BAB 23

365 26 0
                                    

Aku baru perasan ada pelanggan lain di sini. Aku senyum nipis. Tangan aku rapatkan, niat meminta maaf. Sebab bukan niat aku nak buat kecoh.

"Itu ke orangnya?", soal Elisa sebaik sahaja aku mendekat.

Aku dan Kak Ellie mengangguk serentak.

"Kak Catherine cakap apa kat dia tadi?", Vee mengangkat muka.

"Akak suruh dia berambus je.", aku balas pendek.

Apa yang aku cakap atau apa yang aku bakal buat, biar aku je yang tahu. Yang penting, tiada siapa yang boleh usik keluarga aku macam ni.

"Garang betul kau, Cath. Bangga jap aku.", Elisa sengih lebar.

"Betul tu! Suka akak tengok muka diaorang berubah macam tu sekali.", Kak Ellie pula menyampuk.

Aku hanya senyum. Aku sendiri pun puas hati dapat meluahkan rasa marah aku. Minggu lepas nak marah tapi disebabkan rasa speechless itu lebih tinggi, aku jadi hilang kata-kata. Hari ni aku lepaskan marah yang terpendam.

"Tak melampau sangat ke? Sorry lah Elisa, kalau pelanggan kau lari sebab aku.", aku rasa serba salah.

"Kalau kau buat lebih dari tu pun kitaorang sokong. Lagipun itu dah dikira berlapik lah. Even they don't deserve it.", Elisa membalas.

Kak Ellie juga ikut mengangguk setuju.

"Thanks, Kak Catherine. Sebab defend Vee.", perlahan suara Vee mencelah.

Aku ambil nafas perlahan sebelum memberikan senyuman paling manis untuk adik aku.

"Nobody mess with our family, remember?"

***

Aku berpisah dengan adik-beradik aku untuk ke kafe. Sejak apa yang terjadi dengan Vee, aku ambil alih semula kafe ini. Berikan cuti untuk dia bertenang.

Masih dengan rasa geram yang tersisa, aku masuk ke dalam kafe dengan muka ketat. Sungguh aku tak boleh nak senyum sekarang ini.

Makin aku ingat, makin marah aku rasakan.

Aku tahu muka aku mesti macam nak makan orang sekarang ini. Mata aku hanya memandang ke depan tanpa mempedulikan ke sekeliling.

Lisa dan Arif pun nampak terkejut dengan muka aku. Aku senyum terpaksa.

"No worries, takde kena mengena dengan korang. Akak nak cool down jap."

Aku tak tunggu jawapan mereka dan terus masuk ke dalam pejabat. Aku perlukan masa untuk bertenang.

Lama aku duduk di dalam pejabat tanpa mempedulikan waktu. Duduk membuat free sketching untuk menenangkan hati. Untung-untung, dah ada lima rekaan yang boleh dipertimbangkan.

Aku sengih sendiri. Macam mana pun, aku still bekerja tanpa sedar. Aku tahu aku dah sejuk dengan sendirinya.

Dah tak rasa macam nak pukul orang dah.

Rasa perut mula lapar, aku pergi ke dapur pula. Aku mencari apa-apa yang sudah tersedia untuk aku makan. Hmm, nasi dagang. Boleh lah.

"Lisa cakap muka kamu garang je masa sampai tadi. Kenapa? Ada masalah ke?", soal Kak Siti sebaik sahaja melihat aku.

Dia lincah ke sana sini sambil menyiapkan pesanan pelanggan.

"Terjumpa dengan tunang tak guna Vee masa kat butik tadi.", aku jawab dengan nada malas.

"Dia buat apa kat situ? Vee ada sekali dengan kamu ke?"

Kak Siti bercekak pinggang dengan muka tak puas hati. Pelik bentuk mulutnya aku tengok. Bentuk mulut marah ke tu? Haha.

Jodoh Antara Kita //COMPLETED// (slow editing)Where stories live. Discover now