Hi semua. Sorry lama menyepi. Enjoy 🌼
"You okay, mate?"
Suara Cassius mengembalikan aku ke realiti. Memadamkan memori malam semalam. Hilang terbang ke dalam kotak memori semula.
"Yeah, I'm fine.", aku jawab sebelum duduk tegak.
Cassius yang berdiri di depan kubikel aku berpeluk tubuh dengan kerutan di dahi. Dia ni seorang yang sangat peka dengan perubahan jadi aku tak terkejut kalau dia tak percaya dengan jawapan aku tadi. Ada lah tu dia bagi komen nanti. Aku hanya senyum nipis melihat wajahnya.
"Let me guess..", Cassius membuka kata.
Kan. Aku dah agak dah, dia takkan let go benda ni.
"Is this about a girl?"
Senget senyuman aku mendengar ayat Cassius. Tepat pulak tekaan dia. Tapi apa nak hairan? This is Cassius we're talking about.
"I know I'm right. I always am.", Cassius sengih lebar sambil mengangkat kening.
Aku tak menjawab. Hanya menahan gelak melihat wajah yakinnya.
"So...?"
Haih. Aku kena jawab jugak lah ni. Kalau tak, memang dia takkan pergi. Aku buka mulut menjawab persoalan Cassius.
"Apparently, I'm going to be engaged."
Mulut Cassius menganga besar. Terkejut. Betul-betul terkejut.
"By next week."
Sambungan ayat aku membuatkan Cassius terus duduk disebelah aku. Menarik kerusi yang aku pun tak tahu siapa punya.
"You didn't tell me you got a girlfriend!"
Wajah Cath bermain di wajah aku bila Cassius menyebut 'girlfriend'. Wajah Cath yang tersenyum melekat dalam memori aku buat selamanya. Tersenyum kepada Cassius, aku menggeleng.
"I don't have a girlfriend."
Wajah Cassius semakin nampak keliru. Tak faham dengan ayat aku. Takde girlfriend tapi nak bertunang.
"Then..", Cassius berkerut sebelum menyambung, "Family arrangement?"
Aku angguk. Pandai pulak dia teka tepat. Kena je pulak tekaan dia. Keturunan ahli nujum Pak Belalang agaknya.
"When did you know about this?"
"Yesterday."
Tenang je aku menjawab. Luaran je ni. Padahal dalaman aku tengah jiwa kacau.
"What??", Cassius menganga sekali lagi.
Nak tergelak juga aku melihat reaksinya. Kalau tak disebabkan muka tampannya ni, aku nak je panggil dia Mr. Bean. Reaksinya hampir sama.
"You got to give me some details, mate. This is too spicy not to know."
Aku tergelak sudahnya. Ingatkan dekat Malaysia je ada geng bawang. Tanah London pun ada. Sambil menaip report, aku menceritakan secara pendek tentang aku dan Cath. Kemudian aku cerita pula perbualan semalam bersama keluarga aku. Entah kenapa mudah pula untuk aku bercerita dengannya.
Setelah habis aku bercerita, Cassius diam. Memikirkan soal kisah malang aku agaknya. Malang yang aku sendiri jemput.
"You're stupid, you realize that right?"
Aku ketawa dengan kata-kata jujur Cassius. Sikit pun aku tak rasa marah dengan kata-katanya. Sebab memang betul pun. Aku bodoh.
"I don't even know what to say. She sounds like a great woman and you let her go. Argh, this is frustrating.", Cassius meraup rambutnya ke belakang dengan muka geram.
YOU ARE READING
Jodoh Antara Kita //COMPLETED// (slow editing)
RomanceCatherine Iman Sentiasa tahu apa yang dia mahukan dan dia akan cuba dapatkan selagi dia mampu. Sentiasa berterus-terang kerana dia tak mahu menyesal kerana terlambat. Sesaat terlambat boleh mengubah segalanya. Perasaannya kepada Iman bercambah dari...