BAB 25

395 29 0
                                    

Macam biasa, kalau ada typo, harap maaf ya.

"Who's that guy?"

Suara Luke muncul entah dari mana selepas kami semua melambai kakak aku dan suaminya. Sebagai penutup resepsi, pihak keluarga dan tetamu akan mengiringi pasangan pengantin. Mereka akan terus bergerak ke lapangan terbang. Terbang ke destinasi berbulan madu.

"Awak ni! Terkejut saya.", aku memarahi Luke.

Tangan naik memegang dada. Nak terkeluar jantung rasanya. Kalau aku 'jalan' terus sebab terkejut, ha jawab pada keluarga aku.

Luke nampak serba salah sebelum meminta maaf.

Aku hanya diam. Dalam cubaan nak membetulkan nafas yang berterabur tadi. Entah kenapa aku senang sangat terkejut kebelakangan ini.

Dia ni pun satu. Entah dari mana munculnya. Dah lah sekejap ada sekejap hilang. Dari tadi aku perhatikan je.

"Lelaki mana?", aku menyoal sambil kami beriringan masuk semula ke dalam hotel.

Teringat semula soalan Luke tadi.

"Yang tadi bercakap dengan awak kat ballroom. He also looking at you right now. Three o' clock.", ujar Luke bersahaja.

Aku buat-buat selamba konon tak nak tengok tapi mata tetap laju mengintai.

Eh? A'ah lah!

Kenapa pandang-pandang sini pulak? Jangan nak kata cemburu pulak. Awak dah lama hilang hak nak cemburu, Iman oi.

Renungan mata Iman macam helang memandang ke arah kami. Apa yang dia nak sebenarnya?

"Biar lah dia.", pendek jawapan aku.

Luke mengecilkan mata. Tak puas hati dengan jawapan aku.

"Awak kan dah pernah berjumpa dengan dia. Ke awak dah lupa?", soalku.

Logik lah kalau Luke lupa macam mana muka Iman. Sebab yang bercinta dengan Iman itu aku. Bukan Luke. Lagipun Luke pernah berjumpa dengan Iman hanya sekali.

Luke berkerut sebelum perlahan wajahnya berubah. Baru sedar siapa Iman.

"That's the guy?", Luke meminta kepastian.

Aku angguk.

Riak wajah Luke bertukar keruh. Rahangnya diketap dengan wajah tegang.

"Why don't you tell me earlier? Boleh saya debik dia."

Nada geram suara Luke membuatkan aku menahan senyum. Untung ada bodyguard tak berbayar ni. Cakap je nak suruh belasah siapa, dia on.

Aku faham kemarahan Luke kepada Iman. Luke yang nampak waktu aku patah hati dulu. Walaupun aku cuba untuk lupakan, ada waktunya aku lemah. Luke sentiasa ada untuk aku dalam waktu itu.

"Awak jemput dia ke?", soal Luke dengan wajah pelik.

"Eh? Motif saya nak jemput dia?", muka aku tak puas hati.

Luke ketawa kecil dengan reaksi aku.

"Kak Ellie kawan baik kepada kakak dia.", aku menjawab dengan nada malas.

Tiba-tiba rasa jauh pulak ballroom ni eh? Ke sebab aku jalan bermalas-malasan? Malas nak bertembung dengan Iman yang sudah jauh kehadapan. Laju betul dia berjalan.

Hoh, aku ni memang serba malas.

"By the way, mana parents awak?", aku menukar topik.

Aku baru perasan Uncle Lee dan isterinya menghilang tapi terlupa nak tanya pada ibu atau ayah.

Jodoh Antara Kita //COMPLETED// (slow editing)Where stories live. Discover now