BAB 56

476 34 2
                                    

IMAN

Jantung aku yang memang berdegup dengan kencang bertambah laju sebaik sahaja Cath turun dari tangga. Bila aku tatap wajahnya, aku rasakan hanya ada kami berdua tatkala ini. Perlahan aku rasa nafas aku terhenti sedetik.

Terhenti hanya untuk Cath.

Seperti mana mata aku hanya untuk Cath.

Cath yang serba putih hari ini nampak sungguh angelic dan indah. Serba suci. Serba berseri. Putih memang warna paling sesuai dengan Cath. Cahaya natural yang datang dari luar membuatkan kecantikan Cath tak tertanding dimata aku.

Pengantin paling cantik yang aku pernah lihat.

Breathtaking. And all mine.

Mata kami bertembung dan serentak itu Cath tersenyum nipis. Melihat senyuman indah itu, hati aku bertenang. Ketenangan yang hanya Cath mampu berikan hanya dengan senyuman. Cukup dengan senyuman, aku rasa seperti berada diawang-awangan.

Aku ikut tersenyum membalas senyumannya.

"Ehem, ehem. Sabar pengantin lelaki, sabar."

Suara Tok Kadi mengembalikan aku ke realiti. Bunyi ketawa yang bergabung di sekeliling aku membuatkan aku rasa nak tekup muka dan lari.

Malu!

Tambah pula Luke dan Ahmad punya ketawa, bukan lain riuh lagi. Ni bukan gelak kelakar. Ni nak menyakat namanya.

Buat-buat biasa, aku hanya senyum nipis. Mata aku sempat melirik kepada Cath yang ikut ketawa kecil. Dia nampak lebih tenang berbanding aku yang serba tak kena ni. Cath nampak anggun duduk diatas pelamin dikelilingi bunga.

Imej ini.. Takkan dapat aku lupakan untuk selamanya.

Rasa bahagia ini.. Haih. Terima kasih ya Allah untuk rasa ini.

"Tok faham perasaan Iman. Berdebar-debar kan? Tambah pulak pengantin perempuan bukan main lawa lagi orangnya. Ni kalau tak jaga jagakan elok-elok ni, Tok datang piat telinga kamu."

Dalam pada bergurau, sempat Tok Kadi memberi amaran kepada aku. Sekali lagi ruang tamu bergema dengan ketawa semua orang.

Aku pula tersenyum sambil mengangguk yakin, "Saya akan jaga dia dengan nyawa saya, Tok."

"Bagus, bagus. Semangat macam ni harapnya berkekalan sampai ke anak cucu ya.", Tok Kadi tersenyum lembut.

Sekali lagi aku mengangguk pasti.

Untuk seketika, aku menumpukan perhatian kepada Tok Kadi yang menyampaikan serba sedikit nasihat dan juga lawak yang kelakar. Mungkin dia boleh nampak aku yang gugup ni. Kerana lawak yang disampaikan membuatkan aku kurang gugup.

Ayah aku yang ada disebelah aku, menepuk bahu aku perlahan. Memberikan sokongan tanpa kata kepada aku.

Sebaik saja aku berjabat tangan dengan ayah Cath, rasa berdebar kembali datang. Sekali lagi aku pandang Cath dan perasaan damai muncul semula.

Mengambil nafas sedalamnya, aku senyum nipis. Dengan tenang aku melafazkan akad. Segalanya berlaku dengan sangat tenang dan dipermudahkan. Dalam sekelip mata, aku menjadi suami Cath yang sah di sisi agama.

Sambil mengaminkan doa yang dibacakan Tok Kadi, aku tak dapat tahan daripada rasa sebak.

Akhirnya, Ya Allah. Setelah macam-macam dugaan yang kami tempuh, di sini cerita kami yang seterusnya akan bermula. Kebahagiaan yang diredhai, amin.

Aku adalah ketua keluarga sekarang ini. Cath menjadi tanggungjawab aku mulai detik ini dan aku akan buat yang terbaik untuk Cath dan keluarga kami.

Jodoh Antara Kita //COMPLETED// (slow editing)Where stories live. Discover now