?"

Aku menyoal sebaik sahaja aku duduk di kerusi bersebelahan dengan Victoria. Wajah ibu aku pandang. Baru ibu nak buka mulut, ayah dengan apronnya datang membawa hidangan yang membuatkan dia melekat di dapur dari pagi lagi.

Jodoh Antara Kita //COMPLETED// (slow editing)Where stories live. Discover now