Sudah seminggu keluarga aku balik ke Malaysia. Hailah. Rindu lah pulak nak bergaduh dengan Vee.
Aku bersandar di kerusi empuk aku sambil memandang ke luar tingkap pejabat kecil aku. Tak sia-sia aku melabur beli kerusi ni. Tertidur pun takde hal. Nice je. Lembut kut.
Mata aku melilau memandang ke segenap sudut pejabat aku yang kecil dan comel. Serta berselerak. Walaupun Luke kata tak berselerak pun berbanding pejabat dia, aku tetap rasa semak mata.
Tapi.. Nak buat macam mana? Selagi kempen ni tak selesai, selagi itu lah bilik aku akan nampak macam dilanda todak.
"Why the long face?"
Suara yang menegur di balik pintu yang entah bila terbuka membuatkan aku menjulingkan mata ke atas.
Annoyed tanpa sebab.
Sebab aku tahu siapa makhluk yang mengganggu ketenteraman aku. Aku baru nak ambil nafas sambil berangan lepas nak dekat tiga jam aku melakar tanpa henti.
Kacau betul mamat ni.
"What do you want, Shaggy?"
Suara aku kedengaran malas. Memang tengah bermalasan sekejap pun kan.
Luke mengecilkan mata bila aku memanggil nama barunya. Shaggy. Bersempena dengan stail rambut barunya. Tapi tak dikira stail rambut lah kan kalau dia yang malas nak ke salon.
Tu yang makin panjang rambutnya. Bahagian depan tu dah mencecah mata kalau tak sebab dia pandai menggayakan. Aku tak suka gaya rambut ni tapi Luke pandai menggayakan rambutnya jadi kemas.
Nak expect apa kan? Luke kut.
Luke masuk ke dalam pejabat aku sambil berposing tanpa sebab. Berkerut dahi aku dibuatnya.
"Dah kenapa macam kera dapat bunga ni, Luke oi?"
Luke berkerut seketika.
"Kenapa macam pernah dengar ayat tu?"
Pantas Luke mengambil telefon di poket slacknya sebelum menaip sesuatu. Tegak dia berdiri di depan meja aku dengan kerutan di dahi. Aku sengih. Mesti tengah google peribahasa aku pakai tadi.
Tak sampai seminit, Luke menganga dengan muka tak percaya dan nampak sedikit terluka. Aku ketawa siap-siap.
"Muka handsome ni awak kata macam kera? Dapat bunga? I'm insulted."
Aku hanya sengih. Malas nak layan sisi dramatik Luke yang aku dah biasa nampak. Memang kaum lelaki dalam hidup aku ni dramatik belaka ke?
"Come on. Let's get this straight. Awak nak tunjuk apa sebenarnya?"
Suara aku mendatar. Sungguh mood malas aku datang menyerang.
"Are you okay?"
Laju Luke bertanya. Cepat je dia ni tangkap perubahan emosi aku.
"I'm just tired of sketching."
Aku menunjukkan jari aku yang berlekuk dan merah dek kerana pensil tak lepas dari jari. Memang aku tak lepaskan pensil langsung dari tadi sebab idea yang datang tengah mencurah-curah. Aku ada idea baru yang nak ditambah. Tapi baru idea lah. Nak kena consult dengan pakcik dulu.
"You shouldn't be too hard on yourself, Cath."
Aku sengih malas. Cakap orang pandai ek. Dia pun sama.
"Touché, Luke. Apa yang awak nak tunjuk?"
Give up barangkali nak berlawan kata dengan aku, Luke kembali berposing. Tangannya meraup rambut coklat gelapnya ke belakang. Sutnya dikibas ke belakang dengan penuh gaya.
YOU ARE READING
Jodoh Antara Kita //COMPLETED// (slow editing)
RomanceCatherine Iman Sentiasa tahu apa yang dia mahukan dan dia akan cuba dapatkan selagi dia mampu. Sentiasa berterus-terang kerana dia tak mahu menyesal kerana terlambat. Sesaat terlambat boleh mengubah segalanya. Perasaannya kepada Iman bercambah dari...