Aku berpeluk tubuh sambil memandang lelaki pervert itu berlalu dengan wajah yang jelas takut dengan ancaman aku.
Tangan kanannya memegang tangan kiri yang nampak longlai. Berguna juga belajar akupuntur dulu.
Sambil dia kilas tangan, sempat aku lemahkan otot lengan lelaki tak guna tu. Mesti dia ingat dia dah lumpuh sebelah tangan. Tu yang muka cuak.
Padan muka.
Nak cari gaduh dengan aku?
Orang bodoh je cari gaduh dengan aku.
Bila aku sudah berpuas hati, barulah aku kembali masuk ke dalam kafe. Wajah-wajah pelanggan meniti mata.
Ya Allah! Aku lupa ada pelanggan lain!
Aku sengih segan sebelum meminta maaf.
"Maaf ya kalau buat semua orang tak selesa."
Serba salah aku dibuat. Bengang punya pasal, tak ingat dunia sekeliling.
"Eh, takpe cik. Lelaki gatal macam tu memang patut dibagikan je.", salah seorang pelanggan bersuara.
Yang lain ikut mengangguk, termasuklah mamat laptop.
Entah kenapa wajah mereka nampak macam.. Kagum?
Kagum dengan aku?
Aku hanya memanjanhkan senyum segan sebelum masuk ke dalam dapur.
Lisa menyerbu ke arah aku dengan wajah nak menangis.
"Thank you, Kak Cath. Puas hati Lisa tengok dia kena dengan akak."
"Lain kali hati-hati. Kalau time akak takde, akak bagi mandat pada Arif untuk jaga Lisa."
Lembut aku menepuk bahu Lisa.
"Untuk Kak Siti?", sampuk Kak Siti yang sedang menyediakan makanan untuk pelanggan baru.
"Kak Siti dah ada abang Malek. Abang Malek tu, cukup dengan mata je orang dah boleh terkucil."
Arif menyampuk sebelum dia menghilang ke depan.
Lisa mengangguk setuju dengan sengihan. Aura suami Kak Siti tu macam John Cena kut.
"Kenapa tak call polis je, Cath?", soal Kak Siti sebaik sahaja Lisa keluar.
Aku tersengih bila Kak Siti menghulurkan nasi goreng yang aku pesan tadi.
Menguruskan lelaki tadi terlupa pula akan perut yang berbunyi. Patut lah aku ekstra garang. Hangry rupanya haha.
"Saja je nak test sejauh mana dia berani. Kalau dia melebih-lebih tadi, memang Cath call polis dah. Tapi baru gertak sikit, dah takut."
"Kamu cakap apa sampai muka dia pucat macam tu?"
*
"Kau ingat aku takut? Setakat kau cakap-cakap macam ni, aku tak takut lah!"
"Kalau kau rasa nak tahu, kau cuba lah cabar aku. Apa kau ingat kawasan ni tak ada yang jaga ke? Aku boleh call diaorang dan malam ni juga diaorang akan cari kau."
Senyuman sinis Catherine membuatkan lelaki itu tergamam. Pucat tak berdarah.
*
Aku hanya senyum tanpa menjawab soalan Kak Siti.
***
Tiada meja yang kosong membuatkan aku teragak-agak. Nak duduk kat dapur je ke?
Tak selesa lah pulak nak membaca. Nak duduk dalam office, takde mood lah. Gelas minuman aku bawa ke hulur ke hilir.
YOU ARE READING
Jodoh Antara Kita //COMPLETED// (slow editing)
RomanceCatherine Iman Sentiasa tahu apa yang dia mahukan dan dia akan cuba dapatkan selagi dia mampu. Sentiasa berterus-terang kerana dia tak mahu menyesal kerana terlambat. Sesaat terlambat boleh mengubah segalanya. Perasaannya kepada Iman bercambah dari...