Kertas yang berselerak di atas meja dibiarkan. Itu belum lagi dengan prototaip barang kemas terbaru. Bila terkena cahaya matahari yang memancar daripada tingkap.. Wah, berkilau.
Puas hatinya melihat rekaan itu. Nak kena tambah detail sikit je lagi. Baru dia berpuas hati sepenuhnya.
Semua benda ada di setiap ceruk meja. Laptop terbuka disisi meja. Dokumen lagi. Peralatan mewarna dan kertas lagi. Rasanya setiap ruang meja kayu itu digunakan sepenuhnya.
Setelah hampir seharian keluar masuk pejabat untuk menyelesaikan kerja, akhirnya aku terperap semula di dalam pejabat.
Ini hidup yang aku pilih pun. Asalkan aku berpuas hati.
Bunyi pintu diketuk membuatkan aku mendongak. Wajah Luke yang nampak geram membuatkan aku sengih. Datang nak membebel lah tu.
"Have you eat?"
Luke mendengus tak puas hati bila aku sengih makin lebar.
"Funny, bila awak cakap baru saya lapar.", aku memegang perut.
Satu masalah aku adalah bila aku mula buat kerja, aku akan lupa semua benda lain. Termasuk lah makan. Dalam kepala aku hanya ada fokus untuk menyiapkan kerja.
"Jom."
Luke menyengetkan kepalanya.
"Nak ke mana?"
"Makan! What else?"
Aku laju bangun bila Luke sudah mula bercekak pinggang. Dia ni walaupun buaya darat hibrid, bila sudah membebel, memang cair telinga jadinya.
"Tau takut."
Aku mencebirkan bibir. Siapa kata aku takut?
Mata aku terbeliak bila melihat meja di pantri dipenuhi dengan makanan. Beberapa staff kami sudah pun mencuci pinggan, tanda dah selesai makan. Mereka tersenyum hormat kepada aku sebelum keluar dari pantri.
"You haven't eaten yet?", soal Mariska, salah satu staff. Dia pun baru nak makan.
Aku menggeleng dengan senyuman. Pinggan yang dihulur Mariska aku terima.
"I thought you ate on your way to silversmith.", sambung Mariska lagi.
"She forgot to eat as always, Mariska."
Luke mencelah dengan nada tak puas hatinya. Aku dan Mariska ketawa. Apa isu dia dengan orang yang lambat makan agaknya?
"Well, lucky you. Luke's girlfriend sent us food that could feed a village."
Ayat Mariska membuatkan aku memandang Luke dengan muka penuh makna.
Siapa pula kali ni?
Luke menggaru belakang kepala dengan wajah nervous bila kami berdua memandang dia dengan mata tak berkelip. Saja nak buat Luke rasa lain macam.
"God damn it, don't look at me like that! It's scary.", Luke menekup wajahnya.
Aku ketawa terbahak-bahak melihat reaksinya. Kalau lah semua fling Luke tengok dia sekarang, mesti mereka confuse.
Bila nak mengorat, memang pure 100% berdarah mat romeo. Tapi bila dengan orang-orang yang betul-betul rapat, dia berubah menjadi pak pandir.
Bijak sikit je dari pak pandir. Hehe.
***
"Lambat Cath balik hari ni?"
Aku duduk dengan tidak bermaya disofa tanpa menjawab. Nafas aku ambil dengan dramatiknya.
YOU ARE READING
Jodoh Antara Kita //COMPLETED// (slow editing)
RomanceCatherine Iman Sentiasa tahu apa yang dia mahukan dan dia akan cuba dapatkan selagi dia mampu. Sentiasa berterus-terang kerana dia tak mahu menyesal kerana terlambat. Sesaat terlambat boleh mengubah segalanya. Perasaannya kepada Iman bercambah dari...