BAB 39

333 27 0
                                    

Hey guys. Lama sis cuti kan? Enjoy 😘

"Maksud awak.. Awak terima saya semula?", Iman nampak tak percaya dengan jawapan aku.

"Kenapa? Tak suka? Saya tarik balik.", aku buat muka malas.

"Eh! Jangan, jangan! Saya suka! Suka sangat."

Iman tersenyum lebar sebelum meraup wajahnya. Mengaminkan doa pendek yang aku tak dapat tangkap. Reaksinya membuatkan aku terhibur.

"Awak ni, gaya macam saya terima proposal je.", gurauku.

Senyuman semakin lebar dibibir Iman. Senyum penuh makna.

"Itu lah misi seterusnya."

Jawapan Iman membuatkan aku hilang kata. Panas muka aku sekejap. Eh, dah kenapa aku rasa semacam ni? Iman ni kan!

"Saya harap bila harinya tiba, awak akan jawab ya.", sambung Iman.

Aku tergamam. Tak tahu nak balas apa. Hilang semua kata-kata dalam kepala. Terus blank.

"Apa yang ya?", suara pakcik bergema dibelakang kami.

Terkejut aku dan Iman dibuatnya. Rasa macam jantung nak melompat sekejap tadi. Dengan aku sekali melompat. Sengihan lain macam pakcik membuatkan aku rasa hilang arah seketika.

"Haa.. Ni muka semacam je dua-dua ni, buat salah lah tu.", ujar pakcik dengan senyuman penuh makna.

"Haish, pakcik ni. Macam-macam eh? Cath mengadu kat ibu nanti.", aku mengugut. Cheeky pulak pakcik ni.

Pakcik buat muka tak kuasa dan masuk semula ke dalam. Laju dia lari eh. Nama ibu biasanya berkesan nak menghalau pakcik. Walaupun masing-masing dah tua bangka, tapi pakcik-pakcik aku masih takut dengan kegarangan ibu. Takut kena bebel. Itu kalau bebel je. Kalau sekali pakej? Pakej bebel dan cepuk sebab selalu sangat menyakat anak-anak buah. Sekali kena cepuk, menyesal tak ingat dunia nanti.

"Pakcik awak kelakar lah. Masa first time jumpa dulu, saya takut tengok muka pakcik. Macam nak telan saya hidup-hidup."

Suara Iman perlahan sambil memandang ke belakang. Takut kena ambush lah tu. Mengekek aku ketawa mendengar komen Iman.

"Pakcik memang macam tu. Dia nak set boundaries dulu, tu yang buat-buat garang. Bila dia rasa boleh ngam, tengok lah macam tadi."

Pada aku, Iman ni kira beruntung lah pakcik mudah terbuka hati nak menerima dia. Sebab semua kaum kerabat dan orang yang berkait dengan bisnes kami tahu bagaimana susah untuk mengambil hati pakcik. Kalau dia suka, dia suka. Kalau tak, selamanya hadap wajah garang itu.

"Saya faham. Ayah saya pun macam tu juga."

Suara Iman berubah sedikit bila dia menyentuh soal ayahnya.

"Apa pendapat keluarga awak pasal semua skandal ni?", aku menyoal dengan suara selembut yang boleh. Aku tak mahu menambah pening Iman kerana aku tahu ayah Iman luar biasa sikit.

Iman senyum hambar.

"Mak dan Kak Indah sokong saya. Mereka percayakan saya. But that's not the case with ayah."

"Dia tak percayakan awak?", soalku.

Iman mengangguk. Wajahnya nampak sedih.

"Mungkin ayah awak perlukan masa. Semua ni jadi mendadak. Kami semua ada untuk awak. Saya ada untuk awak. Kita lalui semua ni sama-sama, ya?", penuh mengharap aku menuturkan.

Senyuman ikhlas muncul di bibir Iman. Wajah sedihnya hilang.

"Terima kasih, Cath. Sebab awak sudi terima saya semula. Saya janji, kali ni saya takkan sia-siakan apa yang kita ada lagi."

Jodoh Antara Kita //COMPLETED// (slow editing)Where stories live. Discover now