BAB 6

411 33 3
                                    

Aku menopang dagu menunggu pelanggan di kaunter.

Hah, yelah sangat tunggu pelanggan. Tunggu pelanggan ke tunggu encik lesung pipit?

Hailah, Iman.

Hari ni saya masak nasi Arab tau. Awak tak nak datang ke, Iman? Dah sebulan tak nampak muka awak..

"Kut ye tunggu cik abang pun, jangan lah muka monyok macam tu. Lari pelanggan nanti.", Arif mengetuk permukaan kaunter.

Sengih di bibirnya membuatkan aku kecilkan mata.

"Siapa cik abang?"

Aku buat-buat tak tahu. Takkan nak mengaku semudah ni kan.

Arif menjuih bibir. Matanya dijulingkan ke atas. Tergelak aku melihat reaksinya.

"Kura-kura dalam perahu, dia pura-pura tak tahu."

Arif memberi pantun dua kerat. Bukan main lagi cara dia nak perli aku.

"Betul lah. Akak tak tau."

Aku mengangkat bahu buat muka toya. Tapi muka toya hilang bila melihat wajah orang yang aku tunggu-tunggu. Terus tersenyum tanpa dipaksa.

Iman!

"Eh, abang Iman! Lama tak nampak? Pergi mana?"

Arif yg melihat reaksi aku terus berpaling. Laju je dia bersalaman dengan Iman.

Makin lama seluruh isi kafe ni makin rapat dengan Iman. Selain daripada pelanggan tetap, Iman ni jugak merangkap part timer sebab bila tengah sibuk gila je, dia tolong.

Tak ke part timer namanya tu.

"Abang ke London, ada hal kerja. Nah, buah tangan untuk korang."

Beg kertas diserahkan kepada Arif yang kemudiannya diambil oleh Lisa yang datang entah daripada mana.

Pantang dia bila dengar perkataan buah tangan ni.

"Thanks, abang Iman.", Lisa sengih.

"Woi, aku nak tengok jugak!"

Arif mengejar Lisa lari masuk ke dalam dapur. Nak tunjuk pada Kak Siti sekali lah tu.

Tergeleng kepala aku melihat mereka berdua. Sabar jelah.

Aku kembali memandang Iman.

Senyumannya membuatkan aku juga tersenyum. Walaupun.. Macam ada makna je senyum macam ni?

"Lain macam je senyuman awak ni?", aku kecilkan mata.

Iman ketawa kecil sebelum meletakkan satu beg kertas lain dihadapannya. Yang ini kecil sedikit berbanding tadi.

"Yang ni untuk awak."

Terangkat kening aku.

Wow, aku dapat hadiah istimewa ke ni? Siap asing-asing beg bagai? Kalau hadiah istimewa maknanya aku pun istimewa jugak lah kan? Hihi.

"Buka lah. Saya tak tahu saiz awak tapi saya agak-agak jelah."

Saiz...?

Kata-kata Iman menambahkan rasa ingin tahu aku. Apa yang dia belikan untuk aku ni?

Aku membuka beg kertas itu sebelum kembali memandang Iman.

Mulut yang terbuka aku cepat-cepat tutup. Rasa teruja tak sempat nak brek.

Laju aku keluarkan sehelai hoodie yang aku terlepas nak beli secara online masa pertama kali ia keluar. Punya la lama aku tunggu tapi tak dapat nak beli. Sentiasa sold out.

Aku pernah cakap pada Iman dulu tapi tak sangka pula dia ingat?

Oh, Iman. Jangan buat hati saya dupdap dupdap tak tentu pasal macam ni.

Jodoh Antara Kita //COMPLETED// (slow editing)Where stories live. Discover now