Dan di sinilah Iman sebaik saja dia mendapat mesej daripada Lisa yang mengatakan Catherine sudah balik dan ada di kafe sekarang.
Sempat telinga menangkap bunyi Ahmad ketawa bila dia lari tak cukup tanah sebaik sahaja menerima mesej itu. Tapi dia tak peduli.
Catherine dah balik!
Langkah diperlahankan sebaik sahaja wajah Catherine muncul di dalam pandangan matanya.
Wajah yang membuatkan dia tertunggu selama dua minggu.
Wajah yang membuatkan dia rasa rindu.
Melihat Catherine di hadapan matanya, dia bertambah yakin dengan apa yang dia patut buat sekarang. Aku kena bagitahu perasaan aku.
Baru nak mempercepatkan langkah, kaki terhenti bila melihat seorang lelaki yang bercakap dengan Catherine dan membuatkan dia ketawa.
Wajah Catherine berseri bila ketawa.
Iman merasakan hatinya semacam. Apa ni?
Iman teragak-agak nak masuk ke dalam kafe. Takut andai dia terlepas dan tak boleh terima kenyataan. Ayat Ahmad berlegar di dalam kepala.
Kalau dah terlepas, kau takkan jumpa dah.
Iman mrngumpul keberanian. Aku tak boleh mengalah macam ni je. Sekurang-kurangnya aku kena jelaskan kenapa aku tak datang waktu tu.
Kaki melangkah masuk ke dalam kafe dengan wajah yang yakin. Mata Iman bertembung dengan mata Catherine yang memandang tepat ke arahnya.
"Long time no see, Iman.", Catherine menegur dengan senyuman nipis.
"Dua minggu, precisely.", Iman menjawab.
Catherine mengangguk. Matanya dialih ke arah lelaki disebelahnya. Dia mendongak sedikit memandangkan lelaki itu lebih tinggi daripadanya. Senyuman lelaki itu bila dia memandang Catherine memberikan hint akan apa yang dia rasa.
"Luke, this is Iman. Iman, this is Luke.", Catherine memperkenalkan secara ringkas.
Luke menghulurkan tangan untuk berjabat dengan senyuman. Iman terasa terancam tanpa sebab. Huluran tangan dibalas. Dia dapat merasakan yang Luke juga sukakan Catherine.
"Saya sebenarnya ada sesuatu nak cakap pada awak.", ujar Iman.
"Oh? Okay.", Catherine memandang ke arah Luke tanpa bersuara.
Luke mengangguk sebelum pergi duduk di salah satu meja.
Iman dan Catherine berjalan beriringan ke meja yang biasa mereka duduki. Iman hilang kata-kata bila matanya bertentang dengan Catherine.
"Cakap lah. Saya tak faham isyarat mata je.", Catherine senyum.
Iman menghela nafas berat.
"Saya minta maaf."
Catherine diam. Memberikan dia peluang untuk menyambung ayat.
"Saya minta maaf sebab buat awak tertunggu dan tak muncul langsung. Saya tertidur. Saya tahu alasan saya ni bunyinya sangat tak cerdik. But that's the truth. I won't lie to you.", Iman bersuara.
Riak wajah Catherine tidak memberikan apa-apa petanda. Tiada riak marah, kecewa atau sedih. Kosong.
"Kalau saya kat tempat awak, saya sendiri akan marah. Kecewa sebab janji tak ditepati. Saya minta maaf sangat-sangat. Saya harap awak boleh terima maaf saya. Saya faham kalau awak tak terima. Salah saya.", Iman menunduk.
Entah kenapa dia kecewa dengan dirinya sendiri.
"Iman. Saya maafkan awak."
Kata-kata Catherine membuatkan Iman mengangkat wajahnya dengan rasa tak percaya. Senyuman lembut Catherine membuatkan dia terpinga-pinga.
YOU ARE READING
Jodoh Antara Kita //COMPLETED// (slow editing)
RomanceCatherine Iman Sentiasa tahu apa yang dia mahukan dan dia akan cuba dapatkan selagi dia mampu. Sentiasa berterus-terang kerana dia tak mahu menyesal kerana terlambat. Sesaat terlambat boleh mengubah segalanya. Perasaannya kepada Iman bercambah dari...