BAB 51

446 30 4
                                    

"Iman nak jumpa dengan Cath."

Kaki aku bertindak sebelum aku sempat berfikir. Rasa nak lari ke rumah Cath sekarang juga tapi itu mustahil.

Dengan riak wajah pura-pura tenang, telefon aku serahkan semula kepada ayah. Mak dan Kak Indah hanya memerhatikan aku. Mereka senyum senget tanda tahu dengan rasa tak sabar aku.

Perasaan aku bercampur-baur sekarang ini. Tetapi yang paling utama adalah rasa teruja. Teruja untuk berjumpa dengan Cath.

Tunang aku.

Ya Allah.

Tunang aku!

"Dia tunggu Iman dekat rumah dia. Pergi ke sana.", ujar mak.

Bibir aku spontan menguntum senyuman paling ikhlas dan gembira yang aku pernah rasa sejak kebelakangan ini. Aku peluk mak dengan seeratnya sebelum melakukan hal yang sama kepada ayah dan Kak Indah.

Tanpa menunggu lagi, aku berlari keluar ke kereta aku. Hanya bunyi ketawa mereka bertiga yang aku dengar. Kelakar melihat aku kelam-kabut agaknya.

Sampai sahaja di rumah keluarga Cath, aku nampak beberapa kereta yang ada. Mungkin saudara-mara Cath belum balik lagi?

Rasa nervous tiba-tiba muncul bila aku perasan ada beberapa lelaki sedang berbual di luar dan salah seorang dari mereka adalah ayah Cath dan Uncle Samir. Dua orang lagi aku tak kenal.

Nampak sahaja muka aku, Uncle Ahmad terus tersenyum lebar. Dia menggamit aku supaya mendekat. Bila aku berada disebelahnya, bahu aku dipaut rapat. Keras tubuh aku jadinya.

Entah kenapa aku rasa takut.

"Inilah bakal menantu nombor dua saya."

Serentak itu, bertalu-talu ucapan tahniah yang aku terima. Hanya mengangguk dan tersenyum lebar, mata aku melilau sesekali melihat sekeliling. Tiada tanda-tanda Cath.

"Pergi ke taman dekat tengah sana. Cath dekat sana.", Uncle Samir tiba-tiba bersuara.

Aku sengih segan. Uncle Samir pula menggeleng kepala dengan senyum nipis. Tahu sangat dia.

"Tak sabar nak jumpa tunang ya?", sahut seorang lagi kawan rapat Uncle Ahmad.

Aku hanya senyum malu.

Masuk ke dalam, aku berjumpa dengan kakak Cath pula. Hanya tersenyum melihat aku, dia mengarahkan ke belakangnya. Aku membalas senyumannya dan terus ke belakang.

Dalam perjalanan aku mencari Cath, Vee muncul. Wajahnya terkejut melihat aku tetapi hanya sesaat.

"Cari Kak Catherine?"

Aku angguk.

"Dia ada dekat taman. Tapi Vee nak cakap sesuatu dengan abang Iman sekejap, boleh?"

Aku hela nafas lembut dan mengangguk. Aku menjangkakan Vee nak memberi amaran kepada aku supaya tidak mengulangi kebodohan yang sama.

Memang itu yang aku jangkakan sejak sampai di sini. Tapi tak sangka pula penerimaan yang aku terima semuanya mesra. Tak ada siapa yang macam nak belasah aku sebab main tarik tali dengan Cath.

"Bahagiakan kakak Vee. Itu je harapan Vee. Abang Iman dan Kak Catherine memang berjodoh, don't deny that. Sekarang ni, fight for her.", ujar Vee.

"I will, Vee. Abang takkan sia-siakan peluang ni lagi."

Kalau aku ulang kesilapan yang sama, aku tak tahu lah apa masalah dengan kepala aku sebenarnya.

"Sebenarnya, Kak Catherine tak tahu pun yang dia akan ditunangkan dengan Abang Iman."

Jodoh Antara Kita //COMPLETED// (slow editing)Where stories live. Discover now